Memaparkan catatan dengan label Debat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Debat. Papar semua catatan

Khamis, 11 Februari 2016

15 Agamawan itu contoh kepada umat Islam yang lain

Entah kenapa pada hari ini, golongan agamawan yang masyarakat Islam sepatutnya menjadikan mereka sebagai contoh kini sukar untuk dijadikan contoh disebabkan segelintir mereka yang tidak beradab, tidak menghormati orang, menuduh dan melabel orang lain yang tidak sehaluan, mengkafirkan orang, menghukum orang lain masuk neraka dan merendah2kan orang lain?

Adakah ini akhlak ilmuwan agama yang orang lain perlu jadikan contoh? Adakah masyarakat Islam boleh menjadi ke arah yang lebih baik jika para agamawan bertelagah sesama sendiri dan tidak menunjukkan contoh akhlak yang baik? Sudahlah masyarakat kita ini pun masih ramai yang tidak berapa celik agama, datang kuliah dan majlis ilmu pun jarang2, sekali datang kena dengar pula ceramah ustaz2 yang suka menghentam dan memaki hamun sana sini?



Jumaat, 8 Januari 2016

12 Perbalahan Internet selalunya memang menyakitkan

Aku dah banyak kali terlibat dalam perbalahan dan perdebatan di Internet sejak sebelum kewujudan Facebook lagi. Dari zaman forum, bulletin board, mIRC, Friendster, email sehinggalah generasi media2 sosial baru seperti blog, Facebook dan Youtube.

Bila kita dah terjebak dan terperangkap dalam sebuah perbalahan kat Internet, kita akan tahu ia akan berlarutan menjadi sangat panjang sehinggakan sukar untuk kita keluar dari perbalahan tersebut walaupun kita tahu yang akhirnya ia tidak akan membawa kita ke mana2 atau mengubah apa2 pun.



Isnin, 22 Jun 2015

32 Bolehkah negeri Johor keluar Malaysia?

Minggu lepas hangat isu mengenai perbalahan di antara Menteri Pelancongan DS Nazri Aziz dan juga Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail. Aku pada mulanya tak nak ambil port sangat sebab aku bukanlah peminat kepada mana2 parti politik mahupun institusi beraja, namun bila ada pembaca minta aku tulis juga artikel mengenai ini, maka aku akan sentuh beberapa perkara sahaja.

Pasal perbalahan mereka, aku tak nak cakap apa sangat sebab bagi aku siapa2 dalam Malaysia ini sepatutnya layak untuk memberi pandangan dan kritikan terhadap sesiapa, sama ada dari rakyat ke pemimpin politik, pemimpin politik ke pemimpin diraja, pemimpin diraja ke pemimpin politik, pemimpin politik ke rakyat, asalkan tidak melampaui batas, menggunakan kata2 kasar dan kecaman.



Sabtu, 2 Mei 2015

8 Jawapan terbuka kepada Ahmad Maslan mengenai GST

Menurut Timbalan Menteri Kewangan Dato Ahmad Maslan, ramai orang tak faham GST. Tun Mahathir tak faham GST. Mufti Perlis Dr. Asri tak faham GST. Pensyarah serta penganalisis politik Prof. Dr Agus tak faham GST. Selagi mana2 orang yang mengkritik dan mengatakan GST itu tidak bagus, mereka tak faham GST. Yang paling memahami GST mungkin Mawar Rashid, peserta Dewi Remaja yang telah membuat research dan mendapati GST itu bagus tanpa mengetahui makna GST itu sendiri. Berdasarkan video penerangan daripada Ahmad Maslan berikut, aku senaraikan kebaikan2 GST yang ramai orang tak faham:



Khamis, 12 Jun 2014

17 Beza perdebatan parlimen kita dengan negara lain

"Nasib baik kau jadi cikgu, kalau tak mesti kau dah jadi perompak". Ungkapan2 seperti ini jarang kita dapat dengar di tempat2 awam seperti kedai makan, stesen bas, pusat membeli-belah dan pusat karaoke, namun ajaibnya, kita boleh mendengarnya di sesi persidangan parlimen di Malaysia.



Isnin, 20 Mei 2013

52 Sembang politik kedai kopi dan Adam Adli

Ni baru betul2 sembang politik kedai kopi, bukan lakonan2 palsu macam Sembang Rakyat ni. Lawak gila tengok karenah pakcik2 ni bersembang. "Kau jangan cerita la kau orang Negeri Sembilan kau apa tau, sawah padi batu kikir jambatan bosi...".



Jumaat, 25 Mei 2012

17 Debat > Ceramah > Demonstrasi

Beberapa hari lalu telah berlangsungnya debat PTPTN di antara ketua pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli. Masing2 menunjukkan karisma sebagai pemimpin, pandai berkata2 dengan pelbagai isi, fakta dan angka disokong pula dengan tempikan penyokong2 daripada parti masing2. Walaupun dia akhir perdebatan ini dikatakan tidak konklusif dan tidak akan mengubah persepsi penyokong UMNO untuk bersetuju dengan Rafizi dan persepsi penyokong PKR untuk bersetuju dengan Khairy, tapi at least dengan debat ni barulah nampak apa fungsi seorang pemimpin atau ketua yang dipilih rakyat.