Bagi yang hanya berpeluang baca tajuk muka depan je, berikut adalah keratan laporan penuh di dalam akhbar Harian Metro tersebut. Klik gambar untuk besarkan.
Keratan akhbar Harian Metro.
1. Ini bukan kali pertama Harian Metro guna headline2 seperti ini untuk melariskan akhbar mereka. Sebelum ini pun dah banyak kali dah paparkan berita dan gambar2 yang seksi untuk menarik perhatian pembaca.
2. Jika diukur dari sudut perniagaan, memang strategi mereka berjaya kerana umpan (bait) diorang sudah mengenai, manun jika diukur dari sudut etika dan moraliti, gambar watak anime seksi tu tak perlu letak pun sebenarnya.
3. Ramai otaku dan peminat anime rage dan marah setelah melihat muka depan akhbar ini. Ada yang mengatakan ia memberi nama buruk dan negatif terhadap anime, ada yang mengatakan watak perempuan yang disiarkan di muka depan itu adalah watak dari anime biasa, bukannya watak dari game lucah tersebut.
4. Cuma aku pelik, kenapa ramai sangat peminat anime dan otaku perlu melenting siap ada yang suruh tarik balik artikel bagai? Laporan tu cakap pasal ada website yang menawarkan game flash bergenre hentai atau lebih dikenali dengan Eroge dimainkan secara percuma yang boleh menyebabkan anak2 muda ketagih dan duduk terperap dalam bilik bermain game lucah, so apa yang tidak logik dan melampaui batas?
5. Ramai juga yang aku perasan hanya baca tajuk dan sinopsis kat muka hadapan, terus buat kesimpulan sendiri yang artikel tu mengutuk anime sedangkan mereka tak baca pun lagi laporan penuh di dalamnya. Seriously, korang sebenarnya membela anime ke membela eroge? Baca ke tidak artikel penuh laporan tu? Tiba2 emo dan butthurt tak tentu pasal.
6. Artikel tu sebenarnya suatu bentuk pendedahan kepada para ibu bapa dan orang dewasa yang game2 lucah terutama dari Jepun tu wujud dan menyarankan agar mereka memantau kegiatan anak2 mereka yang suka terperap lama dalam bilik melayan komputer. Rata2 aku tengok yang emo lebih2 pun cuma budak2 sekolah, diorang sebenarnya takut la tu aktiviti diorang layan game hentai kantoi dengan mak bapak.
7. Adakah semua peminat anime adalah peminat game hentai ke? Takkan asalkan peminat anime, maka kita kena jadi peminat game hentai juga? Akhbar itu bangkitkan isu game hentai, bukan isu anime, so kenapa ramai anime fans perlu melenting?
8. Sudah terang2 game hentai atau lucah ini adalah suatu yang tidak baik tidak kira dari sudut agama mahupun sudut moral, so kenapa beriya2 mempertahankannya? Kalau ya pun anda peminat eroge, diam2 sahaja sudah, tak perlu berbangga anda seorang peminat eroge.
9. Ada juga yang compare dengan cerita melayu yang sama teruk, filem barat yang banyak adegan lucah. Namun cerita melayu yang entah apa2 dan filem barat penuh adegan lucah bukan alasan untuk menghalalkan kita tengok hentai dan main eroge. Sebagai seorang umat Islam, seteruk mana pun kita, jangan sesekali kita berbangga dengan suatu perkara yang haram.
10. Kenapa setiap kali ada artikel atau berita yang membantai minat kita seperti anime, K-Pop dan sebagainya, kita kata "Alah benda lain pun teruk juga, malah ada yang lagi teruk, kenapa tak bantai?". Apa punya mentaliti ini? Wujudnya artikel yang membantai dan menegur minat kita, tidak semestinya mereka membenar dan menghalalkan perkara buruk yang lain. Dah namanya artikel kena la fokus kepada suatu subjek. Bila ada artikel lain yang membantai minat orang lain, korang tak kisah dan tak sedar pun kewujudan berita tu sebab bukan minat korang yang kena.
11. Jangan hanya kerana minat, kita bersungguh2 mempertahankannya sedangkan benda tu salah. Ingat, minat itu jangan sampai taksub, kerana benda yang kita taksub tu takkan dapat bawa kita ke mana pun akhirnya.
Baca lagi - Sejauh mana kita sanggup pertahankan minat kita.
tags: laporan berita artikel harian metro mainan berahi jerat remaja bertapa dalam bilik mudah akses mainan berahi waspada jika anak remaja menapatap komputer riba dari petang hingga lewat malam permainan video komputer riba notebook laptop pc web gaming hentai eroge lucah seks gamingcloud the night before exam butthurt emo
betol tu. ada bezanya anime dan hentai game tu.
BalasPadamaku tengok banyak betol iklan hentai game kat mana2 laman web termasok fb n youtube.
patutnya banned je iklan2 yg camtu kat msia nie. hahahah.
x perlu butthurt wahai semua peminat anime. ni semua pasal nk dpt duit jer. x perlu ambik serius.
BalasPadamAbg Noob kena ingat, anime fans ni maksum...
BalasPadamSedih tgk komen diorg kat fb. Kdg geram gak. Kebanyakan budak2 sekolah lak tu!
Harian Metro mungkin mentionkan kepada Visual Novel versi eroge . Dan sepatutnya peminat eroge yang butthurt . Ni peminat anime pulak yang butthurt ? Membela eroge nampak ?
BalasPadamDalam laporan tu ada menyatakan game berjudul "The Night Before Exam", dan ya, memang sebuah eroge, game lucah. Harap ibu bapa pantau kegiatan anak2.
BalasPadamBiasalah rakyat Malaysiakan mls membaca...
BalasPadamagak agak diorang butthurt pasal anime atau eroge .... ka ka ka hakikat x nk terima
BalasPadamtapi yang cuma minat kartun jepun dan tak main eroge pun terkesan gak, lagi2 kalau parents jenis suka stereotaip, semua anime dikira eroge. Pasal Mio pula, kalau parents nampak anaknya tengok K-on mungkin disalah sangka tengok kartun lucah
BalasPadamTue masalah dya tue... Kalo mo letak gambar jugak. Letak la yg watak dalam tue eroge..
Padamspongebob sekuepen juga sejenis anime.
BalasPadamspongebob bkn anime lah bodoh. spongebob tu kartun. lain kali belajar dulu sebelum komen
Padamlantak la aku nak komen ape pon yang ko taksub sangat apehal.. ko la yang bodoh nak mampus.
PadamThe Definition of Anime: http://youtu.be/p51neLsWE-4
Padambetul tu... anime bola kampung juga telah banyak merosakkan akidah remaja masa kini
Padamupin ipin juga telah merosakkan akidah umat islam...mohon perkasa buat perhimpunan bantah upin ipin depan mahkamah...
Padamkesian aku tgk korang ni... trying too hard to be funny
Padamtinggal arwah dah tu ._.
Padamx tahu beza anime ngan kartun,baik diam ._.
Wakakakakaka aku setuju dengan kau noob!
BalasPadamPndai2 je nk wat cite
BalasPadamBaik dia focuskan video lucahkan malaysia ni
BalasPadamYg lawak nie, knpa letak website dalam paper tue? Nama game pun ada.. makin banyk yg p layar tue nnti haha..
BalasPadamAtleast anime ada pengajaran dari cinta, cinta, and another drama cinta, and another cinta, cinta and gangster. Jangan kutuk seni negara orang lain kalau tanahair sendiri pun macam haram
BalasPadamAku rasa, elok haramkan anime pada penonton bawah 18 thn sbb diorg lagi membuatkan anime nampak lebih teruk.
BalasPadamBudak tu pon 1hal dah bukak pandai2lah delete semula history.. xpon bukak kt mozilla private window.. ulat buku aleeutoo
BalasPadamfirst erogame ak pernh main "ganguro girl" dan game kedua pernah ak main "kuroinu kedawakaki blah2 something" tp best la jugak game first kureng tp yg kedua awesome gila ada raksasa, elf,human ****** all the time haha2
BalasPadamsama bro... antara game terawal aku main yg ganguro tu. terus nostalgia zaman sekolah dulu
Padamterima kasih metro ahad... dari elok2 x de nafsu terus bersemangat nak google keyword dlm artikel tu. tapi sayang game tu bukan ful version sedih sungguh
BalasPadamHahahaha,lawak seyh artikel nih
BalasPadamSo, korang nak cakap peminat anime minat hentai sebab dok terperap dalam bilik? Macammana pulak dengan bebudak lain yg alim tu pun layan anime jugak tak pun sampai layan hentai. Tolong hormati hobi kami sbg otaku kerana kami menyokong anime bukannya hentai. Figura adalah mainan kidult untuk disimpan koleksi dan bukannya s*xtoy hampeh yang berlambak kat luar sana. Penjualan figura kpd otaku sememangnya selama ini bukan satu masalah knpa harus diungkit skrang? bagaimana dengan diluar sana? pelacuran berleluasa di sana sini tapi tak ada sapa pun yg peduli. ni kan pulak figura anime. Hentikan sampah repek ini. Sebelum ni takde pulak kes maksiat blaku sebab figura. yang aku tau maksiat s*xtoy dengan kes sumbang mahram cibai kat luar sana adalah. anda menghina dan terlalu memandang rendah thdp otaku.'otaku' is not politic,'otaku' is not maksiat, 'otaku' tak pernah menyusahkan sesiapa pun selama ni, 'otaku' bukan SAMPAH macam pelacur NAJIS. So, korang xde hak nak hina sesuka hati hobi kami
BalasPadamSaya ingin mengucap terima kasih kepada penulis yang masih mengekalan kenangan artikel ini <3 seribu terima kasih demi sejarah ACG Malaysia!
BalasPadam