Memaparkan catatan dengan label Jijik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jijik. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Mei 2025

0 Jangan jadi content creator jijik takde otak

1. Bila jadi content creator, apatah lagi bila dah semakin popular, memang ramai yang akan private message. Tanya khabar lah, nak berkawan lah, nak minta no telefon lah, nak jumpa lah, ajak datang nak masuk dalam konten lah, macam-macam.

2. Kebanyakan orang yang akan PM content creator ni biasanya budak-budak atau remaja. Bila content creator ni balas, diorang pun seronok, rasa teruja dan bangga orang famous balas PM dia. Esok pergi sekolah mesti cerita dengan kawan.


Selasa, 16 Ogos 2016

10 Suami berkongsi isteri dalam laman sosial

Kegiatan persundalan di negara ini bukan sahaja semakin licik bahkan sangat menjijikkan apabila sebuah laman sosial diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dikenali sebagai Cheongster yang membolehkan ahli-ahlinya bertukar-tukar pasangan seks.

Siasatan wartawan Kosmo! yang menyamar sebagai ahli laman sosial itu mendapati selain menawarkan khidmat seks oleh gadis-gadis tempatan dan luar negara, peserta komuniti Cheongster juga semakin ‘sakit otak’ apabila menggalakkan ahlinya berkongsi pasangan seks sama ada teman wanita, tunang atau isteri.

Bagi mendorong lebih ramai ahlinya mengamalkan perkongsian pasangan seks, Cheongster menawarkan satu ruangan khusus iaitu ‘Exchange’.



Jumaat, 3 Jun 2016

7 Gejala pedofil dan gila seks yang semakin parah

Pedophile. Pedofil. Pedofilia. Pedo.

Ia bermaksud manusia yang mempunyai perasaan nafsu seksual terhadap kanak-kanak. Kebiasaannya gejala pedo ini berlaku di kalangan lelaki dewasa di mana mereka ghairah dan terangsang terhadap kanak-kanak perempuan atau lelaki. Ada juga pedo di kalangan wanita dewasa namun jumlahnya agak kecil dan terpencil.

Gejala pedo ini bukan sekadar berlaku di kalangan orang Melayu atau umat Islam sahaja malah di serata dunia, hatta bangsa Caucasian bermata biru yang ramai orang bangga-banggakan tu pun. Baru-baru ini keluar berita yang mengejutkan di mana seorang lelaki pedofil warga Britain iaitu Richard Huckle ditangkap dan dibicarakan atas kes penderaan seksual yang menjijikkan terhadap 23 kanak-kanak berusia antara enam bulan dan 12 tahun, dan 22 mangsa tersebut adalah daripada Malaysia!



Isnin, 22 Februari 2016

12 Kebaikan bukan terletak pada warna kulit

Hari Jumaat minggu lepas, keluar je dari masjid selepas selesai solat Jumaat, ada satu kereta yang tayar depannya terbenam dalam tanah lumpur di kawasan tempat letak kereta sehingga tak boleh gerak. Pemandunya seorang budak melayu yang usianya mungkin sekitar awal 20-an dengan bapanya. Wajah bingung dan buntu jelas terpancar dari wajah mereka tidak tahu nak buat apa.

Tak lama kemudian ramai orang berkumpul di kereta mereka. Antara mereka itu ada orang Melayu, Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan India yang baru sahaja keluar dari masjid. Tanpa banyak tanya dan berlengah, mereka semua bersama2 menghulurkan pertolongan membantu menolak kereta itu keluar dari tanah lumpur itu.

Insiden ini terus mengingatkan aku semula yang kebaikan itu bukan terletak pada warna kulit, pangkat, bangsa, agama, darjat, keturunan, asal usul mahupun kenegaraan seseorang, tetapi ianya wujud dalam hati.


Jumaat, 12 Februari 2016

17 Orang lelaki jangan tayang bontot ketika solat

Ada orang lelaki suka pakai baju yang ketat, sendat dan singkat bila pergi keluar jalan2. Mungkin pada mereka nampak lebih stylo, sado dan sebagainya. Aku sendiri tak kisah pun lelaki yang suka pakai baju ketat, sendat dan singkat ni sebab takde kaitan dengan aku. Malangnya dah banyak kali aku jumpa terutama di shopping mall, bila nak solat kat surau diorang akan terus solat dengan baju singkat mereka, dan kau tau apa yang akan berlaku?

Sewaktu mereka tengah sujud akan kelihatan pemandangan yang sangat buruk dan menggelikan bila mana lurah bontot yang berkerak akan terkelihatan keluar kerana bajunya yang terlalu singkat dan seluarnya terlondeh ke bawah.



Ahad, 1 November 2015

9 Bodoh simpan sendiri jangan libatkan orang lain

Beberapa hari lepas viral sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan dua lelaki berbadan sasa berkucup mesra ketika sedang menunggu lif yang dikatakan berlaku di sebuah kondominium di Danau Kota, Setapak dan kemudiannya salah seorang daripada mereka menendang pintu lif hingga pecah dan rosak kemungkinan kerana tidak tahan dengan lif yang ditunggu terlalu lama.



Selasa, 27 Oktober 2015

8 Perangai jangan jadi lebih jijik dari najis

Sejijik-jijik najis... masih boleh dibasuh dan dicuci dengan mudah.
Namun sejijik-jijik perangai, sental dengan berus dawai sekalipun belum tentu hilang.
Sebab tu... kita ni... kalau boleh... perangai tu... jangan jadi lebih jijik... dari najis.

Macam mana nak tahu perangai kita ni najis ke tidak?
Kalau sikap kita ni begitu menyusah dan menyakitkan hati orang lain... haa najis la tu.



Selasa, 30 Jun 2015

17 Kenapa aku menyokong golongan gay dan lesbian?

Umum mungkin tahu bahawa di US, dengan kiraan undi para hakim 5-4, perkahwinan sesama jenis telah dibenarkan di seluruh negeri naungan US. Ramai juga yang menyambut dengan gembira dengan mempelangikan gambar profail mereka di Facebook. Ada juga yang menentang dan mangambil tindakan. Pendek kata, perjuangan pihak LBGTQ untuk mendapatkan hak asasi mereka sudah Berjaya sebaik sahaja keputusan Makahmah Tinggi US keluar. Presiden Obama sendiri menyokong keputusan itu.



Sabtu, 14 Februari 2015

21 Online portal gergasi yang membuli blogger2 kecil

Menulis blog bukannya semudah pejam dan celik mata, lebih2 lagi original entry sebab ia memerlukan idea, ilham, mood, komitmen dan juga masa untuk menulis. Walaupun kita hanya seorang blogger picisan dan blog kita tak sepopular mana, namun sekurang2nya kita berusaha untuk menulis sendiri entry agar buah fikiran kita dapat disampaikan kepada orang lain seperti mana aku pernah tulis di entry "Catatan aku sebagai penulis blog Buasir Otak".

Namun agak malang dalam industri penulisan tanah air apabila blogger2 kecil seperti aku dibuli oleh blogger besar dan online2 portal gergasi seperti PenMerah[dot]com apabila mereka dengan sewenang2nya mencuri, mencilok dan merembat sahaja artikel2 daripada blog2 lain yang kurang popular dan dikenali untuk dimuatkan dalam Facebook dan blog mereka semata2 nak tarik hits traffic dan visitor demi menjana dan memperoleh keuntungan.



Jumaat, 7 November 2014

42 Golongan pondan dibenarkan berpakaian perempuan

Berita baik buat golongan pondan, mak nyah, bapok dan shemale. Kini korang semua boleh teruskan jadi pondan dan pakai pakaian perempuan, kerana mahkamah kita sudah mengiktiraf hak transgender dan membenarkan anda semua berpakaian serta berkelakuan seperti wanita. Ini satu kemenangan buat kesemua bapok dan pondan2 di luar sana terutama yang beragama Islam kerana telah berjaya memartabatkan hukum manusia lebih tinggi dari hukum Tuhan. Tahinah, tahinah diucapkan kepada anda semua!



Selasa, 24 Jun 2014

19 Plagiat hasil usaha orang lain tanpa rasa bersalah

Bagi yang dah lama follow Buasir Otak ni, pasti tahu macam mana kami menulis sebuah artikel. Boleh kata kebanyakan artikel yang ada di sini ditulis dengan menggunakan kepala hotak kami sendiri yang dipinjamkan Tuhan kepada kami. Kalau ada tulisan atau petikan yang diambil dari tempat lain, hatta petikan berita sekalipun, pasti kami akan sertakan sekali link dari mana sumber yang diambil dan bagi kredit kepada penulis asal.

Ini kerana kami amat menghargai dan menghormati usaha penulis dalam menghasilkan artikel dan berita tersebut. Bukan mudah sebenarnya untuk memerah kepala otak mencari idea dan meluangkan masa untuk menaip artikel walau kadang2 hanya dibaca oleh beberapa orang sahaja.