Memaparkan catatan dengan label Tauladan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tauladan. Papar semua catatan

Ahad, 15 September 2019

1 Kisah persahabatan satu hala yang toksik

1. Amir dan Manaf berkawan baik sejak sekolah rendah. Kini masing-masing ada akaun media sosial.

2. Amir seorang yang extrovert dan sukakan perhatian, manakala Manaf seorang yang introvert dan tidak suka perhatian.

3. Amir suka mencari rakan dan followers baru di media sosial, manakala rakan dan followers Manaf hanya di kalangan kawan-kawan dunia nyata.

4. Bila Amir post status, Manaf akan Like dan bagi komen, begitu juga dengan Amir akan Like dan komen status Manaf.

5. Lama kelamaan bilangan friend dan follower Amir semakin ramai dan dia semakin popular. Sebagai kawan, Manaf tumpang gembira dan terus Like dan komen post kawannya tanda sokongan.



Khamis, 14 September 2017

0 Kuliah terakhir panduan untuk hidup yang lebih baik

Randy Pausch, 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Mellon University. Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada tahun 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" atau "Kuliah Terakhir" pada tahun 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Dylan, Logan, dan Chloe, dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.



Isnin, 5 September 2016

8 Aku yang hari ini adalah kerana aku yang dulu

Aku yang hari ini, adalah kerana usaha aku yang dulu.
Aku yang hari ini, adalah kerana jasa aku yang dulu.
Aku yang hari ini, adalah kerana penat lelah aku yang dulu.
Aku yang hari ini, adalah kerana susah payah aku yang dulu.
Aku yang hari ini, adalah kerana pengorbanan aku yang dulu.
Aku yang hari ini, adalah kerana cita-cita aku yang dulu.
Aku yang hari ini, adalah kerana aku yang dulu.



Jumaat, 15 Januari 2016

17 Sediakan bekalan sendiri selagi masih ada peluang

"Kau bila nak kahwin? Bila nak dapat anak? Kalau kau takde anak siapa nak doakan kau bila kau mati nanti?"

"Kesiannya arwah meninggal ketika usia masih muda, tak sempat nak ada anak, kalau tak boleh juga anak2 tolong doakan."

Ini adalah ayat2 yang tidak asing kita dengar dalam masyarakat kita.

Ya, bila matinya seseorang itu, memang doa anak yang soleh boleh sampai kepada orang tua mereka yang sudah meninggal dunia, tapi adakah ini bermakna orang yang ada anak sahaja yang ada harapan selepas mereka mati sebab ada anak yang boleh doakan untuk mereka? Bagaimana dengan orang yang meninggal awal sebelum dia sempat berkahwin ataupun orang yang tidak mempunyai anak?



Jumaat, 13 Disember 2013

29 Taat kepada pemerintah walau punggungmu dipukul

Sebelum ini dah ada kenaikan minyak, bermula tahun depan tarif elektrik naik, kini dijangka tambang pengangkutan awam LRT dan monorel pula dijangka naik tahun depan. Antara sebab kenaikan tambang ini adalah disebabkan kesan domino terhadap kenaikan bahan api dan kos tenaga seperti yang diperkatakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar. Namun tahukah anda, walau apa pun yang pemerintah buat kita rasa pedih, kita tetap perlu taat?



Jumaat, 30 Ogos 2013

62 Mahu pelihara tapi tidak dipraktik

Kita ni dari luarannya banyak sangat benda yang kita mahu pelihara dan perjuang agar ia dapat dimartabat dan tidak pupus. Seperti contoh kita nak pelihara identiti bangsa melayu, nak pelihara bahasa melayu, nak pelihara tulisan jawi, nak pelihara Islam, nak pelihara Al-Quran, nak pelihara ilmu silat, nak pelihara kesihatan, nak pelihara orang miskin, nak pelihara rakyat, macam2 lagi benda yang kita nak pelihara.


Sabtu, 3 Ogos 2013

38 Pandangan mat saleh terhadap Islam dan Ramadhan

Apakah pandangan orang barat di US terhadap agama Islam? Adakah perasaan prejudis, diskriminasi dan islamophobia / takut kepada agama Islam serta orang muslim masih tebal dalam jiwa mereka?



Selasa, 28 Mei 2013

30 Awek pandai cakap bahasa Inggeris

Lupakan video Bobo, lupakan awek2 melayu yang buat aksi Gwiyomi, sebab awek yang bernama Adibah Awg ini ada vlog yang contentnya jauh lebih berilmiah dan intelektual daripada mereka2 itu, dan umurnya baru sahaja 18 tahun.



Jumaat, 26 Oktober 2012

15 Korban, daftar haji dan solat Jumaat di hari raya

Kami di Buasir Otak ingin mengucapkan kepada semua pengunjung dan pembaca Selamat Hari Raya Aidiladha, juga selamat menjalani ibadah haji yang merupakan rukun Islam yang ke-5 serta selamat menjalani ibadah qurban bagi yang mengerjakannya.



Ahad, 12 Ogos 2012

9 Segmen Terjah Blog Ustaz & Ustazah #4

Ini merupakan segmen terjah blog Ustaz & Ustazah yang terakhir memandangkan minggu depan merupakan minggu last nak raya, dan dijangka kita menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Ahad bersamaan 19hb Ogos 2012. Banyak blog2 Ustaz atau para ilmuwan agama lelaki kat internet tapi susah nak cari blog2 Ustazah atau ilmuwan agama wanita. Bagaimanapun seperti yang aku tulis kat entry sebelum ni, sepatutnya golongan ilmuwan agama ini haruslah bersifat neutral dan berkecuali dari mana2 pengaruh politik agar masyarakat kita tidak keliru dan berpecah belah. Kalau tidak masing2 akan gunakan ayat2 Al-Quran demi kepentingan survival politik masing2. Tak salah sekiranya mereka menyokong BN atau PR, tapi sekiranya terdapat keburukan atau kelemahan di pihak sendiri perlulah ditegur dan dikritik, bukannya mencari kesalahan di pihak sana sahaja tapi kesalahan di pihak sendiri dibutakan mata.



Ahad, 5 Ogos 2012

3 Segmen Terjah Blog Ustaz & Ustazah #3

Baru2 ni aku berkesempatan untuk berjumpa dengan Imam Muda Asyraf di satu majlis berbuka puasa, dan aku juga berkesempatan untuk bertanyakan pada beliau berkenaan apakah hukum masih makan sewaktu azan subuh berkumandang pada bulan puasa yang menjadi isu minggu2 sudah. Jawapan yang diberikan lebih kurang macam nilah aku pun tak ingat sangat, kalau mengikut Imam Syafie, kalau tengah makan sahur dan azan Subuh berkumandang, makanan dalam mulut tu kena luahkan balik, tapi ada hadith yang lebih kuat menyatakan makanan yang sudah berada di dalam mulut perlu dihabiskan dan tak perlu muntahkan semula, tapi tak boleh la pulak melantak makanan yang selebihnya dalam pinggan tu memang batallah puasa. Btw ustaz Asyraf tu aku tengok walau dia muda lagi tapi memang sangat cool, cara dia mendekati dan berdakwah kepada para audien agak santai dan dapat menarik minat orang muda untuk bersoal jawab mengenai agama. Apa2 pun kita terjah dulu blog2 kat bawah ni dalam Segmen Terjah Blog Ustaz/Ustazah #3.



Sabtu, 28 Julai 2012

20 Segmen Terjah Blog Ustaz & Ustazah #2

Dalam seminggu ni macam2 la aku tengok macam2 fitnah dan kutuk mengutuk pada golongan alim ulama berlaku kat blog2 politik. Ada yang menganjingkan Ustaz Azhar Idrus dan mengatakannya sesat kerana isu sahur ketika azan subuh berkumandang, lagi satu isu pasal solekan muka Ustaz Fathul Bari dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang disolek oleh penyolek wanita dari Astro Awani sebelum bermulanya debat PRU13: Orang Muda Pilih Siapa? Aku rasa tak perlulah nak menghina2 dan menimbulkan fitnah pada mana2 agamawan tak kira dia tu ustaz PAS atau UMNO. Kalau ada kesilapan, tegurlah secara baik atau bawaklah berbincang dan berdebat, huduh sangat nampaknya kalau kita ni asyik melaga2kan orang agama. Btw korang boleh terjah dulu blog2 kat bawah ni dalam Segmen Terjah Blog Ustaz/Ustazah #2.



Sabtu, 21 Julai 2012

14 Segmen Terjah Blog Ustaz & Ustazah #1

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada hari ini. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, aku akan buat satu segmen mingguan iaitu Segmen Terjah Blog Ustaz/Ustazah. So korang boleh la gi terjah mana2 blog ilmuwan2 agama berikut dan tanyalah apa2 kemusykilan yang anda hadapi mengenai agama. Kalau nasib korang baik mungkin mereka akan jawab dan balas persoalan anda itu. Kalau anda ada link ustaz2 dan ustazah2 yang lain anda juga boleh rekomen dan kongsikan di ruangan komen di bawah.



Jumaat, 8 Jun 2012

9 Cuba dengar dan hayati lagu ini

Sempena Hari Jumaat yang mulia ini, mari dengarkan lagu2 ini. Make sure korang dengar semua!



Sabtu, 19 Mei 2012

15 uLar menyusur aKar takkan iLang biSanya

aku ingin kongsikan kisah seseorang yang amat aku sanjungi. tak lain tak bukan, Tun Dr Siti Hasmah. aku suka gaya perwatakan dan bahasa beliau. masih teringat aku telatah Tun semasa Malaysia menang Piala Thomas 1992. n' disini, aku lampirkan pandangan Ust. Asri berkenaan dengan Tun Siti, isteri Perdana Menteri Malaysia ke 4.


Rabu, 4 April 2012

7 Kebanggaan Menjaga Dara

Menjaga keperawanan adalah sesuatu yang boleh dibanggakan  Link

Untuk yang tidak tahu Depe atau Dewi Persik adalah penyanyi dangdut Indo. Wikipedia



Tapi untuk bergambar semi telanjang, cium depan orang ramai, kahwin cerai sesuka hati, itu pun boleh dibanggakan.

Mungkin menjadi media BITCH pun sesuatu yang boleh dibanggakan.

“Memelihara keperawanan itu bererti menjaga akhlak yang suci dan kesempurnaan iman,” kata Depe. 

Selasa, 27 Mac 2012

4 Sentuh dan Sebat

 Kalau kat arab kau sentuh boleh kena sebat 160 kali. Penjara tujuh bulan takde masalah sangat. Link


 Kalau dekat Malaysia , berapa ramai lah agak-gak yang kena sebat ?

Ironi dengan Universiti Malaya


Tengok hukuman sebat teringat Gavan.




Isnin, 26 Mac 2012

6 Kisah diari, cinta dan result SPM

Kali ni aku hendak membicarakan tentang perbezaan sifat keterbukaan generasi muda dulu dan sekarang yg aku perhatikan setelah sekian lama membuat aktiviti blogwalk. Aku hanya tulis perkara realiti, so kalau mana yg terkena tu jgn marah aaa...