Memaparkan catatan dengan label Shit Brick. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shit Brick. Papar semua catatan

Rabu, 17 Jun 2015

14 Game Final Fantasy 7 yang legend bakal diterbit semula

Lebih 25 tahun lepas, aku boleh kira seorang gamer tegar dan hardcore jugaklah. Dari start aku sekolah rendah aku dah main game konsol Nintendo (NES) atau klonnya yang popular iaitu Micro Genius, Super Nintendo (SNES) dan kemudian Sony Playstation (PS). Bila aku dah masuk usia remaja, game yang paling aku minat adalah genre JRPG (Japan Role Playing Game), dan dalam banyak2 game JRPG yang pernah aku main, ada 2 game JRPG yang bagi aku paling best dan legend iaitu Chrono Trigger (SNES) dan Final Fantasy 7 (PS).

Walaupun grafik game2 tu pada masa itu tak boleh lawan teknologi grafik game yang ada sekarang, tapi jalan dan plot cerita dia masih tak boleh dikalahkan oleh kebanyakan game2 RPG lain sehingga kini.

Dan kini, game Final Fantasy 7 versi remake bakal diterbitkan semula dengan dengan teknologi grafik canggih terkini dan beresolusi tinggi di pelantar PS4 yang membuatkan aku shit brick!