Selasa, 16 April 2024

0 Bila ada ahli keluarga dan kawan jadi influencer

1. Antara benda yang aku syukur sangat adalah tiada di kalangan ahli keluarga dan kawan terdekat aku yang jadi influencer yang ada ramai pengikut kat media sosial.

2. Kalau ada yang guna identiti lain macam aku ni, aku tak kisah, sebab aku pun tak kenal kau siapa, dan aku tak tau pun kau cakap pasal siapa. Yang aku maksudkan adalah influencer yang guna identiti sebenar, yang ahli keluarga dan kawan-kawan semua kenal.

3. Sebab aku perhati ada influencer media sosial ni yang suka kongsi hal-hal berkaitan keluarga, rumahtangga, kawan-kawan dan hal sekeliling, terutama yang bersifat peribadi atau negatif yang boleh timbulkan persepsi buruk dan mendatangkan aib. Tak semua, tapi ada.

4. Kisah suami dia tulis, hal isteri pun dia tulis, isu mak ayah pun dia kongsi, masalah adik beradik ipar duai biras pun dia kongsi, sembang kawan-kawan pun dia kongsi. Post video, komen macam-macam, kadang sampai perbualan di Whatsapp pun dia screenshot dan sebarkan.

5. Tak perlulah semua benda pun nak kena viralkan dan canang-canangkan pada para pengikut kau kat media sosial. Ada apa masalah, ada benda tak puas hati, cakap je la kat Whatsapp group, atau hubungi je secara peribadi, cakap depan-depan, call pun boleh.

6. Kadang benda boleh setel sesama kita, tak perlu ajak dan libatkan netizen masuk campur urusan peribadi. Kau pun bukannya semuanya betul, tak perlu nak meraih validation dari netizen.

7. Aku sendiri pun kalau nampak ada orang terdekat aku kongsi isu-isu peribadi, hal-hal tetangga, masalah keluarga bawa kat media sosial, tambah lagi dengan kutuk mengutuk, perli memerli, sindir menyindir, umpat mengumpat, kalau ada terkait dengan aku, memang aku unfriend, unfollow, block. Keluarga tak keluarga, kawan tak kawan.

8. Kalau terdesak nak buat content pun, tak perlu jadikan isu-isu dalaman sesama kita sebagai bahan kepada pengikut-pengikut kau. Aku kalau nampak je kau up screenshot perbualan whatsapp aku, memang aku left group terus.

9. Tambah lagi bila influencer tu pun perangai tak semenggah mana, atau jenis palatao, atau paling terpaling, narsisistik, komen maki hamun, share maklumat palsu, selalu cetus kontroversi, buat sesuatu yang memalukan, sekali dengan kita-kita terpalit rasa malu dapat second-hand embarrassment.

10. Jadi jangan pelik kalau ahli keluarga dan kawan-kawan kau tak nak sembang dengan kau, tak nak ajak kau join apa-apa aktiviti dan jauhkan diri dari kau. Kau sembang je la dengan pengikut-pengikut media sosial kau.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: ahli keluarga kawan jadi influencer semua nak beritahu share kongsi dengan follower facebook fb tiktok ig instagram twitter spill the tea

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.