Memaparkan catatan dengan label Idea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Idea. Papar semua catatan

Jumaat, 1 November 2019

3 15 Idea untuk gunakan semula telefon pintar lama

Zaman sekarang telefon pintar bukan lagi sekadar trend tapi sudah menjadi kemestian. Boleh dikatakan hampir setiap orang ada memiliki telefon pintar, dari yang muda sehinggalah yang tua. Malah kanak-kanak sekolah rendah pun ramai dah mempunyai telefon pintar sendiri, sama ada dibelikan oleh ibu bapanya atau mewarisi telefon lama ibu bapa atau abang kakaknya.

Setiap tahun pula pasti ada sahaja banyak model terbaru telefon pintar yang keluar di pasaran. Tahun ni model 5, 2 tahun kemudian dah model 7. Kalau kereta tu pakai 5 tahun masih boleh rasa macam baru pakai, tapi telefon ni baru pakai setahun dah rasa macam lama dan ketinggalan. Sebab tu kekerapan orang menukar telefon pintar ini agak tinggi.



Jumaat, 13 April 2018

3 Tukar semua ahli politik dengan Undi Terbalik

Semakin ramai orang sudah bosan dengan ahli politik, baik di blok parti pemerintah mahupun parti pembangkang. Namun masih ramai rakyat yang masih rela duduk di bawah pemimpin dan parti politik walaupun dah terang-terang majoriti pemimpin politik sama ada di pihak pemerintah mahupun pembangkang lebih mementingkan periuk nasi mereka sendiri.

Dulu aku pernah tulis kat artike "Mari mengajar politikus dengan Kuasa Rakyat!" tentang satu idea, idea yang paling ideal nak mengajar ahli politik bahawa negara ini adalah hak rakyat dan rakyat mempunyai KUASA dan LESEN BESAR untuk memilih dan menolak mana-mana ahli politik. Satu idea yang memberi isyarat bahawa yang mereka terikat pada rakyat, bukan rakyat yang terikat pada mereka. Idea yang seharusnya lebih berkesan dari kempen undi rosak / #undirosak yang tak mendatangkan apa-apa makna.


Isnin, 10 April 2017

4 Banyak idea hadir ketika kita tidak bersedia

Biasanya idea datang mencurah-curah semasa kita tengah sibuk buat benda lain. Masa tengah bangun tidur, masa tengah mandi, masa tengah memandu, masa tengah makan, masa tengah main game, banyak betul idea datang. Kadang-kadang nak catat pun tak sempat sebab tak bawa pen/kertas. Nak simpan dalam telefon pun tangan tengah sibuk pegang benda lain, so kita pun cuba la simpan dalam kepala je dengan harapan kita akan ingat idea tu masa nak buat nanti. Tapi bila tiba masa kita dah bersedia nak buat idea tu, tiba-tiba dah terlupa dah apa benda idea dalam kepala otak kita tadi.

Every.single.time.



Rabu, 1 Mac 2017

3 Penyelesaian kepada kesesakan trafik jalan raya

Jalan-jalan di Malaysia trafiknya selalu sesak dan padat sehingga seringkali mengakibatkan traffic jam. Kadangkala lebuhraya yang banyak laluan pun boleh sesak. Ada juga jalan yang jaraknya hanya beberapa kilometer yang masa perjalanannya sepatutnya 10 minit tetapi boleh memakan masa sehingga 30 minit.

Antara faktor penyebab jalan raya sesak ini adalah seperti banyak kenderaan di waktu puncak, halangan seperti lampu isyarat, simpang, bulatan, laluan mengecil, kemalangan, sikap pemandu memotong laluan dan sebagainya. Namun pernah tak anda menempuh kesesakan jalan raya juga walaupun tiada kemalangan mahupun halangan?



Sabtu, 16 April 2016

4 Lokasi pengiklanan yang sangat ideal dan strategik

Iklan...

Kini terdapat pelbagai cara untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka. Yang biasa kita lihat adalah iklan berbentuk audio seperti di radio dan pasaraya serta iklan berbentuk visual seperti iklan bergerak di kaca TV, Youtube dan juga iklan statik seperti iklan di banner blog, FBads, brochure, flyer, papan tanda dan sebagainya.

Namun untuk mengiklankan sesuatu ia biasanya datang dengan kos, dan kos iklan biasanya tidaklah begitu murah, biasanya bergantung kepada durasi dan tempoh iklan serta saiz iklan. Makin lama durasi iklan makin tinggilah kosnya. Makin besar saiz iklan maka makin besarlah bayarannya.



Rabu, 11 November 2015

19 Bolehkah Sg. Klang dijadikan laluan alternatif?

Aku sebenarnya dah lama terfikirkan benda ni tapi dah lupa. Bila page Amran Fans upkan gambar orang naik sampan buatan sendiri kat sungai di tepi bandar yang tidak diketahui lokasinya ini mengingatkan aku balik pasal benda ni.

Dari dulu lagi aku terfikir, sebenarnya kalau ikut undang2, boleh ke kita naik sampan atau bot lalu kat Sungai Klang? Kalau boleh, aku rasa Sungai Klang ni dah boleh digunakan untuk dijadikan laluan alternatif bagi penduduk2 di Lembah Klang.



Rabu, 27 Mei 2015

25 Kemas meja lepas makan di luar bukan amalan kita

Dipetik daripada post page Oh! Media:

#‎Aduan‬: "Mohon jasa baik Oh! Media untuk post gambar ni untuk buka minda para guru yang mendidik perlu menunjukkan sikap yang baik kepada muridnya jika dia mahu muridnya berdisiplin, tapi mengapa diri sendiri tidak boleh bertanggungjawab atau menanamkan sivik dalam diri sendiri.

Kantin sekolah mengamalkan self-service tapi mengapa lepas makan guru tinggal sahaja? Lepas tu guru yang lain nak makan terpaksa tolong angkat, jika tidak saya yang perlu angkat. Saya tukang buat air bukan waiter. Tolong lah ada kesedaran."

- Luahan hati seorang tukang buat air kantin sekolah.



Sabtu, 15 November 2014

13 Kaedah atasi masalah trafik sesak di waktu puncak

Pada setiap kali anda memandu mahu pergi ke tempat kerja di pagi hari, atau mahu pulang ke rumah di waktu petang, adakah anda pernah mengalami fenomena ganjil ini di mana laluan di jalan anda mengalami kesesakan trafik yang sangat teruk manakala jalan di laluan bertentangan sebelah terlalu sedikit kenderaan yang lalu, membuatkan anda terfikir betapa membazirnya lorong jalan tersebut tidak diguna dan dimanfaatkan di waktu puncak?



Ahad, 22 Disember 2013

18 Nilai hartanah meningkat ibarat wanita cantik

Dulu aku pernah tulis pasal harga rumah yang semakin tak masuk akal di Malaysia. Tahun depan dikatakan cukai taksiran DBKL meningkat, tapi sebenarnya bukan cukai yang naik tapi nilai hartanah. So macam mana suatu nilai hartanah itu boleh meningkat? Nilai hartanah meningkat kerana ia ibarat nilai kecantikan bagi seorang wanita. Apa kaitan nilai hartanah dengan wanita, biar aku terangkan.


Rabu, 9 Oktober 2013

30 Kelemahan sistem rekod pesakit hospital kerajaan

Aku memang agak kerap pergi ke hospital kerajaan. Namun benda yang aku agak tak suka bila pergi ke klinik atau hospital kerajaan adalah kerana kita kena cerita dan ulang banyak kali benda yang sama kepada doktor yang berlainan. Tapi walau aku nak komplen dan beri kritikan, aku akan cuba memberi sedikit idea untuk memperbaiki kelemahan tersebu bak kata PM kita DS Najib Razak sebelum ini mengenai sikap orang kita yang hanya pandai mengkritik kerajaan tetapi tidak memberi sebarang idea bagaimana untuk memberi sumbangan kepada negara.


Selasa, 10 September 2013

21 Bagaimana blogger mendapat kepercayaan pembaca

Beberapa hari lepas ada pelajar dari sebuah IPTA telah menghubungi aku untuk membuat soal selidik dalam kajiannya yang bertajuk “How Blogger Gain Reader Trust”. Aku tak tahu macam mana dia boleh nak soal selidik blogger picisan macam aku ni, apa2pun aku ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi melibatkan aku dalam kajiannya. Aku telah cuba untuk menjawab soalan2 beliau sebaik mungkin dan harap sedikit sebanyak dapat membantunya. Dengan kebenaran beliau, aku postkan soalan dan jawapan soal selidik tersebut yang mungkin korang pun boleh bagi pendapat dan pandangan.



Jumaat, 28 Disember 2012

79 Segmen Kongsi Idea = Wakil Rakyat Anda

Segmen Kongsi Idea kembali lagi, kali ni berkaitan politik. Sapa kat sini tahu sapa wakil rakyat DUN dan Parlimen tempat korang duduk? Kalau tahu bagus, kalau tak tahu takpe. Korang pernah ke jumpa wakil rakyat korang dan cuba utarakan apa2 pandangan atau masalah berkaitan yang korang hadapi pada mereka? Korang tahu ke apa fungsi mereka sebagai wakil rakyat yang mewakili penduduk kawasan mereka yang telah mendapat undi majoriti sewaktu pilihanraya. Korang pernah tengok ke apa diorang buat dalam Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat? Pernah baca berita2 yang enak atau kurang enak mengenai mereka di dada2 akhbar? Tahu ke laman web rasmi, blog, akaun Facebook, Twitter atau Youtube mereka? Atau korang tak ambil peduli langsung? Kalau tak ambil peduli boleh tekan butang pangkah.



Khamis, 20 Disember 2012

64 Segmen Kongsi Idea = Smart Shopping

Aku dah setahun lebih tulis blog, rasanya dah tiba masanya untuk aku menulis dan berkongsi2 idea yang selama ini aku pendam dalam kepala hotak aku. Aku namakan segmen ini, SEGMEN KONGSI IDEA, di mana dalam segmen ni aku akan tulis apa2 idea yang aku terpikir tapi aku tak mampu nak buat sebab kekurangan sumber, masa, duit, manpower, kepakaran dan macam2 lagi, so aku harap ada sapa2 yang berminat dengan idea ni akan mampu menjayakannya. Pembaca juga dijemput untuk bagi idea2 dan input2 lain di bahagian komen untuk menambahbaik lagi idea ini. So untuk idea aku yang pertama, aku namakannya Aplikasi Smart Shopping.