Memaparkan catatan dengan label Samseng. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Samseng. Papar semua catatan

Rabu, 28 Oktober 2015

8 Tak berbaloi buat masalah atas jalan raya

Dalam kehidupan ini, penting untuk kita tidak buat pasal dan cari penyakit agar kita dapat elak daripada masalah2 yang sebenarnya tak penting dan tak perlu berlaku pun yang akhirnya akan menjejaskan kehidupan kita seharian walaupun benda tu selalunya menyakitkan hati dan boleh menaikkan darah kita.

Contohnya apabila kita mahu pergi ke pejabat dari rumah, kita akan memandu kereta di atas jalanraya. Tujuan kita berada di atas jalan hanya satu iaitu untuk memandu dari satu tempat ke satu destinasi lain yang mungkin mengambil masa 15, 30 minit, 1 jam dan sebagainya, itu sahaja. Lepas kita tiba di destinasi, kita dah tak peduli pasal perjalanan kita tadi.



Jumaat, 9 Oktober 2015

10 Jangan kurang ajar dan biadap bila dah buat salah

Satu video memaparkan dua lelaki bertindak biadap apabila memaki dan mencampak wang kepada anggota penguatkuasa MBPP menjadi viral di media sosial, semalam. Rakaman video itu dikatakan berlaku di Lebuh Campbell di sini, kelmarin ketika anggota terbabit menjalankan tugasnya.

Dalam video berdurasi 2 minit 4 saat itu, dua lelaki berkenaan berang selepas tayar kereta mereka dikunci kerana meletak kenderaan di garisan kuning. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menerima satu laporan berhubung kejadian itu yang dilakukan anggota penguatkuasa terbabit.

Bagaimanapun, polis tetap menjalankan siasatan berhubung kejadian itu walaupun laporan polis yang dilakukan itu ditarik kembali pengadu dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.



Rabu, 15 Julai 2015

13 Penjaga parking haram yang menindas kaum sendiri

Tadi aku pergi satu Uptown kat area KL. Baru je sampai, dah dapat satu parking baik. Dekat sangat dengan gerai-gerai. Masa ni dah happy sebab jarang dapat peluang parking mudah macam ni.

Tapi aku keluar je kereta, datang sorang mamat ni jumpa aku.

"Bang, RM5."

"Dah kenapa?" Aku tanya.

"Kalau parking sini kena bayar bang. RM5."

3 tahun aku lepak kat sini, dah dekat beratus kali aku datang, ini first time orang mintak bayar parking.



Rabu, 24 Jun 2015

15 Pasar Ramadhan dipertahan dari gangguan Mat Saleh

Viral di media sosial baru2 ini video dua orang lelaki yang dipercayai Mat Saleh yang bukan warganegara Malaysia telah dikasari dan dimaki hamun oleh peniaga2 baazar Ramadhan Damansara Damai. Difahamkan kedua2 lelaki tersebut mahu mengeluarkan kereta dari tempat letak kereta sebab tak tahu akan adanya pasar Ramadhan di situ pada sebelah petang, namun Peniaga Baazar enggan berbuat demikian lalu berlaku adegan yang tak sepatutnya.

Nampaknya para peniaga Melayu kita sekali lagi berjaya mempertahankan kesucian pasar Ramadhan daripada anasir luar dan gangguan Mat Saleh.



Ahad, 19 Mei 2013

19 Daripada korang merompak baik buka gerai burger

Negara kita kena ada satu undang2 untuk menghadkan masa operasi perniagaan seperti kedai mamak, 7-Eleven, cyber cafe, McDonald's dan lain2, at least sampai pukul 12 malam sahaja lepas tu tutup, sebab bila dah waktu tengah2 pagi buta bukan ramai customer pun, membazir elektrik je bukak lampu komputer apa semua, lepas tu silap2 hari bulan kena rompak macam rompakan yang terbaru kat cyber cafe Sri Gombak ni.



Selasa, 16 April 2013

131 Jangan jadi catur bidak ahli2 politik

Sekarang sedang musim demam pilihanraya. Bendera parti dipasang merata2 tempat. Orang yang jual buluh, pasang bendera bagai mendapat durian runtuh, tidak kurang juga dengan orang yang bakar kebun sebab nak mencuri buluh.



Isnin, 15 April 2013

18 Budak2 baru nak up gaduh versi awek

Lagi cerita budak2 sekolah baru nak up tapi kali ni perempuan. Aku tak tahu kenapa video budak2 sekolah perempuan bergaduh kat Youtube kebanyakannya berlaku di sekolah dekat Kelantan? Sekolah kat negeri lain mungkin banyak jugak kes2 gaduh macam ni tapi mungkin pelajar2nya tak suka rakam kat handphone dan upload kat Youtube.



Khamis, 11 April 2013

73 Samseng politik VS budak2 baru nak up

Aku tak tau mana nak menyampah yang mana satu, samseng tua yang menjerit2 macam orang lain takde telinga atau geng2 aktivis TOLAK yang beriya2 nak berpolitik bagai.