Khamis, 3 September 2026

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Versi

Setiap manusia berubah menjadi versi yang berbeza.


Buasir Otak: The Muzik - Versi
 
Lirik:
 
Cermin masih wajah yang sama
Yang bertambah cuma kedutan
Helaian rambut berwarna putih
Dan tubuh yang semakin besar

Tak siapa mampu menahan
Bila waktu mengubah kita

Ini versi ke berapa?
Yang sedang aku jalani
Yang tak lagi aku kenali
Terasa asing sekali
Bukan aku mengubah diri
Berlaku tanpa ku sedari
Saat aku menjadi
Versi yang berbeza

Yang dahulunya aku suka
Kini sudah tidak bermakna
Segala yang dilihat mata
Kini dengan pandangan berbeza

Semakin banyak ku fahami
Semakin banyak yang berubah

Ini versi ke berapa?
Yang sedang aku jalani
Yang tak lagi aku kenali
Terasa asing sekali
Bukan aku mengubah diri
Berlaku tanpa ku sedari
Saat aku menjadi
Versi yang berbeza
Versi yang berbeza

Inilah realiti kehidupan
Yang hadir bersama perubahan
Tak perlu kembali ke belakang
Aku hanya perlu meneruskan

Ini versi ke berapa?
Yang sedang aku jalani
Yang tak lagi aku kenali
Terasa asing sekali
Bukan aku mengubah diri
Berlaku tanpa ku sedari
Saat aku menjadi
Versi yang berbeza
Versi yang berbeza

Lirik: Prince Of Noob & The Jentelmen 
Komposer: The Jentelmen



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single lirik ciptaan sendiri versi
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.