Selasa, 12 Februari 2019

3 Senjata makan tuan kerajaan PH tuah pembangkang

Mutakhir ini semakin banyak isu jelak yang melibatkan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan. Dari isu u-turn macam-macam dasar, ke isu menteri dibabikan usahawan, ke sijil kelulusan yang diragui, ke isu saman AES kini menjadi tindakan yang Islamik, macam-macam hal. Pembangkang tak perlu susah-susah cari isu, perjuangkan itu ini untuk rakyat. Mereka cuma perlu ungkit balik janji dan kata-kata lama pemimpin kerajaan hari ini sudah cukup untuk membuatkan sokongan beralih arah.

Sumber Utusan Malaysia


Senjata makan tuan...

1. Ramai orang semakin jelak dan mual dengan kerajaan baru.

2. Kejelakan ini bukanlah disebabkan pembangkang semakin kuat.

3. BN masih lagi lemah. UMNO belum pulih, MCA dan MIC masih tergapai-gapai. PAS masih lagi mencari rentak.

4. Sebaliknya kejelakan ini adalah disebabkan sikap kerajaan PH sendiri seperti beberapa contoh berikut.

5. Dulu cakap A, sekarang cakap B, rakyat jelak.

6. Dulu kata mansuh, sekarang selamba teruskan, rakyat jelak.

7. Dulu kata zalim, sekarang maqasid syariah, rakyat jelak.

8. Dulu cakap ia tak bagus, sekarang u-turn siap tambah beli baru, rakyat jelak.

9. Dulu persoal kelulusan orang, sekarang kelulusan sendiri meragukan, rakyat jelak.

10. Dulu berlaku apa-apa asyik salahkan kerajaan, sekarang ia masih berlaku tak salahkan pula diri sendiri, rakyat jelak.

11. Dulu kutuk menteri lama bagi kenyataan dan alasan bodoh, menteri sekarang pun masih ada bagi alasan bodoh, rakyat jelak.

12. Dulu marah kerajaan lama salah guna harta kerajaan untuk pilihan raya, sekarang guna juga untuk kempen pilihan raya kecil, rakyat jelak.

13. Dulu kutuk kerajaan lama masa pilihan raya baru muncul tabur 'dedak', sekarang mereka pun baru muncul bagi 'dedak' juga tambah lagi alasan bodoh, rakyat jelak.

14. Lagi mengharukan cakap hutang Malaysia banyak, perlu buat langkah penjimatan, kurang peruntukan sana sini, ketatkan kelayakan Bantuan Sara Hidup, tutup agensi dan pejabat kerajaan sana sini, kurangkan bilangan penjawat awam, tapi sekolah swasta yang kaya dibantu pula, tambah lagi kamera AES dengan harga yang mahal.

15. Apa yang dikutuk masa kerajaan BN buat kini dijilat balik. Tol, PTPTN, kamera AES, menara TRX, bantuan tunai, apungan harga minyak mingguan dan sebagainya. Tak mustahil lepas ni 1MDB yang dicanang-canang bermasalah pun boleh diteruskan, cuma 'rebrand' dengan nama lain sahaja.

16. Aku sebenarnya tak suka bagi gelaran yang tak elok pada sesiapa, tapi hakikatnya itulah yang diperkatakan oleh orang ramai, rakyat dah kena 'kencing' dengan kerajaan.

17. Apa yang aku nampak masalah kerajaan hari ini adalah mereka ini dua kali lima, selalu u-turn, cakap tak serupa bikin, agak lemah dalam menangani isu-isu melibatkan perpaduan, keagamaan dan sebagainya.

18. Kalau pembangkang dulu, mereka kena guna pelbagai isu untuk mendapatkan sokongan rakyat, kena berjanji bulan dan bintang, kena perjuangkan kos sara hidup, kena pertahankan hak golongan-golongan tertentu, kena bangkang segala jenis dasar yang dibuat hari ini, tapi pembangkang hari ini memang beruntung.

19. Tengoklah dalam pilihan raya kecil selepas PRU14, mereka tak perlu perjuang, pertahan atau bangkang apa-apa sangat pun. Cukup dengan bermodalkan 'senjata makan tuan', ungkit dan bandingkan balik je apa yang kerajaan hari ini cakap dulu dan sekarang.

20. Malah pemimpin dan parti pembangkang sekarang tak perlu bekerja dan berusaha begitu keras pun. Tak perlu berhabis ribuan jutaan ringgit upah cybertrooper macam dulu untuk mempertahankan mereka di media sosial.


21. Cukup dengan troll dari mantan PM DS Najib dah cukup membuatkan sokongan beralih arah dan lupa pada semua kesusahan yang ramai orang suarakan ketika di zaman Najib, kerana apa yang berlaku sekarang tiada apa perbezaan sangat pun malah semakin teruk. Orang yang dulu sokong PH pun ramai dah malu dan tidak mahu lagi mempertahankan kerajaan.

22. DS Najib hari ini telah menjadi  seseorang yang rakyat perlukan untuk menegur dan mengkritik kerajaan hari ini. Namun selain dari troll, kenapa DS Najib semakin popular?

23. Kerana beliau hari ini telah menjadi ahli politik pembangkang yang tulen, seperti mana pemimpin kerajaan hari ini menjadi pembangkang suatu masa dulu. Beliau dengan selamba pergi mana-mana turun padang jumpa rakyat, beramah mesra bergurau senda tanpa sebarang protokol dengan masyarakat, melayan sahaja karenah dan perangai orang muda, aktif bersuara di media sosial dan sebagainya, sangat berbeza ketika beliau dalam kerajaan menjadi PM dahulu.

24. Manakala pemimpin pembangkang yang dulunya baik, mesra, rajin turun padang, senang nak jumpa mendengar luahan hati masyarakat, rajin bersuara di media sosial, sempoi, selamba, ramah, mudah bergurau senda, sanggup turun jalan raya bersama rakyat, kini dah jadi tokoh pemimpin kerajaan yang sama seperti pemimpin kerajaan sebelumnya.

25. Nak jumpa susah, banyak protokol, jarang turun padang, malas update media sosial, kurang mesra, berlagak, asyik nak marah, tak boleh terima kritikan, banyak alasan bodoh yang membodohkan rakyat, kuat spin, nak bergurau senda rakyat rasa tak selesa dan sebagainya.

26. Kesimpulannya, ahli politik ini paling best dan rasa dekat dengan rakyat adalah ketika mereka jadi pembangkang je. Bila dah jadi kerajaan tiba-tiba jadi bangang dan terus rasa jauh je dari rakyat.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: ahli politik senjata makan tuan kerajaan ph pembangkang bn umno mic mca pas prk pilihanraya kecil semenyih sijil degree palsu kuat lemah 

3 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...