Sabtu, 28 Februari 2015

20 Orang yang ada status memang sentiasa benar

Hari ini ramai yang menjustifikasikan kebenaran berdasarkan status jawatan, pangkat dan gelaran yang mereka miliki. Golongan2 seperti ini ada yang sering menyalahgunakan status mereka untuk membenarkan percakapan dan perbuatan mereka walaupun terhadap perkara yang salah. Dan penyokong mereka pula seolah2 telah dibutakan dengan status yang dia miliki sehingga apa yang mereka mampu buat hanya mengangguk dan menjilat sahaja, dan hanya mampu memejamkan mata terhadap suatu yang salah.


Aku cikgu, dah tentu aku betul dan kau perlu patuh dan turut sahaja.
Aku ustaz, ilmu aku sudah pasti jauh lebih tinggi dari kau.
Aku jurutera, itu sahaja dah cukup untuk membuktikan yang aku yang betul dan kau salah. 
Aku pensyarah, mana mungkin aku boleh salah dengan kau yang ntah sapa2 ni.
Aku bos, bos is always right. Kau cuma buat sahaja apa yang aku suruh.
Aku orang lama, aku tahu apa yang aku buat, kau orang baru tak layak bagi kritikan. 
Aku pangkat Dato', sudah pasti bisnes MLM yang aku buat ini betul.
Aku menteri, ternyata apa yang aku cakap ini tiada yang salah melainkan yang benar2 belaka.

Dan lebih bermasalah apabila orang2 di sekeliling pula terutama penyokong dan macai2 mereka turut mempunyai mentaliti yang menjustifikasikan kebenaran berdasarkan jawatan, pangkat dan gelaran orang yang mereka sokong.

Dia cikgu, dah tentu apa yang dia cakap tu betul.
Dia ustaz, ilmu dia lagi tinggi dari korang semua kot.
Dia jurutera, itu sahaja dah cukup untuk membuktikan yang dia yang paling layak jadi ketua kita.
Dia pensyarah, dia tahulah apa yang dia cakap, yang kau ni belajar pun tak tinggi mana.
Dia bos, dia tahulah apa yang dia buat, ko ikut je arah sudah.
Dia orang lama, dah otai, kira tahap lejen. Ko pulak siapa nak mempertikaikan apa yang dia cakap?
Dia Dato' kot, ko fikir logik la, takkan orang yang ada pangkat Dato' tu penipu?
Dia menteri, kau nobody. Dia betul, ko salah, titik.

Sumber

Yang benar tetap benar walau siapa yang cakap hatta budak sekolah, kuli cabuk, tukang sapu sampah, orang gila, pengemis mahupun pelacur sekalipun. Yang salah juga tetap salah walau siapa juga yang cakap hatta seorang pemimpin, menteri, ahli politik, pegawai kerajaan, ketua kampung, tok penghulu, CEO syarikat dan perdana menteri sekalipun.

Jangan kerana hanya seseorang itu ada jawatan, pangkat dan gelaran maka dia sahajalah yang layak untuk bersuara memberi pendapat, pandangan, kritikan dan sentiasa benar. Dan jangan kerana hanya seseorang yang tiada jawatan, pangkat dan gelaran maka dia tidak layak untuk bersuara memberi pendapat, pandangan, kritikan dan sentiasa salah.


Itulah penyakit orang Melayu dari dulu sampai sekarang, dan kau boleh lihat situasi ini di mana2, dalam suatu komuniti yang kecil sehingga komuniti yang lebih besar, di sekolah, universiti, pejabat, hospital, kelab peminat, komuniti masyarakat, agensi kerajaan, syarikat swasta, skim MLM, parti politik dan lain2.

Menteri tak maksum. Dato' tak maksum. Orang lama tak maksum. Bos tak maksum. Pensyarah tak maksum. Jurutera tak maksum. Ustaz tak maksum. Cikgu tak maksum. Kita semua tak maksum. Kita semua tak suci. Kita semua hanya makhluk yang dibuat daripada cebisan daging dan tulang yang punya banyak kelemahan. Tak perlu berasa bangga dan megah sangat dengan status dan darjat yang dipinjamkan.

Nak berdebat atau berhujah atas sesuatu perkara, buang status tu jauh2. Kita berkomunikasi atas dasar kita sama2 manusia. Jangan merasa diri itu begitu tinggi, jangan memandang rendah pula kepada orang lain, dan yang penting sekali jangan sekali2 kau menetapkan kemenangan hanya dengan status yang kau miliki. Serius pathetic.

Kau punya status, aku tiada status. Namun akhirnya, kita semua akan masuk ke lubang yang sama.




tags: orang individu status gelaran jawatan pangkat sentiasa benar dan betul ass shoe boot licking licker jilat bontot kaki kasut ampu bodek kebenaran tidak salah

20 ulasan:

  1. Lumrah dalam kehidupan kita ni.. siapa paling berpengaruh maka dialah paling betul dalam semua perkara. Yang salah pun tetap jadi betul sebab ada jenis manusia yang taksub bila sukakan sesuatu atau seseorang sampai yang terang2 salah pun jadi betul kerana ketaksubannya.. paling banyak kita boleh nampak dalam politik.

    BalasPadam
  2. itu sebab xde benda nak dibangakan apa yang ada apa yang Allah S.W.T. suruh syukur... bukan "berbangga" "bermegah" kereta power la, rumah banglo la, duit 10juta, 20 juta dlm simpanan dsb semua benda tu hanya keperluan bukannya untuk dibawa bangga2 kan... apa2 je la yg penting ak nak kentut sikit kat Tanpa Nama prooooooooooooooooooooooooooooottttttttttttttttttt arghh lega bak hangg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..kekal dgn sindrom meleis dunia ketiga. Kepalabutuh la guna nama Allah nak tunjuk bagus.

      Padam
  3. fenomena menjilat juburit ni sebenarnya buah yang disemai sejak dari kecik. sebab sejak dari kecik lagi kita dah dibiasakan..
    - orang dewasa sentiasa betul.
    - anak xleh melawan cakap mak bapak walaupun mak bapak yg salah.
    - jangan menyampuk bila orang tua bercakap walaupun time tu tengah dok pertikai pasal si anak tu.
    - dan beberapa situasi yang lebih kurang sama dengan ni.

    so bila dah besar, konsep yang sama dorang bawak ke alam pekerjaan dan kehidupan dorang.

    BalasPadam
  4. noob pic background blog ko ni seram ahh. makhluk apa yg ada dkt bawah tu ..

    BalasPadam
  5. Oh Rozana

    Bukan niatku menuntut kembali seketul bisjut & royi

    apatah lagi segalanya telah aku membeli bisjut & royi

    simpanlah ia milikmu,

    kau telah bayar mahalnya bisjut & royi

    buangkanlah bisjut & royi jika perlu,

    tetapi usah kembalikannya padaku,

    kerana bisjut & royi itu sudah tiada lagi nilai adanya,

    dan kerana itu aku sedang membeli bisjut & royi baru

    untuk aku berikan kepada jejaka bangla

    bisjut & royi yang tak sama seperti dibeli olehmu

    nak bisjut?

    BalasPadam
  6. pehhh...artikel yang dashat dan layak di buat viral di media sosial. we want more...

    BalasPadam
  7. Manusia itu sentiasa terdedah dalam melakukan kesilapan.

    Sedangkan Nabi mendengar pendapat sahabat, siapa kita untuk berlagak lebih 'betul' daripada Nabi...?

    BalasPadam
  8. Perkara biasa dlm negara dunia ketiga. Mana2 bangsa pun sama. Malas membaca dan yg ada sijil, gunakan sijil sbg modal nak cover kebodohan diri dan terlebih islam.

    Biasa la kritik sikik, jadi kapir. Nak membodohkan orang lain, adalah satu kebanggaan dan keutamaan umat dunia ketiga.

    Memang sedih. Tiada aneh, tak ada siapa pun nak berubah, boleh berubah, mahu berubah, mampu berubah. Artikel yg bagus tetapi sia2 dan tidak ada sebarang kebaikan untuk umat dunia ketiga.

    Siapa berani berubah? Nak mampos!!! Dia akan ditrollkan gila2 punya. Kejap ja bleh jadi baik ni.. Lama kelamaan, akan berbalik dgn konsep yg membahagiakan lagi mendapat barokah iaitu mengkepalabutuhkan orang lain. Dunia Ketiga adalah dunia monopoli. Sesiapa cup Allah, nabi2 dan orang bersijil, dialah berada dipihak kebenaran. Orang selain ini adalah semuanya macam kepalabutuh. Khalas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. apebende yg ngko dok merapu sambil mencarut ni.. ko pon kepala#&&$@ jugak.

      Padam
    2. Kesian kat nko 943pg.. sel2 otak meleis nko tak dapat bersambung..walaupun dgn ayat2 simple jer.. buang masa jer explain lebey2 kat meleis2 yg payah nak hadam info ni.

      Padam
    3. TN 8.21PG.. ayat-ayat kau terlalu saintifik la. Mana la makcik felda mcm 9.43PG boleh faham.

      Padam
    4. 1040.. itu bukan Makcik Felda la..itu pemilik MyVi kelmarin tu. Pemilik MyVi lagi susah nak hadam.

      Padam
    5. Pemilik myvi lg cam sial, dia je nk betul. Kalau pemilik myvi berdebat dgn ustaz pn dia akan menang dgn statusnya sbg pemilik myvi...

      Padam
    6. maibi haibim
      selalu kereta myvi je suka suka nak hi beam suruh orang ketepi sebab dia nak pecut

      Padam
  9. money talk bullshit walk...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.