3 FAQ Segmen Terjah Blog Awekz

FAQ Berkenaan Segmen Terjah Blog Awekz


Q: Apakah Segmen Terjah Blog Awekz? 
A: Segmen ini merupakan segmen khas yang akan memapar dan mempromote 10 blog2 wanita bagi setiap siri.

Q: Bagaimana blog2 ini dipilih? 
A: Ia dipilih secara random sahaja kat mana2 aku jumpa melalui aktiviti blogwalking, group blogger Facebook, para pengunjung yang meninggalkan komen atau yang follow Buasir Otak. Oh kalau ada yang request untuk diterjah pun boleh.

Q: Berapakah kekerapan segmen ini dan sampai akan tamat sehingga siri ke berapa? 
A: Kalau ikutkan sekarang, kekerapan segmen ini adalah seminggu sekali dan akan dipublish pada hari cuti minggu, manakala tamat siri ke berapa tu tak tahu lagi, tengoklah sampai bila2 selagi aku rajin.

Q: Adakah hanya blog wanita yang bujang sahaja akan diterjah? 
A: Tidak, ikutlah kalau aku rasa sesuai untuk diterjah dan dipromosikan maka yang anak dara hatta yang dah mak orang pun boleh diterjah.

Q: Adakah blog wanita yang popular dan ramai follower sahaja yang akan diterjah?
A: Tidak, mana2 blog awek pun boleh diterjah samada yang popular, yang tak popular, yang sikit atau ramai follower, as long kalau aku rasa sesuai untuk diterjah, aku terjah.

Q: Semua blog wanita yang diterjah mesti kena letak muka ke? Kalau takde muka tak boleh? 
A: Ya, hanya blog yang ada letak gambar mereka sahaja yang akan diterjah, tapi tak semestinya wajah keseluruhan, kalau dari tepi ke, dari atas ke, separuh muka ke, atau yang berpurdah atau berniqab pun masih lagi boleh diterjah, takde masalah. Tiada diskriminasi di situ.

Q: Ambil gambar mereka bukan dikira curi ke?
A: Di internet tiada istilah curi, once korang letak apa2 kat Internet, ia telah menjadi Hak Milik Internet. Tapi mungkin ada yang salah anggap aku curi gambar profile mereka. Aku bukan saja2 guna gambar mereka dan tidak kreditkan balik ke blog mereka, tapi setiap satu gambar aku letak backlink URL ke blog masing2, malah aku terus masukkan blog mereka ke dalam bloglist kat bawah tu, so fair enough right? 

Q: Kenapa semua blog2 awek yang diterjah tak dimaklumkan yang mereka masuk segmen ini?
A:  Semua blog awek yang diterjah aku tak beritahu dulu sebab aku nak buat surprise atau kejutan, kalau mereka tengok traffik tiba2 meningkat, diorang akan check kat Traffic Sources dan tengok ada Referring URL dari segmen ni. Kalau dah beritahu awal2 tak syoklah. Tapi mungkin juga ada yang tak check langsung dan tak sedar yang mereka dah tersenarai dalam segmen ni.

Q: Kenapa kat segmen ni hanya letak gambar profile owner dan link blog awek yang diterjah tapi tak review tau tulis apa2 komen pasal blog mereka? 
A: Kerana bagi aku setiap orang ada citarasa dan gaya masing2, kalau mereka suka layout macam tu, ada lagu, ada salji turun, ada blink2, ada mouse trail, ada macam2 lagi, nak buat macam mana dah mereka suka macam tu, siapa aku untuk komen blog2 orang lain? Kita pun tak kenal mereka, tetiba kita komen macam2 pasal blog orang lain, itu tak kena lah, ini tak kena lah, lainlah kalau mereka sendiri yang tanyakan pendapat dan nasihat kita, itu lain cerita.

Q: Kenapa ramai sangat anon tulis mengarut2 dalam segmen ni? 
A: Anon yang pervert dan tiada adab memang ramai kat Buasir Otak kerana isu2 yang sering dibangkitkan dalam blog ini, dan aku tak block komen anon kerana tidak semua anon itu bangang, ada juga anon yang baik dan memberikan komen2 yang sangat bagus. Aku tidak mahu hanya kerana ada segelintir anon jahat, anon baik jadi mangsa juga. Tapi aku akan cuba untuk monitor dan pantau komen2 kat segmen ini dan padam semua komen2 mengarut dan merepek terutama yang ditujukan kepada para awek. 

Q: Kenapa tiba2 ramai anon2 yang tulis benda2 mengarut di blog saya selepas masuk dalam segmen ni? 
A: Kalau ada anon yang terlepas dan kacau blog2 awek tu, aku minta maaf kerana ia betul2 di luar kuasa aku, tapi aku harap lepas ni para blogger terutama wanita disablekan anonymous komen atau perlu approval dulu.

Q: Saya tak suka la blog saya dipromosikan di sini, mohon remove boleh?
A: Kalau ada mana2 awek yang tak mahu blognya disenaraikan dan dibuang dari segmen ini atas apa jua sebab, aku tiada masalah, cuma tinggalkan komen je dan aku akan remove terus. Aku buat segmen ni pun just for fun disamping membantu blogger2 wanita lain meningkatkan trafik dan menambah kenalan baru.

Q: Kenapa terjah blog awek je? Blog lelaki takde ke?
A: Sebab nama segmen ini segmen terjah blog awekz, bukan tejah blog balak.



Harap semua mendapat pencerahan mengenai segmen ini. Kalau ada apa2 soalan nak tambah, sila tuliskan di ruangan komen di bawah. Komen yang tiada kaitan dan merepek2 akan dipadam.


3 ulasan:

  1. oh ini rupanya info tentang segmen nih. hingatkan apa saja tadi.

    BalasPadam
  2. lah.. daa mcm temuramah dgn wartawan pulak.. baru saya tahu :)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.