Jangan "take too personal" dalam semua perkara yang berlaku sekeliling kau. Seolah-olah dunia ini berkisar tentang kau seorang je.
Bila manager bagi nasihat.
Kau tak nampak tu satu nasihat. Tapi kau rasa manager tu sakit hati dengan kau.
Bila client complaint.
Kau tak nampak kau buat mistake. Tapi kau rasa client tu tak happy dengan kau.
Bila mak cik kau tanya bila nak kahwin.
Kau tak nampak sebagai perbualan. Tapi kau rasa mak cik kau tu perli kau.
Bila ada perempuan layan kau baik.
Kau tak nampak perempuan tu just be nice dengan kau. Tapi kau perasan dia syok dekat kau pulak.
Bila orang tak tolong kau.
Kau tak nampak dia ada perkara yang perlu dia utamakan. Tapi kau rasa dia pentingkan diri sendiri.
Bila orang posting good thing.
Kau tak nampak dia share happiness. Tapi kau rasa dia riak.
Susah macam tu tuan-tuan.
Serious Susah.
Bila semua benda kau nak attach jadi "personal" thing. Kau sebenarnya ada problem. Dan problem ni akan buat kau jadi orang yang lalai. Lalai dari hala tuju kau sendiri. Sebab kau akan consume too much time untuk berfikir tentang orang.
Dan dari titik itu...
Kemudian kau akan jadi negative.
Kemudian kau akan mula murung.
Kemudian kau akan stop progress.
Bila dah sampai that level, kau hanya akan stop your own progress.
Worst case...
Kau boleh jadi psycho.
Atau kau akan kena anxiety.
Nampak normal, tapi jiwa tak damai.
So stop being too personal about everything. Be positive and enjoy your life.
#NeverStopImproving
"Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu)." - 56:74
Ditulis oleh Saiful Umairah.
Baca juga:
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: don't take things too personal jangan ambil anggap suatu benda semua perkara secara terlalu peribadi personally berfikiran negatif berlaku di sekeliling berkisar tentang diri sendiri anxiety psiko
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.