Rabu, 13 Februari 2019

15 Blog politik popular sebelum zaman kejatuhan

Sebelum media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter menjadi wadah utama dalam menyampaikan maklumat berkaitan politik, wujudnya banyak blog dan portal berkaitan politik pada awal 2000-an sehingga 2015.

Pada waktu itu biasanya blog dan portal politik ini dikendalikan oleh penyokong politik, cybertrooper dan individu bebas, tidak seperti hari ini di mana kebanyakan ahli politik sudah mempunyai akaun media sosial sendiri.

Blog dan portal inilah tempat tumpuan para netizen terutama peminat politik sehingga menjadi sarang untuk mendapatkan maklumat, berdebat dan bergaduh di ruangan komen dan forum.


Kini ada blog/portal yang sudah pun terkubur menjadi tinggalan sejarah, ada yang sudah berpindah ke medium lain, ada yang sudah bertukar wajah, ada yang pemiliknya sudah bertukar haluan politik, ada juga yang masih terus dikemaskini sehingga kini.

Jom lihat beberapa blog/portal politik pro-parti politik dan juga neutral ini yang mungkin korang juga pernah menjadi penghuni setia pada suatu masa dulu.

1. Portal MyKmu.net - http://mykmu.net/

Masih aktif sehingga kini dengan wajah baru.


2. Portal Tranungkite Online (TKO) - http://www.tranungkite.net/

Sudah menjadi tinggalan sejarah, namun page FB masih aktif.


3. Blog Papagomo - http://papagomo.blogspot.com/

Blog sudah tidak wujud, namun Papagomo masih aktif di medium media sosial yang lain.


4. Blog Anak Sungai Derhaka - http://darisungaiderhaka.blogspot.com/

Blog masih wujud namun sudah kurang dikemaskini.


5. Blog Parpukari - http://parpukari.blogspot.com/

Masih wujud namun post lama semua sudah dipadam, hanya tinggal 2 post sahaja.


6. Blog Ameno World - http://www.amenoworld.org/

Masih aktif hingga kini dengan layout yang lebih up to date.


7. Blog Dr. MiM - http://novandri.blogspot.com/

Masih aktif sehingga kini.


8. Blog Kelab Greenboc - http://greenboc.blogspot.com/

Blog masih wujud namun sudah diabaikan sejak Oktober 2017.


9. Blog Another Brick in The Wall - http://anotherbrickinwall.blogspot.com/

Masih aktif sehingga kini.


10. Blog Tun Mahathir - http://chedet.cc/

Antara blog milik ahli politik yang sangat aktif suatu masa dulu mengulas isu-isu semasa. Masih wujud namun tidak dikemaskini sekerap dulu.


11. Blog Tukar Tiub - http://tukartiub.blogspot.com/

Masih rajin menulis sehingga kini.


12. Blog The Unspinners - http://theunspinners.blogspot.com/

Masih aktif sehingga kini.


13. Blog Omak Kau - http://omakkau.blogspot.com/

Blog masih wujud namun telah ditinggalkan sejak Julai 2016.


14. Blog Celah Gelegar - http://celahgelegar.blogspot.com/

Masih aktif dikemaskini namun layout tidak banyak perubahan berbanding dulu.


15. Blog MiloSuam - http://www.milosuam.net/

Masih aktif hingga kini dengan layout yang lebih up to date.


16. Blog The Flying Kick - http://theflyingkick.blogspot.com/

Masih aktif sehingga kini.


17. Blog Cursing Malay - http://cursingmalay.blogspot.com/

Blog telah ditukar private. Penulis kini aktif di medium lain.


18. Blog Rocky's Bru - http://www.rockybru.com.my/

Masih aktif dikemaskini sehingga kini.


19. Blog OutSyed The Box - http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/

Masih aktif dikemaskini namun layout tidak banyak perubahan berbanding dulu.


20. Blog Buasir Otak - http://buasirotak.blogspot.com/

Walaupun banyak post berkaitan politik namun banyak juga post lain yang tidak berkaitan politik. Masih aktif walau post tidak sekerap dulu. Masih ada komen "nak bisjut?" walaupun tidak sebanyak dahulu. Masih mengharap ada orang sudi singgah dan baca. Baca lah weh.



* Korang boleh kongsikan juga URL blog/portal politik lain yang korang rajin layan dulu atau sekarang di ruangan komen untuk aku tambah dalam senarai. Blog/portal yang dah tak wujud pun boleh, aku masih boleh dapatkan screenshotnya.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: senarai blog portal laman web website forum politik popular sebelum zaman era kejatuhan kebangkitan media sosial medium alternatif 

15 ulasan:

  1. http//:-www.blogekspresiku.com


    Blog maxis hotlink dulu2..siapa pernah chat kt sini dulu ekkk..

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Bisjut kepala bapak ko. Lahanat

      Padam
    2. bisjut kepala tengkorak tokwan hang. badigol

      Padam
    3. Cukup 44 kali maki lahanat ni, jd lahanat sungguh la si bisjut ni nnt..haha

      Padam
  3. sejak 2011 tu la zaman blog ni makin sendu bila ramai mula beralih ke fesbuk. sejak ada instagram ni akak2 blog masakan pun senang buat duit.

    rindu zmn blog tgah top era lewat 2000an dulu.

    BalasPadam
  4. Blog masih ada pengikut setia..blog 18sx pun masih byk wujud..thumblr pun masih byk..asal ada update pasti ada yg baca..blog kacamata plain tuu mmg suwey noob..komen xpernah nk siar..blog mcm tuu elok tutup jerr..ok2 apa2hal teruskn update noob..

    BalasPadam
  5. masih bace tp dh mls nak komen "nak bisjut" dan "first" tp pelik ngan video hang yg post mcm2 stail upin ipin tu....

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Ads RichPartners