Memaparkan catatan dengan label Hasad Dengki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hasad Dengki. Papar semua catatan

Rabu, 20 Mei 2020

2 Buasir Otak TV: Kawan penuh hasad dengki

Ada orang jenis tak boleh tengok orang lain lebih sikit, terus diejek, dikutuk, dikecam, dimaki, dihina, dilabel poyo, hambar dan sebagainya. Terlalu penuh dengan sikap kurang ajar, biadab, iri hati, dengki, busuk hati dan cemburu pada usaha orang lain. Tujuan hidupnya hanya untuk menjatuh dan menyakiti orang lain.  Jom tonton animasi ini.



Selasa, 31 Mac 2020

0 Buasir Otak TV: Orang kaya dengki pada orang miskin

Bila orang miskin golongan B40 dapat bantuan oleh kerajaan, ada pula segelintir orang kaya golongan T20 yang dengki dan cemburu malah mahu bantuan kerajaan juga. Jom tonton animasi ini.



Khamis, 12 September 2019

2 Kaedah mudah bantu pengguna cari kedai Muslim


1. Bila orang sebangsa dan seagama dengan kita buat benda bodoh, perbuatan jahat, perkara jahil, orang kita mesti kecam. Namun bila ada orang cuba melakukan suatu hal yang baik untuk kaum dan agama, pasti ada juga orang kita yang kecam, kutuk, sindir, perli dan sebagainya.

2. Bila ada kes ustaz tahfiz cabul murid, habis dihinanya seluruh tahfiz. Bila ada isu lelaki Melayu curang, dikejinya seluruh lelaki Melayu. Bila ada orang nak boikot produk barat sebab isu Palestin, diperlekeh-lekehkan.

3. Apa sahaja yang dibuat oleh orang sebangsa dan seagama dengannya ada sahaja yang tak kena. Tapi bila kaum dan agama lain yang buat hal tiada pula nak kecam, malah pertahankan pula. Paling tidak pun masuk gua.

4. Macam isu umat Islam jalankan kempen utamakan produk muslim, mereka diperli dan disindir macam-macam. Tapi bila orang bukan Islam tunggang agama Islam dan kaum Melayu, buat produk guna nama Melayu dan Arab, guna istilah Islam dan tulisan Jawi untuk mengaburi mata orang kita, tidak cakap apa pula.



Jumaat, 22 Mac 2019

0 Tak payah bersedekah jika sekadar mahu menunjuk

1. Kita biasa dengar, kalau nak buat baik, nak bersedekah, kena buat senyap-senyap, kena sembunyikan amal jariah kita, bak kata pepatah apabila tangan kanan memberi, jangan sampai tangan kiri tahu, kerana dikhuatiri mengundang riak dan ujub dalam diri pemberi sedekah.

2. Lalu apabila ada orang buat kebaikan secara terbuka dan terang-terangan, ada yang kecam kalau buat baik setakat nak menunjuk baik tak payah buat.

3. Malah pernah juga aku terdengar pesanan khidmat masyarakat semacam ini keluar di radio, di mana selebriti tersebut berpesan lebih kurang begini, "Kalau buat baik setakat nak menunjuk baik tak payah, nak buat baik kena ikhlas okay".



Selasa, 4 Oktober 2016

4 Membongkar penipuan itu perbuatan hasad dengki

Tahukah anda, pada zaman sekarang, membongkar suatu penipuan itu kini disifatkan sebagai satu perbuatan hina yang penuh hasad dengki semata-mata untuk menjatuhkan orang Melayu. Selepas ini kalau tahu suatu penipuan, tutup mata sahaja dan teruskan menjilat ramai-ramai ya. Biar kita menipu dan sanggup ditipu asalkan berjaya, kan?

Kah kah kah!



Selasa, 22 Mac 2016

6 Beza kritikan membina dengan kritikan menjatuhkan

Kadang-kadang orang keliru antara kritikan membina dengan kritikan yang menjatuhkan lebih-lebih lagi kritikan yang dibuat terhadap hasil usaha seseorang individu. Kritikan yang baik tak perlu disertai dengan kata-kata kesat dan hinaan seperti bodoh, buruk, bangang, teruk dan sebagainya. Malah kritikan yang baik adalah kritikan yang disertai dengan cadangan dan idea, bukan hentaman dan kecaman semata-mata yang sangat menjatuh dan melemahkan semangat orang. Kalau tak mampu bercakap dan berhujah dengan baik lebih baik diam sahaja daripada menyakitkan hati orang lain.



Ahad, 7 Februari 2016

12 Persaingan dan politik tempat kerja tak masuk akal

Hari ini kita merasakan iklim politik negara kita memang dah teruk. Cuba kita lihat dalam skop yang lebih kecil, ya begitu juga dengan iklim alam pekerjaan di negara kita yang mana sering kita lihat persaingan dan politik tempat kerja yang sangat tak masuk akal terutama di tempat kerja yang didominasi oleh sesebuah kaum. Berikut adalah beberapa cerita tentang persaingan tidak sihat dan politik tempat kerja ini yang berdasarkan kisah sebenar.



Selasa, 12 Januari 2016

20 Dahulukan hati sendiri atau hati orang lain?

Artikel 1: Mereka yang riya' atau kita yang hasad?

Riak di media sosial.

Ada orang post gambar nikah grand. Orang kata dia riak.
Ada orang post gambar nikah simple. Orang kata dia riak.
Ada orang post gambar nikah sederhana. Orang kata dia riak.


Jumaat, 26 Jun 2015

20 Gadis Melayu pengembara solo diperlekeh forumer

Ada seorang gadis Malaysia, dan juga Melayu, minatnya travel dan menjelajah ke luar negara, seorang diri, secara solo. Terbaru, beliau mengembara ke negara Afghanistan secara solo. Membaca kisah dan pengalaman beliau memang sangat memberi inspirasi dan motivasi kerana keberanian dan semangat beliau untuk berjalan ke tempat asing secara berdikari tanpa siapa2 di sisi. Banyak juga tips2 mengenai pengembaraan dan adventure di negara asing yang boleh dipelajari daripada kisahnya terutama dari segi kewangan, tempat tinggal, komuniti masyarakat setempat dan lain2.



Rabu, 18 Februari 2015

12 Cara menjatuhkan perniagaan orang lain tanpa sihir

Kisah 1

Seorang jugambar yang baru sahaja nak berjinak2 dalam dunia bisnes fotografer post gambar dan foto pengantin hasil kerjanya di Facebook untuk tujuan promosi. Tidak berapa lama kemudian, beberapa kawannya yang juga fotografer komen macam2 pada hasil kerjanya berkaitan kompo, pencahayaan, teknik fotografi, itu tak kena, ini tak kena.

Agak kurang ajar disitu.