Rabu, 29 Februari 2012

2 Nasib seorang Badut

Konsert seorang penyanyi r&b, hip hop dan jazz Amarika yg dah suam2 kuku iaitu Erykah Badut dah dibatalkan selepas pemuda PAS, PERKASA, mufti, kerajaan dan ramai umat Islam di Malaysia butthurt dgn gambar Erykah Badu di websitenya yg mengecat badannya dgn simbol Allah dalam bahasa arab yg dikatakan menghina agama Islam. Tak perlu kecoh, tak perlu ribut.


Kalau tak silap di badannya ada mcm2 lagi simbol yg menjadi lambang agama2 lain. Persoalannya adakah minah Badut ni betul2 berniat nak menghina Islam? Kalau ikut dlm kenyataannya di twitter dan juga press conference, dia letak simbol2 tu sebagai satu seni dan simbolik tidak kira apa juga agama dan kepercayaan seseorang, kita adalah satu.


Mungkin niatnya baik, tapi kaedah dan caranya tidak sesuai dgn norma2 masyarakat muslim yang taat lebih2 lagi di negara mcm Malaysia. At least dgn ban ni menjadi pengajaran kepada dia agar lebih concern mengenai sensitiviti agama lain. Dan sbb pembatalan ni jugak, nama dia yg dah suam2 kuku even kat Amarika dah naik balik dan org yg tak kenal tetiba jadi kenal. Dan yg paling menarik, tweet2 org ramai kepada si Badut ni dan juga termasuk beberapa artis Malaysia yg menyatakan sokongan kepada penyanyi ni.


Btw tak rugi pun tak tengok konsert tu. Rugi lagi kot kalau tak dapat pergi ceramah Anuar Ibrahim atau Ibrahim Ali.


tags: erykah badu tatoo badan body art paint simbol Allah america singer penyanyi r&b hip hop jazz twitter konsert concert banned cancel batal kdn rais yatim the star apologize minta maaf sarimah ibrahim ida nerina muslim

2 ulasan:

  1. tak elok buat tatu pada bdn lebih2 lg tatoo allah..apa jadah?

    BalasPadam
  2. tak tahu pulak dia nk wat concert...uish macam2 tatoo...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.