Satu hari, kau menerima satu mesej peribadi di Facebook. Tambah mengejutkan, ia daripada penyanyi yang kau kagum itu! Kau check profile akaun FB itu, memang ia adalah akaun rasmi penyanyi tersebut. Hati kau berdebar-debar, melompat-lompat dengan perasaan "Senpai noticed me!".
Namun bila kau buka je mesej tersebut, ia mengandungi kata-kata seperti ini:
Kau ni tak payah la nak nyanyi sangat. Suara kau bukannya sedap pun. Jangan nak nyanyi lagu aku, tiru nyanyian aku sangat la. Tak payah bermimpi sangat nak jadi penyanyi la, kau takkan pergi ke mana pun. Pergi buat benda lain.
Hati mana tak remuk apabila orang yang kau kagum, orang yang menjadi motivasi dan inspirasi kepada kau selama ini, dia sendiri yang menjatuhkan semangat, menghina usaha dan meranapkan impian kau.
Pedih kan?
Ya, begitulah kisahnya, sebuah contoh di mana ada orang yang apabila mereka sudah berjaya, yang sudah berada di atas, yang sudah ada nama, sudah ramai peminat, pengikut, pengaruh dan popular, menjadi lupa diri, menganggap orang lain yang baru nak naik atau berjinak-jinak dalam bidang yang sama sebagai pencabar, pesaing malah musuh yang harus dijatuhkan.
Pernah dengar cerita ketam Melayu dan ketam Cina?
Sumber asal dan cerita penuh kat sini.
Ini hanya kebiasaan yang kita dengar, namun aku percaya ramai orang Melayu yang berjaya sekarang ini suka tolong orang dan wujud juga orang Cina berjaya yang pentingkan diri.
Cuma ceritanya macam tu lah. Sikap sesetengah orang ini, apabila mereka sudah berjaya, dia akan cuba jatuhkan orang lain yang cuba naik dan mahu berjaya macam dia.
Orang lama dalam bidang muzik, akan cuba jatuhkan penyanyi baru yang nak naik.
Orang lama dalam bidang penulisan, akan cuba lemahkan usaha penulis yang baru nak berjinak-jinak.
Orang lama dalam bidang seni lukis, akan cuba patahkan semangat pelukis yang baru nak belajar.
Orang lama dalam bidang akademik, akan cuba ranapkan impian cendekiawan yang baru nak bermula.
Orang lama di sebuah tempat kerja, akan cuba hancurkan motivasi pekerja yang baru masuk kerja.
Orang lama seperti ini, mereka melihat golongan baru ini bukan sebagai pelapis, pewaris dan penerus perjuangan mereka, sebaliknya sebagai pencabar dan pesaing yang bakal menggugat kedudukan mereka di masa akan datang. Pendatang baru mereka anggap sebagai musuh, musuh yang harus dijatuhkan agar kedudukan mereka tidak akan dicabar.
Aku cukup tak faham dengan orang macam ni. Orang lama dalam suatu-suatu bidang, mereka yang berjaya, yang ada nama dan pengaruh, mereka sepatutnya menjadi contoh, tauladan, guru, ikon, panduan, petunjuk jalan, pemberi galakan dan inspirasi kepada orang baru, bukan penjatuh!
Ya, bukan kerja anda untuk jatuhkan orang baru. Malah orang baru tak melihat anda sebagai musuh pun, sebaliknya mereka kagum dengan kehebatan anda, hormat anda sebagai orang lama dalam bidang yang sama, malah mahu mencontohi dan mencipta kejayaan seperti anda. Maka kenapa harus ranapkan imej dan nama baik anda di mata orang yang mengkagumi anda?
Kau dah hebat, kau dah popular, kau dah terkenal, siapalah orang baru yang nak merampas tempat kau, nak jatuhkan kau, nak kacau periuk nasi kau. Yang kau takut sangat sampai nak kena jatuhkan orang baru dah kenapa? Mereka tak kacau hidup kau pun.
Kita hidup pun bukannya lama. Satu masa, pasti akan ada juga orang yang menggantikan tempat kita. Daripada hanya memikirkan tentang diri sendiri dan sibuk jatuhkan orang lain, lebih baik wariskan perjuangan kita kepada generasi muda.
Kalau tak mampu menghulur tangan, usah hulurkan mata pisau kepadanya.
P/S: Pertama sekali, maaf sebab dah lama tak update blog, kerana aku agak sibuk menguruskan penjualan buku Buasir Otak: The Komik (Awakening) kami yang baru. Dan agak mengejutkan, sambutan jualan komik kali ini agak luar biasa dan semua komik telah pun HABIS DIJUAL!
Jutaan terima kasih kepada yang sudi membeli dan jutaan maaf kepada yang tak sempat nak beli. Pada yang tak sempat nak beli, insya Allah aku akan buat cetakan kedua. Nantikan...
tags: orang berjaya kejayaan lama baru senior junior pemberi inspirasi motivasi penggalak semangat jatuh down tarik potong tali pentingkan diri
Ok...🌹
BalasPadamcaya sangat la pada imej ketam tu. sepitnya tajam. bila2 masa dia boleh putuskan tali tu. tak kira cina,melayu,india,bumiputra.
BalasPadamwow..tahniah noob atas kelarisan penjualan komik ni :))
BalasPadamtumpang bangga :)
bukan ke ko pun ada share
PadamSaya sangat upset dengan golongan yang suka merendah-rendahkan usaha orang yang baru nak cuba sesuatu yg baru...
BalasPadam