Jumaat, 23 Mei 2025

0 Jangan jadi content creator jijik takde otak

1. Bila jadi content creator, apatah lagi bila dah semakin popular, memang ramai yang akan private message. Tanya khabar lah, nak berkawan lah, nak minta no telefon lah, nak jumpa lah, ajak datang nak masuk dalam konten lah, macam-macam.

2. Kebanyakan orang yang akan PM content creator ni biasanya budak-budak atau remaja. Bila content creator ni balas, diorang pun seronok, rasa teruja dan bangga orang famous balas PM dia. Esok pergi sekolah mesti cerita dengan kawan.

3. Orang dewasa jarang nak PM content creator tak tentu pasal. Kalau ada biasanya mesti sebab urusan bisnes, atau nak scam, atau pervert kalau content creator tu perempuan cantik atau lelaki hensem.

4. Aku sendiri banyak buat content guna kartun atau game Roblox, so kadang-kadang budak-budak akan PM. Tanya siapa nama la, minta alamat la, minta no telefon la. Aku cakap tak boleh sebab aku busy dan juga privasi walaupun dia tak faham maksud privasi tu apa. Memang tersangatlah kena jaga batas.

5. Malah dalam 3-4 tahun lepas masa channel aku tengah peak, budak-budak siap call pakai Instagram, aku terus block. Dah la kadang call masa tengah meeting, serabut gila. Sebab tu la aku tak pernah share nombor telefon kat public. Silap-silap lagi la entah benda apa dapat kat Whatsapp.

6. Jadi bila budak-budak yang PM, tak kira lah lelaki ke perempuan, memang kena sangat berhati-hati. Tak payah layan pun takpe. Benda simple, sebab budak-budak ni ada mak bapak atau penjaga. Phone yang mereka guna pun mak bapak belikan atau tengah pakai mak bapak punya.

7. Kalau kau salah cakap atau buat silap, bila dia beritahu mak bapak dia, kau habis. Benda-benda yang kau usahakan selama ni habis. Kerjaya kau habis. Maruah kau habis. Masa depan kau habis. Undang-undang berkait kanak-kanak bawah umur ni sangat berat ye.

8. Sebab tu bila ada isu content creator/influencer kantoi hantar mesej lucah, grooming kanak-kanak bawah umur, aku memang tak boleh brain. Sangat tak bertanggungjawab dan menjijikkan. Bagi la alasan apa pun memang tak boleh nak masuk akal. Otak letak kat mana? Bodoh memang pekat ke apa?


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: jangan usah jadi content creator influencer pempengaruh jijik takde otak pu azman ceo batu mesej pm dm gambar lucah grooming bawah umur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.