Rabu, 17 April 2024

0 PMX adalah pemimpin yang kita perlukan buat masa ini

1. Aku bukan penyokong mana-mana parti politik. Aku lebih suka jadi neutral. Masa aku rajin tulis pasal politik kat blog dulu, banyak je aku kritik pemimpin dari mana-mana parti politik, dan ada je perkara bagus yang aku sokong tak kira dari blok kerajaan atau pembangkang.

2. Politik Malaysia sekarang telah mengalami great reset sejak kekalahan BN pertama kali dalam PRU-14 2018. Sejak dari itu, semua parti pun telah merasai jadi kerajaan dan pembangkang.

3. Disebabkan semua dah merasa jadi kerajaan, kita boleh nampak sebenarnya tak semua benda yang ahli politik sembang dan janjikan tu boleh dilaksanakan. Masa tiada kuasa, sembang memang senang. Tapi bila dah pegang tanggungjawab, baru tahu nak buat tak senang.

4. Jadi untuk pilihanraya akan datang, semua parti akan lebih berhati-hati nak tabur janji, sebab tahu nak buat tak mudah. Kalau siapa masih tabur janji bulan dan bintang, anggaplah dia pembohong sebab masa dia berpeluang pegang jawatan, dia tak laksanakan pun benda tu. Masalah yang sama pun masih berlaku dan dia tak boleh selesaikan pun.

5. Cuma apa aku boleh cakap, suka atau tidak, buat masa ini DS Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang Malaysia perlukan. Masa PRU-15 2022 dulu, walaupun tiada parti yang dapat majoriti 2/3 atau majoriti mudah, parti PH dapat kerusi terbanyak, diikuti PN dan BN.

6. Hal ini menyebabkan parlimen tergantung. Kemudian, YDP Agong telah panggil semua pemimpin parti untuk membentuk Kerajaan Perpaduan. PH dan BN terima tawaran tersebut, tapi PN tolak. Kalau lah semua parti terima, aku rasa situasi masyarakat takde teruk sangat macam hari ini.

7. Bayangkan, kalau ikut sejarah yang berdekad, UMNO dengan DAP sikit lah punya benci dan anti sesama sendiri, tapi pada kali ini boleh berjiwa besar dan ketepikan sengketa demi the greater good.

8. Kan lebih cantik kalau Bersatu boleh ketepikan sengketa dengan UMNO, PAS pun boleh ketepikan sengketa dengan DAP, seperti mana ketika mereka bersama dalam Pakatan Rakyat dulu. Buka lah lembaran baru, hal-hal yang lama tak perlu diungkit. Kalau nak ungkit, semua orang ada keburukan dan pernah buat kesilapan.

9. Berbalik tentang PMX tadi, baru-baru ini saudara Nadir Al-Nuri berterima kasih kepada PMX kerana membantu membawa keluarga beliau keluar dari G4z4 yang dianggap 'Misi Gila'. Tiada pengumuman, tiada liputan, semua silent move, tau-tau dah selesai.

10. Kenapa aku cakap pasal PMX adalah pemimpin yang negara kita perlukan adalah, kerana sekurang-kurangnya buat masa ini, ketokohan dan karisma beliau paling jelas antara kebanyakan pemimpin parti yang menang pilihanraya, boleh bercakap lancar dan meyakinkan dalam BM dan BI, malah paling banyak connection dengan pemimpin-pemimpin negara lain.

11. Imbas kembali bulan Mac lepas, masa PMX memberi ucapan tentang isu Pal3st1n di Jerman, kalau tengok video ucapan di Youtube media bukan Malaysia, berapa banyak komen dari orang luar negara yang menyokong, respek dan gembira dengan PMX? Aku sendiri bila baca komen-komen tu rasa terharu, sama macam masa orang luar negara pandang tinggi Malaysia pada zaman prime Tun M. Dah lama aku tak rasai pengalaman macam ni.

12. Ya, tak semua orang sempurna, termasuk PMX sendiri. Sama jugalah pada diri kita, dan pemimpin parti-parti lain. Tapi at least kita bagilah sokongan dan kerjasama pada beliau selaku PM Malaysia pada masa ini. Bantu beliau untuk tadbir negara, bukan nak jatuhkan. PRU akan datang kau nak undi siapa terpulang. Cuma yang kuat hari-hari kuat mengutuk menghina keji maki hamun fitnah ni, adakah kau rasa kau boleh buat dengan lebih baik dari PMX?

13. Tak perlu kita terlalu taksub pada mana-mana parti dan ahli politik, dan jangan kita bersikap berlebih-lebihan. Mungkin orang yang kau hina hari-hari, orang itulah yang kau kena bekerjasama dan yang tolong kau pada masa akan datang. Besarkan jiwa dan bersederhanalah. Amalkan politik matang, kritiklah dengan adab, bagi kredit pada perkara yang wajar diberi penghargaan.

14. Cuma pada aku, sayang sebab kita dapat PMX agak lambat, di usia beliau telah tua. Aku rasa kalau beliau dapat jadi PM pada masa prime beliau 20 tahun lalu, mungkin keadaan Malaysia berbeza dari apa yang berlaku hari ini.

15. Akhir sekali, kalau tanya pendapat  aku siapa yang sesuai jadi PM lepas PMX, pada aku KJ.

Sekian.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: pmx perdana menteri 10 dsai anwar ibrahim pemimpin yang kita perlu buat masa ini isu palestin gaza ucapan germany jerman nadir al nuri

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.