Ahad, 6 November 2016

8 Aksi anak muda paling membanggakan abad ini

Gerakan baju merah diketuai oleh Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos bertekad untuk mengadakan demonstrasi berhampiran pejabat Malaysiakini semalam.

Mereka membantah aktiviti pembiayaan beberapa organisasi tempatan oleh Open Society Foundation (OSF), sebuah organisasi pemberi geran yang dikendalikan oleh jutawan George Soros.

Menurut Jamal, Soros bertanggungjawab terhadap krisis kewangan Asia pada tahun 1997 dan membiayai revolusi di banyak negara di seluruh dunia.


Pada asalnya, gerakan baju merah sepatutnya berkumpul hari ini di Dataran Merdeka sebagai permulaan untuk himpunan 19 November ini sebagai penentangan terhadap perhimpunan BERSIH 5.

Pihak berkuasa telah melarang mereka daripada berkumpul di Dataran Merdeka dan kumpulan itu menukar rancangan dengan memilih untuk berhimpun di pejabat Malaysiakini.

Pihak polis dari ibu pejabat daerah Petaling Jaya dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah berlegar-legar di sekeliling kawasan Business Park PJ51 yang menjadi lokasi pejabat Malaysiakini.

Lagi berita di Malaysiakini, MyNewsHub dan Sinar Harian.

* * * * * * * * * *

Aku sebenarnya dah agak bosan nak tulis pasal isu politaik dan isu semasa macam ni. Dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah, macam tu la jugak isu dia, sebab tu bila harga minyak petrol naik, minyak masak naik, Ahmad Maslan lari wartawan ke, Selangor takde air ke, aku malas dah nak ulas sebab ia benda sama yang berulang-ulang.

Namun dalam hal geng baju merah ni, pada aku mereka ada hak nak berdemo dan memperjuangkan apa yang mereka percaya biarlah nampak jelek dan nonsense pun di mata ramai orang pun, seperti mana geng baju kuning BERSIH juga yang memperjuangkan apa yang mereka percaya melalui demonstrasi jalanan.

Cuma aku tertarik dengan acara ini ketika demonstrasi itu diadakan...



Lagi gambar di sini.

Hahaha.

Bila aku tengok video ni, aku ada timbul antara rasa kelakar dan juga jengkel. Serius, aku tak nampak apa motif acara pukul-pukul badan dan hentak kepala dengan bata konkrit ni?

Nak bagitahu diri tu hebat dan kuat?
Nak tunjuk diri tu kebal bila dipukul?
Nak ugut mereka sanggup berjuang dengan cara keganasan?
Atau sebagai simbolik walaupun dibelasah kiri kanan, mereka tetap takkan melawan dan biar sahaja badan dibelasah begitu sahaja?

Seriously, apa motifnya?

Btw kalau mereka cakap mereka itu kumpulan yang mewakili orang Melayu, minta maaf. Aku sebagai orang Melayu tak pernah mengiktiraf mereka sebagai wakil dan suara aku. Minta maaf ya. Tolong jangan klaim korang mewakili orang Melayu ya.

Baca artikel berkaitan:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: jamal tongkol ikan bakar geng kumpulan baju merah demo demonstrasi pejabat malaysiakini acara aksi silat pukul badan

8 ulasan:

  1. Jibai. Ni pukul2 badan sendiri nak jadi syiah ke pokemak?

    BalasPadam
  2. suara silent majority berwakilkan jamal harus dikembangkan dan ditambah baik.Walaupun agak cacat dimata anda tapi ianya meraikan landscape politik tanah air.

    BalasPadam
  3. Biar si kafir termasuk penyokong2nya tahu kemampuan kita..Tapi kita masih hormat pada undang2..tapi kalau melampau sangat..ingat!

    BalasPadam
  4. Engkau silap noob. Orang melayu ni, walaupun rata2 gagal matematik peringkat tinggi, kita patut berbangga dengan teknologi bebal dan kebal yg kita ada sbg warisan generasi kemudian hari.

    Serius aku bangga dgn kebebalan abadi Melayu seperti yg ditunjukkan. Itu blom tunjuk parang terbang dan konek terbang lagi tu. Mcm Indon haprak pun ada. Bangge siot.

    BalasPadam
  5. Picit telur sikit dah menangis..x perlu nak ketuk batu dan kayu.

    Org melayu senang kena tipu 3 benda....duit/harta, politik dan hiburan. Benda ni yg buat mereka lalai n nmpk bodoh.

    BalasPadam
  6. kahkahkah..jilaker ayam afrika tergelak ak mgam komen ko..btw, da mcam syiah je ni siap nak sakit2 kan diri masing2? ape ke baghal la dorang ni..

    BalasPadam
  7. haha...diorang cakap bersih 5 tak ada motif. diorang sndiri pn sama...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.