Jumaat, 19 April 2024

0 Bila kau rajin nak tolong kerja orang

1. Aku ada banyak group Whatsapp berkaitan kerja. Tapi pasukan kerja aku ni ramai yang pasif.

2. Bila ada orang highlight isu, orang yang sepatutnya incharge kerja tu pun diam. Anak buah dia pun diam. Bos kami pun diam. Kadang dah lama lepas berjam-jam baru ada orang jawab.

3. Aku kadang nak je jawab terus sebab aku tau benda tu, kadang benda-benda simple je isu tu, tapi kalau aku jawab, akan ada 2 kemungkinan yang berlaku.

4. Pertama, orang yang sepatutnya incharge kerja tu akan terasa dengan aku, sebab dia rasa macam ada orang lain nak overrule kerja dia.

5. Kedua, orang yang sepatutnya incharge kerja tu akan gembira, sebab ada orang lain tolong buat kerja dia, jadi dia boleh relaks dan lepas tangan.

6. Aku tak rasa ramai yang ada kemungkinan pertama. Biasanya yang berlaku adalah kemungkinan kedua sebab aku dah banyak kali terkena. Bila dah ada tolong buat kerja dia, dia akan lepas tangan.

7. Jadi last-last aku pun diam. Pandai-pandai korang lah. Tak payah lah kita nak pandai-pandai tolong kerja orang kalau tak diminta.  

Sekian.

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: bila kau rajin nak tolong kerja orang tolong jawab whatsapp group office pejabat

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.