Rabu, 10 Jun 2015

14 PM saya laju2 untuk jadi kaya dengan modal RM10

Raya dah dekat, cukup tak duit tuk belanja nanti? Dengan modal serendah RM10, anda boleh dapat RM3000 dalam sebulan. Tidak perlu susah2. Tidak perlu jual produk. Tidak perlu join MLM. Apa yang anda perlu hanya internet dan akaun FB serta 1-3 jam sehari untuk copy paste.

Caranya mudah. Mari saya ajarkan. PM atau Whatsapp saya laju2!


1. Anda daftar kat saya RM20. Sekali seumur hidup.
2. Nanti saya akan bagi anda gambar "duit yang super banyak" untuk tujuan promosi di FB. Ramai mudah terliur dengan gambar duit banyak. Atau saya bagi laman web Affiliate untuk dipromosi.

3. Kerja anda mudah sahaja, guna "gambar duit banyak" diberi dan copy paste ayat di bawah ini dalam promosi anda di wall FB atau dalam Group FB. Boleh buat ayat sendiri jika, contohnya:
"Raya dah dekat, cukup tak duit tuk belanja nanti? Dengan modal serendah RM10, anda boleh dapat RM3000 dalam sebulan.

Anda hanya perlu ada internet dan akaun FB. PM saya untuk maklumat lanjut."

Tiap kali ada yang mendaftar, anda dapat RM10, saya dapat RM10.

Begitulah juga berlaku kepada orang yang join anda, dia akan dapat RM10, saya dapat RM10.

Selagi ada yang suka gambar duit dan perlu duit dengan jalan mudah, janjikan sahaja duit banyak dan mereka akan join.


Tak payah peduli fatwa yang mengatakan ini haram, yang penting raya nanti kita boleh beli banyak makanan bagi kawan-kawan makan, bagi saudara-saudara makan boleh beli banyak barang2

Apalah sangat seksa kubur dan api neraka Allah SWT.

Walau mempunyai unsur gharar sebab buat untung bila ada ahli baru, siapa peduli gharar? Haram tak haram, kita masih buat duit.

Wujud juga unsur riba sebab tiada transaksi perniagaan atau khidmat di dalam program ini. Walaupun sekecil-kecil riba ialah berzina dengan ibu kandung sendiri, tapi kita peduli apa janji dapat duit.

Judi pun boleh jadi juga sebab untung dan rugi boleh berlaku apabila program ini berhenti. Tak ada dah orang nak join. Jika ia berlaku, maka mereka yang berada di line atas akan mendapat keuntungan manakala mereka yang berada di line bawah mendapat kerugian.

Judi itu haram tapi peduli apa? Yang penting duit masuk poket.

So, apalagi, PM saya dan saya akan ajar korang untuk buat duit haram yang berunsur riba, gharar dan judi ini untuk bekalan raya anda.

Raya kita lebih mewah, lebih meriah dengan wang haram. Yay.

Jika korang paham, bagus. Tak paham, korang memang... penuh ketahian.

Kredit: Tai Yang.






Cakap la apa pun, bagi la istilah apa pun, letak la nama apa pun, ini semua adalah money game. Tayang duit, tayang kereta, PM laju2. Lagi2 nak dekat puasa dan raya, lagi lajulah geng2 money game skim cepat kaya network ni beroperasi tarik mangsa. Maka ramailah bani Melayu berduyun PM laju2, sedang Cina terus memantapkan kekayaan, perniagaan dan ekonomi mereka dengan cara yang lebih patuh syariah berbanding skim2 bodoh bani Melayu ni.

Dan macam biasa, macai2 skim yang join prgoram2 ini akan beria dan bermati2an mempertahankan program network mereka, sampailah satu masa skim ni tergolek terjatuh tersontot barulah mereka akan jilat ludah mereka balik. Banyak sejarah dah membuktikan, tunggu dan lihat sahajalah.




tags: melayu tipu penipu haram hukum riba judi gharar sniper networker rich network marketing fast se7en skim cepat kaya jadi jutawan tayang duit wang kereta mlm pak man telo

14 ulasan:

  1. masalah bani melayu dari dulu, kini dan selamanya... kesian...cpt sgt gelap mata... tgk gmbr je da terliur...

    BalasPadam
  2. kahkahkahkah betul tuh.. ketahian itu, sungguh hangat rasanya

    BalasPadam
  3. betul lah ustaz kata zaman sekrg ni kita lebih memetingkan harta benda(contoh : duit) daripda amalan beribadat.

    BalasPadam
  4. Hai bani melayu, kerja malas nak kaya cepat tak pernah belajar dari sejarah dulu

    BalasPadam
  5. Hai bani melayu, kerja malas nak kaya cepat tak pernah belajar dari sejarah dulu

    BalasPadam
  6. Aku ada member melayi sorang ni..siang dia kerja kerani opis. Malam dia kerja amik GRO hntr pergi kelab.dia jugak hntr call girl ke tmpat customer. Kelab malam bayar dia. Bnyk giler dia dpt. Dia pun amik gmbr..posing dgn duit..tulis " alhamdulillah..rezeki Allah..kerja apa pun halal asalkan kita keluarkan tenaga..bukan macam MLM, tau jual air liur je". Lepas tu de org komen "syukur..moga2 rezeki yg diberi tidak akan memesongkan dan buat lupa diri". Aku baca pastu senyum tergelak sorang2..oooo....melayu..kalau makan daging babi pun..mst cakap " syukur ya Allah..sedapnye daging babi ni".

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haiii.. jealous kerrrr....

      Padam
    2. Jeles sbb dia dpt duit buat kerja haram? Songsang gak ko ni. Aku keje opis mcm bese..walaupun gaji tak besar mne..idup pun sederhana je..ag tenang hati aku dari buat kerja haram. Kalau kau jeles sbb tgk kawan ko buat kerja haram dan dpt bnyk duit..aku nasihatkan ko bnyk2 la bawak bertaubat dan gi tingkatkan amal ibadat ko tu. Petanda tak elok dah tu

      Padam
  7. Dah add. Pm plz..

    BalasPadam
  8. Arba network.
    Ramai gila gelap mata masuk.
    Jual agama, laku....

    BalasPadam
  9. Org melayu senang kena tipu..senang gelap mata..pas2 malas nak short cut jadi kaya. THE END

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum.....saya melayu dan saya Islam....saya tak jual insurans, saya tak jual sabun pencuci warna-warni dalam botol tanpa label, dan saya juga tak suka fitnah perniagaan org lain yg tak ada kena mengena dengan hidup saya....saya ada kerjaya saya sendiri, dan saya juga join MLM untuk tambah pendapatan....yang penting halal....

    Sila baca blog saya dan pm kalau berminat.....itu saja.....maaf, tiada gambar Ferrari dan duit ikat getah...

    http://jangansusahhati.blogspot.com/2015/04/arba-network-pasca-perlaksanaan-gst.html

    http://jangansusahhati.blogspot.com/2015/03/arba-network-gst-counter-strike.html

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.