Memaparkan catatan dengan label Nasib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasib. Papar semua catatan

Jumaat, 18 November 2016

8 Apa yang murid sekolah rendah belajar hari ini?

Seperti yang maklum tahu, keputusan UPSR bagi tahun 2016 baru keluar semalam. Seperti yang umum juga tahu, UPSR tahun ini mula menggunakan format baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), menyaksikan hanya seramai 4,896 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A iaitu 6A. Jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 1.11 peratus daripada 452,751 calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu September lalu.

Adakah soalan UPSR tahun ini begitu susah sehingga hanya 1.11% sahaja yang mendapat keputusan 6A? Berikut adalah contoh bentuk soalan UPSR bagi subjek BM Kertas 1.


Ahad, 23 Oktober 2016

11 Jatuhnya sebuah syarikat terjemahan komik Jepun

Ketika zaman awal tahun 90-an, ada 2 buah syarikat percetakan komik di Malaysia yang menerbitkan komik Jepun dalam Bahasa Melayu dalam format komik berjilid atau tankubon iaitu syarikat Tora Aman yang menerbitkan komik Doraemon, Detektif Conan, GTO dan Slam Dunk serta syarikat Comics House yang menerbitkan komik popular seperti Dragon Ball, Yuyu Hakusho, Sailormoon, Dragon Quest, Kungfu Boy, One Piece, Naruto dan Bleach.



Khamis, 6 Oktober 2016

4 Satu-satunya orang yang boleh mengubah hidup kita

Dalam kehidupan ini, kita sering berjumpa dengan ramai orang.... orang yang boleh memberi kita panduan, tunjuk ajar, pengajaran, tauladan, motivasi dan seterusnya menjadi contoh dan sumber inspirasi kepada manusia yang lain.

Namun pada akhirnya, satu-satunya manusia yang boleh mengubah diri kita, adalah diri kita sendiri...



Rabu, 8 Julai 2015

18 Drama Melayu dan corak mentaliti masyarakat

Mungkin pandangan saya ini sedikit bias kerana saya memang merupakan peminat drama Jepun. Namun jujur saya kata, fikiran dan jiwa saya lebih bermotivasi bila tonton drama jepun berbanding drama-drama tempatan. Malah cita-cita saya semenjak sekolah rendah juga banyak didorong oleh drama-drama Jepun yang saya tonton.

Jika dilihat, kebanyakan drama-drama tempatan lebih tertumpu kepada tema cinta atau korporat di mana jalan ceritanya lebih kepada unsur-unsur negatif seperti curang, kehidupan sosial yang teruk, hasad dengki dan cantas-mencantas.



Khamis, 28 Mei 2015

19 Genius cilik kini remaja Adi Putra yang disisihkan

Genius Matematik, Adi Putra Abd Ghani, bukan nama baru yang perlu diperkenalkan, malah beberapa tahun lepas, beliau menggemparkan negara dengan kehandalan dan kepantasan melakukan kerja pengiraan matematik.

Kini pada usia 16 tahun, Adi masih meneruskan minatnya dalam ilmu matematik dan turut mencurahkan ilmunya di dalam dan luar negara, tetapi perlu berdikari, kerana kini dipinggir dan segala janji yang pernah ditabur kerajaan tidak ditepati.

Remaja yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Matematik Islam Abad Ini oleh Universiti Riau, Indonesia pada 2009 setakat ini menghasilkan 235 formula matematik dan membukukan 12 formula tersebut dalam sebuah bukunya berjudul Seni Matematik Islam.

Malangnya, buku yang menjadi rujukan pelajar di peringkat rendah dan menengah di Brunei Darussalam itu, tidak mendapat pengiktirafan di Malaysia walaupun ternyata memberi alternatif untuk memudahkan pelajar.


Selasa, 31 Disember 2013

43 Solusi untuk keluar dari bebanan hidup

Minggu lepas ramai orang marah2 pada Prof Dr. Muhaya kerana wawancaranya mengenai solusi keluar dari bebanan hidup oleh Sinar Harian. Ramai yang cakap dia tak peka, tak sensitif, tak prihatin dan lain2 lagi. Tak cukup dengan itu, ada juga terselit cercaan dan kata nista terhadap wanita pakar motivasi ini.


Jumaat, 30 Ogos 2013

62 Mahu pelihara tapi tidak dipraktik

Kita ni dari luarannya banyak sangat benda yang kita mahu pelihara dan perjuang agar ia dapat dimartabat dan tidak pupus. Seperti contoh kita nak pelihara identiti bangsa melayu, nak pelihara bahasa melayu, nak pelihara tulisan jawi, nak pelihara Islam, nak pelihara Al-Quran, nak pelihara ilmu silat, nak pelihara kesihatan, nak pelihara orang miskin, nak pelihara rakyat, macam2 lagi benda yang kita nak pelihara.


Jumaat, 21 Jun 2013

40 Nasib pelukis dan industri komik tempatan

Komik tempatan yang antara terawal aku kenal adalah Gila-Gila dan Geli Hati, kemudian Ujang, Lanun dan akhir sekali Apo!, walaupun aku tak pernah pun beli komik2 tu, selalu pinjam atau sekender dari member. Komik tempatan lain yang aku pernah baca adalah Gempak, itupun bila di awal zaman millenium.


Ahad, 9 Jun 2013

24 Iron Man versi Malaysia

Negara kita tak lama lagi mungkin akan ada Iron Man kita sendiri. Jet Pack sedang dalam pembangunan, so lepas dah berjaya nanti mungkin Tony Stark Malaysia ini akan cipta baju zirah atau armor suit pulak.



Rabu, 26 September 2012

124 Kereta Malaysia memang best sangat

Di suatu pagi Wednesday... aku sangat Wordless Speechless...



Selasa, 3 Julai 2012

34 Wanita dibela, lelaki bagaimana?

Di Malaysia, apabila menyebut tentang pembelaan, banyak melibatkan wanita. Adakah wanita di Malaysia terlalu ditindas sehingga banyak pelan-pelan kerajaan atau swasta mensasarkan wanita. Seminar wanita, forum wanita, NGO wanita, Persatuan wanita, Biro Kebajikan Wanita, Majalah Wanita, Program TV Wanita, Siaran Radio Wanita, kementerian Pembangunan Wanita, Yayasan Wanita, LRT koc wanita, Pusat Komuniti Wanita dan senarai ini akan berterusan.

Ini semua bertujuan baik untuk menaiktarafkan wanita. Bagaimana pula dengan lelaki?


Rabu, 29 Februari 2012

2 Nasib seorang Badut

Konsert seorang penyanyi r&b, hip hop dan jazz Amarika yg dah suam2 kuku iaitu Erykah Badut dah dibatalkan selepas pemuda PAS, PERKASA, mufti, kerajaan dan ramai umat Islam di Malaysia butthurt dgn gambar Erykah Badu di websitenya yg mengecat badannya dgn simbol Allah dalam bahasa arab yg dikatakan menghina agama Islam. Tak perlu kecoh, tak perlu ribut.


Kalau tak silap di badannya ada mcm2 lagi simbol yg menjadi lambang agama2 lain. Persoalannya adakah minah Badut ni betul2 berniat nak menghina Islam? Kalau ikut dlm kenyataannya di twitter dan juga press conference, dia letak simbol2 tu sebagai satu seni dan simbolik tidak kira apa juga agama dan kepercayaan seseorang, kita adalah satu.


Mungkin niatnya baik, tapi kaedah dan caranya tidak sesuai dgn norma2 masyarakat muslim yang taat lebih2 lagi di negara mcm Malaysia. At least dgn ban ni menjadi pengajaran kepada dia agar lebih concern mengenai sensitiviti agama lain. Dan sbb pembatalan ni jugak, nama dia yg dah suam2 kuku even kat Amarika dah naik balik dan org yg tak kenal tetiba jadi kenal. Dan yg paling menarik, tweet2 org ramai kepada si Badut ni dan juga termasuk beberapa artis Malaysia yg menyatakan sokongan kepada penyanyi ni.


Btw tak rugi pun tak tengok konsert tu. Rugi lagi kot kalau tak dapat pergi ceramah Anuar Ibrahim atau Ibrahim Ali.


tags: erykah badu tatoo badan body art paint simbol Allah america singer penyanyi r&b hip hop jazz twitter konsert concert banned cancel batal kdn rais yatim the star apologize minta maaf sarimah ibrahim ida nerina muslim