Hari Kemerdekaan Malaysia sekali lagi muncul untuk kali ke-57 dengan slogan “Malaysia, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta”. Sempena hari kemerdekaan ini aku nak pasang bendera Malaysia kat rumah dan kat kereta, nak pergi dataran sambut countdown malam merdeka, dengar lagu patriotik banyak2, hafal lagu tema hari merdeka tahun ni, tonton filem patriotik dan
dokumentari mengenai sejarah kemerdekaan sampai muntah, tengok perbarisan dan perarakan secara langsung, baca mengenai tokoh2 pejuang kemerdekaan dan hayati sejarah kemerdekaan serta menulis puisi dan sajak mengenai kemerdekaan negara.