2. Kebanyakan lagu pop dan balada mesti berkaitan cinta, susah nak sentuh topik lain, sebab lagu pop/balada bahasa Malaysia perlukan lenggok bahasa yang puitis, dan ia biasanya terhad pasal topik cinta. Cuba nyanyi lagu pop/balada tapi topiknya pasal mat rempit, susah nak masuk.
3. Perkataan yang sesuai digunakan dalam lagu pop/balada juga terhad kerana tidak semua perkataan kedengaran sedap untuk dinyanyikan, malah banyak yang dipinjamkan dari perkataan Indonesia contohnya perkataan 'bisa' lebih biasa digunakan berbanding 'boleh', 'kerana' menjadi 'karena', 'cuba' dieja sebagai 'coba', 'berbeza' jadi 'berbeda' dan sebagainya.
Sebagai contoh perhatikan bait-bati lagu Tak Bisa Memilihmu nyanyian 6ixth Sense.
Maaf ku tak bisa memilih dirimuJika diubah seperti berikut mesti kurang sedap.
Karena kuterhanyut mencintai dia
Maaf ku tak boleh memilih dirimu
Kerana kuterhanyut mencintai dia
4. Berbeza dengan lagu inggeris di mana ayat percakapan harian biasa juga kedengaran sedap bila dinyanyikan. Aku ambil contoh lagu Lemon Tree oleh Fools Garden.
I'm sittin' here in the boring room
It's just another rainy Sunday afternoon
I'm wasting my time
I got nothin' to do
I'm hangin' around
I'm waitin' for you
But nothing ever happens and I wonder
Cuba kalau lirik lagu ini diterjemah secara terus dan dinyanyikan dalam bahasa Malaysia, pasti nampak janggal untuk dinyanyikan.
Aku duduk di sini di dalam bilik yang membosankanJadi kalau nak terjemah ke BM, liriknya perlu diubah dan disusun semula agar ia enak dinyanyikan dan didengar seperti yang ditulis semula oleh Pn Norra Jamal:
Ia hanya satu lagi petang Ahad yang hujan
Aku sedang membuang masa
Aku tiada apa nak dibuat
Aku melepak
Aku menunggumu
Tetapi tiada apa yang berlaku dan saya tertanya-tanya
Berteleku aku di kamar nan sepi
Ahad kembali lagi hujan renyai dinihari
Waktuku terbazir
Segalanya tersia
Aku tergantung disini
Menjadi penunggumu
Tiada apa berlaku dan aku bingung
5. Selain dari genre balada, genre lain seperti rock serta cabang-cabangnya pula boleh sentuh topik luas sikit selain cinta tapi masih kena guna ayat dan perkataan yang sedap untuk dinyanyikan. Yang boleh bantai apa-apa topik, guna bahasa rojak, letak sebarang perkataan dan ayat, campur pula BM BI dan masih kedengaran sedap ini cuma lagu hip hop dan rap sahaja.
6. Cuma biasanya penyanyi rap negara kita suka buat lagu yang dia brag pasal betapa susahnya dia masa dulu, orang tak pandang, orang tak peduli, tapi sekarang dah sudah berjaya, orang dah pandang, semua orang kenal, dah boleh beli barang mahal dan sebagainya. Tapi penyanyi genre lagu lain tak boleh nak brag dalam lagu sebab tak berapa sesuai.
7. Zaman 80 dan 90-an popular dengan lagu jiwang mendayu-dayu, lagu rock kapak dan lagu irama Malaysia, malah lirik yang ditulis pun sangat puitis dan mendalam. Tidak lama kemudian lagu-lagu genre ini dilupakan kerana ramai orang beralih ke genre lain seperti alternatif rock, pop rock, slow rock, balada, komedi, hip hop, rap, R&B, EDM dan sebagainya, jadi ramai yang anggap lagu jiwang mendayu-dayu, rock kapak, dangdut dan irama Malaysia sebagai genre lama yang dah ketinggalan zaman.
8. Tetapi sejak beberapa tahun ini, pengkarya muzik mula membikin semula lagu-lagu berentak jiwang mendayu-dayu dan rock kapak dengan nafas baru, dan hasilnya masih meletup dan diterima ramai. Jadi genre lagu-lagu ini sebenarnya tidak pernah mati pun, cuma orang je tak nak buat lagi. Sebab tu bila ada orang buat lagu baru untuk genre tu, ramai je yang dengar pun.
9. Muzik ini sebenarnya merentas zaman. Buatlah lagu baru genre apa pun hatta dangdut dan pop yeh yeh sekalipun, kalau irama dan melodi dia sedap dan catchy, pasti orang akan dengar dan minat. Sebab tu lagu nasyid Raihan Puji-Pujian pernah meletup gila-gila tahun 1997 dulu. Siapa boleh bayang lagu nasyid boleh sangat popular malah sampai luar negara? Sebab lagu tu irama dan melodinya sangat sedap dan catchy.
10. Jadi aku harap komposer dan pemuzik baru boleh hidupkan kembali genre lagu seperti irama Malaysia, lagu tradisional, lagu loghat negeri, nasyid dan sebagainya yang kita ingat dah pupus tapi sebenarnya ia cuma tenggelam sikit sebab takde lagu baru yang meletup dan popular.
Baca juga artikel berkaitan:
- Meraih populariti dengan kualiti bukan mudah
- Seni dan hiburan: Populariti mengatasi kualiti
- Lirik lagu kini yang hampeh berbanding dulu
- Gaya lukisan komik bukan identiti negara
- Hilangnya Nilai Sastera dalam Lirik Lagu?
- Lirik vs Lagu
P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: sembang kosong trivia muzik lagu malaysia tempatan industri seni penyanyi pemuzik komposer genre popular
Lagu kakiku dibibirmu nyanyian kartunis taugeh pun best juga..lagu mak mertuaku kawin lagii pun best..😍😘😛😝🙋🙋🙆🗣🗣🕴👩❤️👩👨❤️👨💑👩❤️💋👩👨❤️💋👨💏👅👅👅🍃🍂🍁🍀🌷🌱🌲🌳🌴🌵🌿🌿🌼🌻🌺🌹🏵💮🌸💐🐌🐛🐝🐝🐞🕷🕸🦂🦀🐚🐙🐡🐠🐟🐬🐋
BalasPadam