Memaparkan catatan dengan label Solusi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Solusi. Papar semua catatan

Rabu, 28 November 2018

2 Cara meredakan ketegangan insiden kuil Seafield


Insiden yang melibatkan kuil Sri Maha Mariamman di Seafield nampaknya semakin hari semakin panas. Walaupun pada mulanya kuil diserang oleh sekumpulan individu yang dikatakan diupah oleh pemaju yang juga tuan tanah tapak kuil tersebut, namun kini ia sudah menjadi seperti pergaduhan antara dua kaum.

Pergolakan ini berubah menjadi isu perkauman apabila awal-awal lagi ada pemimpin, ahli politik dan pihak berkuasa memberi kenyataan salah dengan menuduh dan mendakwa ia dilakukan oleh sekumpulan kaum dan agama tertentu. Lepas dah kena kecam baru menggelabah edit tukar kenyataan.



Selasa, 20 November 2018

4 Cadangan penyelesaian isu pemandu Teksi VS Grab

Isu ini mungkin dah lama namun ia sentiasa menjadi bualan ramai sehingga hari ini iaitu isu Grab VS Teksi. Sejak perkhidmatan e-hailing bertapak di Malaysia seperti Grab, Uber (kini sudah tiada di Malaysia), MyCar, Riding Pink, Dacsee dan sebagainya, ia sering menjadi sasaran kemarahan pemandu teksi yang rata-rata membantah perkhidmatan tersebut kerana dikatakan telah mengganggu dan menggugat periuk nasi mereka.

Syarikat teksi dan pemandu teksi pernah meminta kerajaan agar menyekat perkhidmatan e-hailing seperti Grab di Malaysia, malah pernah membuat mogok, protes dan demonstrasi di hadapan bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya dan lapangan terbang KLIA pada bulan lepas kerana membantah rancangan kerajaan untuk menjadikan Grab sebagai kenderaan di stesen MRT.



Rabu, 1 Mac 2017

3 Penyelesaian kepada kesesakan trafik jalan raya

Jalan-jalan di Malaysia trafiknya selalu sesak dan padat sehingga seringkali mengakibatkan traffic jam. Kadangkala lebuhraya yang banyak laluan pun boleh sesak. Ada juga jalan yang jaraknya hanya beberapa kilometer yang masa perjalanannya sepatutnya 10 minit tetapi boleh memakan masa sehingga 30 minit.

Antara faktor penyebab jalan raya sesak ini adalah seperti banyak kenderaan di waktu puncak, halangan seperti lampu isyarat, simpang, bulatan, laluan mengecil, kemalangan, sikap pemandu memotong laluan dan sebagainya. Namun pernah tak anda menempuh kesesakan jalan raya juga walaupun tiada kemalangan mahupun halangan?