Memaparkan catatan dengan label Selfish. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selfish. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Mei 2020

0 Buasir Otak TV: Raya tak dapat balik kampung

Bila raya tahun ni ramai tak dapat balik kampung rentas negeri sebab arahan kerajaan, tapi ada pula yang boleh balik guna kabel. Jom tonton animasi ini.



Selasa, 18 Februari 2020

0 Bila semua benda kau ambil terlalu peribadi

Jangan "take too personal" dalam semua perkara yang berlaku sekeliling kau. Seolah-olah dunia ini berkisar tentang kau seorang je.



Selasa, 2 Julai 2019

6 Kenapa ada orang tidak suka hadir reunion sekolah?

1. Biasanya setelah beberapa tahun tamat sekolah, bekas-bekas pelajar atau alumni sekolah tersebut mengadakan majlis perjumpaan semula atau reunion/gathering sekolah sama ada secara rasmi atau tidak rasmi. Kadang-kadang semudah berjumpa lepak di kedai mamak atau berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama.

2. Namun setiap kali ada reunion sekolah, terutama sekali bagi sekolah berasrama, tidak semua yang hadir, malah boleh kata ramai juga bekas pelajar sekolah itu tak hadir. Balik-balik orang yang sama je yang datang. Ajak lepak kedai mamak orang yang sama, majlis berbuka puasa orang yang sama, acara main futsal orang yang sama, reunion kat sekolah pun orang yang sama.


Isnin, 1 April 2019

2 Restoran makanan segera bukan tempat belajar

1. Dulu kat restoran boleh hisap rokok. Jadi bila orang hisap rokok kat meja makan sebelah bayi pun, walaupun dari sudut moral dan etika itu buruk, tapi dari segi undang-undang ia tidak salah. Jadi paling tidak pun orang cuma boleh tegur dan viralkan sahaja, tapi kalau nak ambil tindakan undang-undang tetap tak boleh.

2. Kini orang dah tak boleh hisap rokok di restoran sebab ia dah jadi peraturan kerajaan, jadi bila ada orang merokok di kedai makan, ia bukan sahaja buruk dari sudut moral dan etika, malah ia sudah salah di sisi undang-undang. Pelaku sudah boleh dikenakan tindakan undang-undang kalau kantoi oleh penguatkuasa atau orang lapor.

3. Kita ada banyak lagi sikap dan tabiat yang buruk, yang walau ditegur dan diviral sekalipun pun, ia susah untuk diubah dan masih banyak berlaku di mana-mana. Jadi satu-satunya cara nak mengubah mentaliti dan budaya sikap buruk ini adalah menjadikan ia sebagai suatu peraturan dan larangan.

4. Antara contoh sikap buruk yang sering juga berlaku di restoran terutama restoran fast food selain dari merokok,  adalah belajar dan buat kerja di restoran terutama pada waktu puncak.


Rabu, 1 Februari 2017

0 Peluang kedua buat kemanusiaan dan diri sendiri

Adakalanya kita rasa ramai manusia di sekeliling kita amat mementingkan diri sendiri, tidak berhati perut, zalim dan kejam. Mereka hanya mengambil kesempatan di atas kebaikan kita, mempergunakan orang lain malah memijak kepala kita, hingga akhirnya ramai di antara kita yang berhenti membuat baik lalu menjadi salah seorang seperti mereka.

Namun usahlah kita tunduk dan jatuhkan martabat kita ke lembah hina sehingga taraf kita sama seperti mereka. Kita boleh menjadi lebih baik dari itu.

Janganlah kita menjadi virus perosak dalam masyarakat, sebaliknya jadilah pewaris dan penyebar kebaikan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Jika bukan kita yang memelihara kebaikan untuk kelangsungan ketamadunan dan peradaban manusia, siapa lagi?

Maka berilah peluang kedua kepada kemanusiaan, dan diri sendiri.

Baca sebuah komik dari buku kami yang terkini iaitu Buasir Otak: The Komik (AWAKENING) bertajuk Peluang Kedua oleh DrimZt.


Rabu, 30 November 2016

5 Orang berjaya pemberi inspirasi bukan penjatuh

Cuba bayangkan, kau seorang yang minat pada muzik. Kau merasa kagum dengan seorang penyanyi yang sangat popular, yang sudah ada banyak lagu yang popular dan mempunyai ramai peminat lalu kau menjadikannya sebagai salah seorang ikon dan sumber inspirasi dalam bidang nyanyian. Kau pun merakam lagu nyanyian kau dan upload di Youtube. Macam-macam lagu kau cover termasuk lagu penyanyi tersebut. Kerana nyanyian kau agak bagus dan sedap, kau pun mula mendapat sedikit peminat dan follower di Internet.

Satu hari, kau menerima satu mesej peribadi di Facebook. Tambah mengejutkan, ia daripada penyanyi yang kau kagum itu! Kau check profile akaun FB itu, memang ia adalah akaun rasmi penyanyi tersebut. Hati kau berdebar-debar, melompat-lompat dengan perasaan "Senpai noticed me!".



Rabu, 20 Julai 2016

15 Perangai tipikal Melayu di jamuan makan percuma

Majlis jamuan.
Rumah terbuka.
Kenduri keraian.
Makan percuma.

Orang Melayu memang pantang dengan 2 benda ni. Makan dan percuma. Semua makanan akan menjadi sedap jika ia percuma. Kaya atau miskin, tua atau muda, semua suka makanan percuma.

Tak salah suka makan percuma. Yelah, siapa yang tak suka pada barang percuma, lebih-lebih lagi makanan. Tak kira ketika majlis jamuan menyambut hari lahir, rumah terbuka sempena hari raya, kenduri keraian seperti perkahwinan dan kesyukuran dan sebagainya, jika ada peluang untuk mendapat makanan percuma, pasti kita tidak akan ketinggalan untuk lepaskan peluang tersebut.


Selasa, 28 Jun 2016

24 Jenis housemate rumah sewa bujang yang haram jadah

Aku hidup menyewa di bandaraya KL. Pada awalnya aku menyewa sendiri sebab senang dan aku jenis yang tak mudah nak bermesra dengan orang. Aku sukakan privasi. Senang keluarga nak datang melawat bila menyewa sorang-sorang ni. Area bagus, banyak kemudahan yang disediakan. Kawasan orang berkeluarga pulak tu, jadi kes-kes sumbang tu sangat terkawal.

Tapi lama-lama sedih juga menyewa sorang-sorang ni. Tahun kedua aku terima sorang penyewa. Bukan orang lain, kawan time belajar jugak. Dah kenal orang dia macam mana. Dia pun sama macam aku, jenis yang tak sibuk hal orang. Jenis yang tak perlu nak bermesra-mesra sangat. Sewa bayar on-time. Memang bagus sangat. Tak ada yang aku tak berkenan.


Isnin, 28 Mac 2016

3 Dunia bukan hanya berkisar tentang diri kita

Ada orang yang bila bersembang suka sangat cerita tentang diri sendiri, suka sangat kaitkan dengan diri sendiri, suka sangat "up"kan diri sendiri, seolah-olah dirinya terlalu penting dalam kehidupan semua orang, walaupun kadang-kadang apa yang dibualkan itu takde kaitan pun dengan dia.

Tak semua perbualan kau perlu masukkan hal tentang diri kau. Apa yang kau perlu buat cuma dengar, dan be a good listener, lebih-lebih lagi kalau orang tengah bercerita tentang masalah atau kesedihan mereka. Ketahuilah yang ia bukan tentang diri kau dan cerita kau, ia tentang mereka.


Ahad, 27 Mac 2016

5 Tak guna motor besar jika akal kecil otak sempit

Suatu ketika dulu aku pernah tulis cerita tentang kesusahan seorang OKU yang terpaksa meletakkan kereta jauh dari tandas di R&R kerana tempat letak kereta khas untuk OKU telah dirampas oleh mat-mat motor yang sangat tidak bertanggungjawab dan berperikemanusiaan di artikel ini - "Mendalami perasaan insan OKU yang haknya dirampas".

Baru-baru ini, cerita fiksyen yang aku tulis itu sekali lagi menjadi kenyataan dan telah viral di media sosial yang dikongsikan oleh Iela Fadila di Facebook di mana sekali lagi terdapat geng bikers yang merampas hak OKU dengan meletakkan motor besar mereka di parking khas OKU sehingga menyebabkan orang yang benar-benar memerlukan terpaksa bersusah payah. Kejadian dikatakan berlaku di R&R Sg. Buloh pada 26 Mac 2016.



Rabu, 7 Oktober 2015

30 Sampai bila penduduk terpaksa hadap Bauksit ini?

Tidak ramai orang yang menolak kemajuan dan pembangunan. Tidak dinafikan kemajuan dan  pembangunan itu bagus untuk ekonomi serta peningkatan taraf hidup masyarakat. Namun, apatah gunanya kemajuan dan pembangunan itu terpaksa dibayar dengan harga yang mahal oleh masyarakat sekeliling hanya untuk kepentingan dan kekayaan orang2 tertentu sahaja. Demi memenuhi nafsu dan kerakusan para kapitalis ini, ekonomi, kesihatan, kualiti hidup masyarakat sekeliling terjejas. Antara yang paling teruk pada masa ini adalah perlombongan Bauksit di Pahang yang sedang pesat dijalankan sehingga menyebabkan pencemaran yang sangat teruk di kawasan sekelilingnya.



Khamis, 18 September 2014

22 Bantu masyarakat dengan beli rokok yang sah

Harga beberapa jenama rokok yang sah sudah naik pada minggu lepas. Kenaikan harga itu adalah disebabkan pihak British American Tobacco (BAT) mengalami kerugian yang ketara ekoran jualan rokok haram di negara ini. Malah, syarikat tersebut terpaksa bersaing dengan penjualan rokok yang diseludup masuk ke dalam negara ini selain menghadapi saingan sengit dengan syarikat rokok yang lain. Aku sebagai seorang yang bukan perokok, merayu agar semua perokok2 tegar dalam Malaysia ini agar membeli rokok yang sah dan halal berbanding rokok seludup yang haram.



Rabu, 10 September 2014

59 Soalan bocor UPSR ada di sini

PANASSS!!! Gua malas nak cakap banyak. Sekarang ni gua ada soalan bocor untuk peperiksaan UPSR. Jangan tanya kat mana gua dapat, gua ada ramai kaki kat Kementerian Pelajaran. Sekarang kat gua ni ada soalan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Kalau nak scroll ke bawah dan download cepat sebelum kena remove.



Isnin, 8 September 2014

49 Orang Malaysia terlalu pentingkan diri sendiri

Orang Malaysia memang kebanyakannya terlalu pentingkan diri. Kita jarang fikir pasal orang lain. Apa2 pun kita akan utamakan diri kita dahulu, kemudian orang yang terdekat dengan kita. Kita langsung tak peduli pasal kesusahan dan masalah orang lain. Budaya mementingkan diri ini seolah2 sudah sebati dan menjadi budaya dalam jatidiri orang Malaysia.