Memaparkan catatan dengan label Ganas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ganas. Papar semua catatan

Khamis, 22 September 2022

1 Apabila pemangsa lebih dikasihani dari mangsa

1. Ada kes budak perempuan 19 tahun share kat IG dia gambar, rakaman audio dan pendedahan menjadi mangsa penderaan ayah tiri yang berusia 40-an.

2. Dia kena cekik, lempang, lempar, tarik rambut, pukul, pijak, tendang, sepak, hampir kena tetak parang dengan bapak tiri. Mata lebam, muka berdarah, badan bengkak.


Isnin, 18 Mac 2019

4 Hubungkait game PUBG dengan tragedi New Zealand

1. Sejak berlakunya tragedi berdarah di New Zealand, ramai orang mula mengecam sebuah game popular yang boleh dimainkan di komputer atau telefon bimbit iaitu PUBG (PlayerUnknown's Battlegrounds).

2. Game PUBG ini dikatakan boleh mendorong pemainnya melakukan keganasan dan juga dikatakan mempunyai unsur hina Islam apabila terdapat objek yang seakan-akan sejadah di dalam game tersebut. Malah rakaman video yang dilakukan oleh pengganas kulit putih itu juga dikatakan dirakam menyerupai game PUBG.



Ahad, 6 November 2016

8 Aksi anak muda paling membanggakan abad ini

Gerakan baju merah diketuai oleh Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos bertekad untuk mengadakan demonstrasi berhampiran pejabat Malaysiakini semalam.

Mereka membantah aktiviti pembiayaan beberapa organisasi tempatan oleh Open Society Foundation (OSF), sebuah organisasi pemberi geran yang dikendalikan oleh jutawan George Soros.

Menurut Jamal, Soros bertanggungjawab terhadap krisis kewangan Asia pada tahun 1997 dan membiayai revolusi di banyak negara di seluruh dunia.



Rabu, 12 Oktober 2016

2 Keganasan dan kebodohan tidak mengira warna baju

Hari Sabtu baru-baru ini berlaku satu insiden yang menjadi bualan netizen di laman sosial di mana seorang penyokong BERSIH yang menaiki motor telah dilempar telur dan diterajang di Sabak Bernam oleh segelintir peserta kumpulan baju merah yang dipimpin oleh Datuk Seri Jamal Md Yunos. Bukan setakat itu, ia diburukkan lagi dengan pelbagai ugutan dan ancaman dari kumpulan baju merah terhadap kumpulan baju kuning.



Ahad, 15 November 2015

14 Konspirasi di sebalik insiden serangan di Perancis

Umum tahu kelmarin telah berlaku satu insiden serangan pengganas di beberapa lokasi yang hampir serentak di restoran, dewan konsert dan berdekatan stadium di Perancis yang mengorbankan kira-kira 140 orang. Untuk membaca berita, kronologi dan perkembangan tentang kejadian tersebut boleh cari je kat Internet, aku cuma ingin kongsikan sedikit pandangan aku hasil pemerhatian aku terhadap netizen mengenai insiden tersebut.



Isnin, 19 Oktober 2015

12 Pelanggan tidak akan tertarik dengan kekerasan

Aku tak pasti macam mana orang kita berfikir apabila menggunakan kekerasan, kekasaran dan keganasan sebagai penyelesaian kepada suatu masalah terutama bagi orang yang mencari rezeki dengan berniaga atau menawar perkhidmatan. Mengikut logik mereka, menggunakan kekerasan terhadap pesaing mahupun pelanggan akan dapat membuatkan pelanggan mereka bertambah lebih ramai. Logik bodoh mana yang kita pakai ni?



Isnin, 13 Julai 2015

26 Tragedi Low Yat: Kita mempertahan orang yang salah

Akhirnya segala pertanyaan, persoalan dan teka-teki dalam Tragedi Berdarah Low Yat 13 Julai sama ada ia berpunca daripada kes kecurian telefon atau pun kes penipuan telefon telah pun terjawab setelah Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar dan juga Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak memberi kenyataan media hari ini. 



Selasa, 23 September 2014

26 Peniaga kecil VS Pihak berkuasa tempatan

Kita dah banyak kali melihat video dan gambar penguatkuasa pihak berkuasa tempatan seperti DBKL melakukan tindakan yang dikatakan tidak mesra rakyat seperti menghalang, menyaman dan menyita barang perniagaan para penjaja dan peniaga serta golongan gelandangan daripada tidur di bangku jalan. Terbaru, rakaman kekecohan dan pergaduhan di antara peniaga dan penguatkuasa DBKL yang tidak tahu di mana dan punca sebenar kejadian ini.



Rabu, 3 September 2014

17 Muka dihinggap penumbuk baru bercucuran air mata

"Saya ditumbuk tanpa sebab," demikian reaksi jurugambar kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Mohd Aizuddin Akmal Saad yang menjadi mangsa perlakuan ganas ahli keluarga penumpang pesawat MH17.

Menceritakan kembali insiden kekecohan di Pusat Peringatan Nirvana, Sungai Besi itu, Aizuddin mengakui tidak mengetahui punca sebenar mengapa dia diserang secara tiba-tiba oleh individu berkenaan.

"Saya tak ganggu keluarga mangsa (MH17), tiba-tiba saja satu tumbukan hinggap di muka saya...tumbuk curi," kata Aizuddin ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.



Rabu, 23 Julai 2014

78 Penjenayah dan mangsa dinilai berdasarkan kaum

Seorang pemuda X melihat seorang wanita tua Y sedang berjalan di tepi jalanraya sambil membimbit beg tangan. Dengan nafsu yang membuak2, pemuda X tersebut memecut motor EX5nya ke arah wanita tua Y tersebut lantas meragut beg tangan wanita itu. Akibat sentapan yang kuat, wanita itu terjatuh tergolek di atas jalanraya dan mukanya terhantuk di atas jalanraya dan terus pengsan. Darah mengalir dari kepala dan hidung wanita tersebut. Mujur lori di belakang wanita itu sempat menekan brek. Kepala wanita itu hanya beberapa inci sahaja daripada tayar lori tersebut.



Selasa, 4 Mac 2014

61 Tunjukkan protes selain bakar suar dan bom asap

Aksi persahabatan pasukan bola sepak Malaysia VS Filipina yang berakhir dengan terikat 0-0 tanpa jaringan baru2 ini dicemari dengan insiden sekumpulan penyokong pasukan Malaysia iaitu Ultras Malaya membakar suar dan membaling bom asap pada minit ke-30 sehingga memaksa pengadil memberhentikan perlawanan selama 10 minit. Mereka juga turut melaungkan chant "FAM Bangsat" dan menunjukkan simbol jari tengah sebagai tanda protes terhadap 30 tahun kepimpinan Presiden FAM.



Jumaat, 7 Februari 2014

51 Ritual lumur darah ayam amaran untuk cina cauvanis

Sekumpulan NGO yang menggelarkan diri mereka 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' hari ini menyembelih empat ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin DAP dan PKR. Tindakan itu dibuat dalam perhimpunan yang dinamakan 'Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu' oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina. Ia berlangsung berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, petang tadi.



Isnin, 20 Januari 2014

28 Macai politik yang kurang matang dan gangster

Mula2 seorang ahli parlimen Machang Bubok dari PKR, Lee Khai Loon menganjurkan flashmob atau gimik pasal isu kangkung dengan menyumbat kangkung ke dalam mulut replika Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak sebagai protes terhadap kenaikan harga barang.



Khamis, 20 September 2012

52 Apa kita boleh buat untuk protes filem anti-Islam?

Siapa perempuan yang hot ni? Nama dia Anna Gurji (IMDB) pelakon wanita Georgian yang tak glamor mana tiba2 jadi popular, tapi bukan popular sebab ke'hot'an atau kehebatan dia dalam lakonan, tapi sebab dia berlakon dalam filem anti-Islam iaitu Innocence of Muslims yang diarah oleh Nakoula Basseley Nakoula atau Sam Bacile yang telah diupload ke Youtube lantas mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia.