Isnin, 30 Januari 2023

0 Teknologi IT kerajaan yang ketinggalan zaman

1. Baru lepas baca panduan Sistem ePelaporan Program j-QAF, isu yang dibawa oleh cikgu Fadli Salleh. Panduan nak guna sistem sahaja sampai 50 muka surat. Satu benda yang paling aku tepuk dahi, sistem tu pakai MS Access.

2. Ya Allah, kita masih tersangkut kat tahun 1998-2000 ke masih nak guna sistem pakai MS Access bagai? Dulu MS Access tu software paling basic untuk belajar buat sistem dan database, sebelum belajar ke tools lain yang lebih canggih dan advanced. Orang dah sibuk dengan AI, kita masih stuck pakai sistem lama.


3. Dah la nak guna sistem tu cikgu kena guna komputer sendiri, kena install macam-macam, configure ubah setting itu ini, pastu nak beli software semua tu kena pakai duit sendiri? Pakai yang pirate? Ada pula yang cadang install VM kat komputer apa kebenda? Nak suruh cikgu guna sistem pun mengalahkan orang IT nak setup server. Nak install game pun tak serumit ni. Cikgu biarlah dengan tugas mendidik, jangan bebankan mereka dengan benda-benda complicated yang tak perlu macam ni.

4. Kalau semua guru dibekalkan dengan komputer rasmi, boleh tahan lagi nak suruh install configure macam-macam. Ni nak buat kerja urusan rasmi, tapi kena guna komputer sendiri. Atau at least ada komputer gunasama yang power kat sekolah yang cikgu boleh gunakan untuk urusan rasmi, boleh diterima lagi. Ini rata-rata komputer kat sekolah pun dah usang usia 15-20 tahun, dapat pun hasil derma dari jabatan kerajaan lain, silap-silap komputer pakai Windows XP pun wujud lagi.

5. Ciri-ciri sistem yang bagus zaman sekarang simple je:

  • Nak guna sistem tak perlu install perisian macam-macam.
  • Sistem online web-based yang boleh dicapai guna apa-apa Internet browser dari mana-mana peranti (komputer/smartphone) asalkan ada Internet. Zaman bila nak kena pakai client-server application ni?
  • Mudah difahami dan senang digunakan. Tak perlu panduan panjang berjela-jela. Ambil contoh orang nak guna Facebook atau sistem online banking, tak perlu baca panduan pun dah tau nak guna macam mana.
  • Ikut standard semasa dan teknologi berdasarkan versi terkini. Contohnya kalau nak guna sistem tapi kena downgrade OS, MS Office atau guna Internet Explorer 8, kau rasa apa? Kalau aku jadi penyedia sistem lepas tu suruh orang downgrade macam-macam kalau nak guna, aku malu woih.

6. Aku tak pasti siapa sebenarnya yang buat sistem tu, tapi aku tak rasa skim Teknologi Maklumat yang buat, sebab sistem tu dibangunkan macam tak ikut standard yang sepatutnya, dengan interface berwarna warni, macam tertinggal sangat dari segi teknologi dan piawaian, macam ikut dan je buat asalkan ada.

7. Kalau graduan IT, at least diorang belajar cara buat sistem yang baik yang mesra pengguna. Malah rata-rata kawan aku yang kerja skim Teknologi Maklumat buat sistem dalam kerajaan, diorang takkan guna MS Access buat sistem. Paling biasa developer gomen zaman sekarang akan buat sistem web application guna PHP dan framework Laravel.

8. Nak bangunkan semula sistem-sistem lama pula guna teknologi baru bukanlah serumit yang disangka. Study je flow sistem lama, kemudian reverse engineering, bangunkan semula guna tools yang baru. Sebab mana-mana sistem dalam dunia pun, asasnya adalah CRUD. Maksud CRUD adalah Create, Read, Update, Delete.

9. Sistem atau application apa pun, asasnya adalah CRUD. Key in data dalam sistem tu proses Create. Data tu dipaparkan kat skrin tu proses Read. Kemaskini data tu proses Update. Padam data proses Delete. Contoh kat Facebook ni, aku tulis artikel ni post kat FB tu proses Create. FB paparkan artikel aku ni proses Read. Kalau aku edit artikel ni, tu proses Update. Kalau aku delete artikel ni sebab ramai netizen kecam, tu proses Delete. Simple.

10. Sebab tu kerajaan kena perkasakan skim Teknologi Maklumat dalam kerajaan dan kurangkan campur tangan pegawai bukan IT dalam projek pembangunan sistem, barulah boleh dapat sistem yang mantap dan terkini. Ingat, teknologi IT sangat pantas berubah. Smartphone yang kau pakai pun kau beli tahun ni, tahun depan dah ada model baru dengan lebih banyak fungsi baru. Baru pakai 3 tahun rasa macam dah usang.

11. Ini tidak, skim Teknologi Maklumat dah lah tak ramai, selalu dianaktirikan, lambat naik pangkat, kepakaran tak didevelop, kaedah pengambilan orang tak betul, selalu letak orang yang pakar di tempat yang salah, malah di jabatan dan kementerian besar-besar, suara dan khidmat nasihat skim IT susah nak didengari, orang sana lebih suka ambik vendor buat sistem dari dibangunkan sendiri oleh skim IT, last-last macam tu je la hasil yang kita dapat.

12. Pasca tahun 2020 masih ada sistem berskala besar yang digunakan ramai orang pakai MS Access? Dalam banyak-banyak teknologi dan tools yang ada, masih pakai MS Access?? Lemahhhh. Ini silap-silap kat gomen mesti ada lagi sistem yang guna VB6, kena pula pakai OS Windows XP, entah-entah pakai Windows 98 pun masih wujud lagi. Kesian. Kesian pada Negaraku dan rakyatnya.

Baca juga artikel berkaitan:

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: teknologi sistem it kerajaan yang sangat ketinggalan zaman ms access


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.