Memaparkan catatan dengan label Tolong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tolong. Papar semua catatan

Jumaat, 19 April 2024

0 Bila kau rajin nak tolong kerja orang

1. Aku ada banyak group Whatsapp berkaitan kerja. Tapi pasukan kerja aku ni ramai yang pasif.

2. Bila ada orang highlight isu, orang yang sepatutnya incharge kerja tu pun diam. Anak buah dia pun diam. Bos kami pun diam. Kadang dah lama lepas berjam-jam baru ada orang jawab.


Jumaat, 2 Julai 2021

0 Sakit hati tengok orang minta dan bagi bantuan

1. Bendera putih.

2. Dia macam ni. Bendera putih sekadar simbol yang senang difahami ramai tanda kita perlukan bantuan.

3. Kalau pencetusnya bagi idea guna bendera hitam atau letak signboard lalu dipersetujui masyarakat untuk dijadikan kempen, orang akan letak bendera hitam atau signboard.

4. Sebab apa idea guna bendera putih ini dicetuskan? Mungkin sebab mengambilkira kain putih paling senang nak cari dan ramai orang dah ada. 



0 Buasir Otak TV: Channel Buasir Otak TV akan dipadam pada 12 Julai 2021?

Ramai orang tanya kenapa tak balas komen? Adakah channel Buasir Otak TV akan dipadam? Semua persoalan akan saya jawab dalam video ini. Cuma satu je saya nak minta tolong.

Tolong viral dan trendingkan channel saya supaya channel Buasir Otak TV boleh dapat 100,000 Subscribers sebelum 12 Julai 2021. Jom tonton animasi ini.


Rabu, 9 Disember 2020

0 Buasir Otak TV: Kawan suka tolong kawan

Bila ada kawan yang suka sangat nak tolong kawan walaupun kadang-kadang dia tak mampu pun nak tolong. Jom tonton animasi ini.


Khamis, 4 Jun 2020

0 Buasir Otak TV: Bila kawan suka minta tolong

Bila ada kawan yang suka tolong orang, mulalah ada orang yang lain yang suka minta tolong dan ambil kesempatan atas kebaikan kawan itu. Jom tonton animasi ini.



Khamis, 28 Mei 2020

2 Minta tolong dan menolong orang biar berpada-pada

1. Pernah tak bila kita jumpa kawan lama, lepas tu dia tanya kita kerja mana, kita cakap kita kerja TM. Lepas tu dia cakap, "Eh nanti kau tolong bagi check Internet aku asyik problem je", sedangkan kita kerja kat TM tu sebagai HR je.

2. Pernah tak bila kita balik kampung, lepas tu seorang pakcik kita taknya kita kerja mana, kita cakap kita kerja kat LHDN. Lepas tu dia cakap, "Eh nanti kau tolong check aku punya BSH dah masuk belum", sedangkan kita kerja kat LDHN tu sebagai kerani je.

3. Pernah tak bila kita luahkan masalah tempat kerja kita di FB, lepas tu ada kawan tanya kita kerja mana, kita cakap kita kerja PosLaju. Lepas tu dia cakap, "Eh nanti kau tolong check barang aku kat mana sekarang", padahal kita kerja kat bahagian multimedia.



Jumaat, 21 Jun 2019

1 Jangan malu meminta bantuan ketika terdesak

Setiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian, dan kadang kala ada manusia yang diuji dengan sangat berat dan dahsyat. Ada yang ditimpa dengan musibah, kemalangan, masalah kesihatan, keretakan rumahtangga, kehilangan kerja dan sebagainya.

Orang yang menghadapi ujian berat ini biasanya menyebabkan mereka mengalami masalah dari sudut wang ringgit.

Rumah dilanda banjir, perlu wang yang banyak untuk baiki kerosakan dan beli barang keperluan.
Terlibat dalam kemalangan jalan raya, perlukan duit untuk baiki kenderaan.
Menghidap penyakit teruk, perlu wang ringgit untuk biayai kos rawatan.
Isteri tidak bekerja kena tinggal suami, perlu cari duit untuk teruskan kehidupan.
Orang hilang kerja, perlukan duit untuk tanggung makan minum anak bini.

Bila dalam keadaan terdesak, ada yang akhirnya guna cara yang salah untuk dapatkan duit.



Selasa, 27 Disember 2016

3 Memberi bantuan adalah kemahuan bukan kemampuan

Apabila bercakap tentang memberi bantuan, biasanya kita akan terfikir tentang memberi sumbangan duit kepada orang yang susah, miskin, berpendapatan rendah, anak yatim, pembangunan masjid dan sekolah, orang sakit, waris orang mati, mangsa peperangan, mangsa kekejaman pemerintah dan sebagainya.

Namun pernahkah terfikir orang yang hidup senang, yang berpendapatan tinggi, orang kaya juga turut memerlukan bantuan? Mereka perlu bantuan bukanlah pada setiap masa, namun pada  tertentu ketika dalam kesusahan.



Selasa, 14 Julai 2015

7 Ibu tunggal pesakit saraf yang memerlukan bantuan

Dulu aku pernah iklankan Serunding Asli homemade dari Kampung Laut Kelantan kat blog ni yang dijual oleh Puan Alia Haryani. Untuk pengetahuan anda, beliau juga merupakan seorang penghidap penyakit saraf Guillan Barre Syndrome. Sebelum itu, aku ingin kongsikan sedikit kisah hidup beliau yang pernah disiarkan dalam akhbar Harian Metro pada tahun 2012 yang lalu malah kisah beliau telah banyak dikongsikan oleh blogger2 lain sebelum ini.



Khamis, 21 Mei 2015

13 Cara untuk kenali siapakah sahabat sebenar anda

Tahukah anda lazimnya kalau kenderaan kita rosak tepi jalan, kita akan talipon rakan-rakan dari kalangan mat rempit, kaki pukul, kaki tarik kereta, sekolah tak habis, dan banyak lagi. Orang-orang yang macam ni 90% dijamin akan datang tak kira la pukul berapa pun. Pertolongan akan diberi selagi tak melibatkan wang ringgit.


Sabtu, 11 Januari 2014

62 Mari membantu tanpa tuding jari kepada orang lain

Minggu lepas kita dikejutkan dengan kisah seorang murid perempuan tahun 1 yang baru masuk sekolah terpaksa bayar yuran guna duit syiling. Pelajar ini, kematian ibu sejak umurnya sebulan lagi. Bapanya dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja kerana sakit lutut kesan akibat jatuh ketika bertugas sebagai pemandu lori lama dahulu.



Isnin, 5 Ogos 2013

43 Budak perempuan kena culik telah dijumpai

Aku tak tahu sejauh mana blog ni boleh membantu, tapi aku harap sedikit sebanyak dapat membantu jugak. Harap semua pembaca dapat tolong sebarkan kepada semua tak kira kat blog, Facebook atau Twitter. Kalau sesiapa yang ternampak budak perempuan yang sangat comel bernama Aisyah ini tolong maklumkan segera kepada polis kerana dia telah diculik. Mengikut maklumat terbaru dari polis, penculik menaiki kereta Perodua Viva Putih no plat BLC 1894 dan suspek berada di sekitar Rawang.



Selasa, 17 Julai 2012

27 Kena jual kat Indonesia, mohon bawa pulang

Dulu kat sini gua ada post pasal kisah sedih 4 kanak2 dilarikan oleh mak tiri berwarga ke Indonesia ke negara asalnya untuk dipaksa bekerja selama 5 tahun, namun 3 daripada adik beradiknya telah berjaya dibawa pulang semula ke Malaysia kita manakala kakak sulongnya tidak dapat dijumpai kerana telah dibawa ke Temusuci untuk bekerja. Kini kakak mereka Siti Norzana Nordi, 12 tahun telah berjaya ditemui namun tidak dapat dibawa pulang kerana telah di'jual'.


Isnin, 2 Julai 2012

12 Kisah sedih kanak2 dilarikan ke Indonesia

Serius gua sadis baca kisah ni. Kerana kezaliman ibu tiri mereka, mereka telah dibawa lari ke Indonesia dan dipaksa bekerja dan dipukul walaupun masih kecil yang mana mereka sepatutnya belajar di sekolah bersama rakan sebaya yang lain. Mereka dah membazirkan banyak tahun yang sepatutnya mereka gunakan untuk menuntut ilmu di sekolah. Aku tak boleh bayangkan kalau aku yang berada di tempat kanak2 kecil ni atau bapa mereka. Tempoh 5 tahun hidup bagai neraka dunia dan kehidupan sebagai kanak2 normal disia-siakan sebegitu sahaja. Tempoh 5 tahun juga seorang bapa hidup tanpa anak2 kandung disisi. Kenapa benda2 macam ni berlaku? Kenapa??? Salah siapa??? Argghhhhh!!!



Isnin, 16 Januari 2012

32 Versus

Masalah masalah. Selalu negara kita hip dgn artis vs artis, ahli politik vs ahli politik, sekarang ni ada trend baru, ustaz vs ustaz. Ustaz selebriti youtube PAS a.k.a Ustaz Azhar Idrus a.ka UAI VS Ustaz ulama muda UMNO (ILMU) a.k.a Ustaz Fathul Bari a.k.a UFB. So bila 2 ustaz politik ni berceramah, keluarla kutukan2 seperti bodo, ustaz anjing, ustaz gila, sesat, kafir, masing2 dok hentam masing2, view tinggi rendah, kutuk parti politik pihak lawan, backing parti masing2 dan sebagainya. Para pengikut pulak, apa saja UAI cakap, sokong, hip, "Like" bar hijau dah mcm lightsaber. Asal UFB cakap kena bangkang, loser, "Dislike" bar merah penuh. Mcm ni lah kalau dah terlalu taksub kepada parti. Tahniah para ulama Malaysia, anda berjaya memecahbelahkan lagi umat2 Islam di Malaysia.


Ulama adalah pewaris nabi, tapi mereka bukan nabi yg maksum, mereka tidak lari dari kesilapan. Harap kedua2 ustaz ni dapat berhenti bergaduh satu sama lain. Dr. Asri juga bagus, selalu neutral dalam apa jua isu.

* Video kat youtube cari sendiri okay... malas aku nak linkkan sbb banyak sangat dan semua bias, takde pun video yg neutral.


ustaz azhar idrus pas selebreti youtube ustaz fathul bari umno ilmu ulama muda isu ustaz gila anjing bodo sesat kafir apa2 jelah nak jadi wahai dunia