Selasa, 6 Mei 2025

0 Ketaksuban terhadap Gen AI suatu kebebalan

1. Dulu, sebelum zaman genAI, setiap orang ada peranan masing-masing. Ada pelukis, pereka grafik, editor, bos, pengurusan, pembuat dasar, majikan dan sebagainya. Biasanya, para bos akan minta golongan kreatif macam designer, jurufoto, videographer dan lain-lain hasilkan design, kartun, poster, banner, foto, video, montaj dan sebagainya.

2. Dengan ilmu dan daya kreatif yang mereka ada, ditambah pula dengan etika kerja dan ketelitian yang dipelajari bertahun-tahun, mereka hasilkan kerja yang berkualiti. Bila siap, ditunjukkan kepada bos. Biasalah, bos dinosor pun bagi komen, minta tukar warna, tukar font, tukar layout ikut selera dia. Designer pun edit semula berkali-kali, walaupun kadang makin pelik, tetap dibuat dengan ketelitian, tanggungjawab dan etika seorang profesional.

3. Tapi sejak muncul genAI, tiba-tiba bos-bos ni pun terfikir, "Daripada aku suruh orang, baik aku je buat sendiri pakai AI". Maka mereka pun mula taip prompt dengan penuh yakin. GenAI pun hasilkan imej yang secara kasarnya nampak cantik, tapi sebenarnya sangat random dan ada cacat cela. Ada satu imej ni yang dia berkenan, tapi ada kecacatannya. Nak edit, tak reti. Nak generate semula, keluar imej lain.

4. Dia pun kata, "Ala, sikit je silap ni. Orang tak perasan punya." Lalu teruslah imej tu dimasukkan dalam dokumen, website, dihantar untuk dicetak dan sebagainya. Kalau dulu dia luluskan kerja orang lain, sekarang dia rasa dia yang buat sendiri, jadi tak payah semak dah, terus guna je. Bila dah publish, baru orang ramai perasan kesilapan tu dan mula viral. Bila dah banyak kecaman, macam biasa, minta maaf.

5. Kesimpulannya, memanglah genAI boleh bantu sikit tapi manusia janganlah bebal sangat terlalu taksub dan terus guna tanpa fikir. Kita kena ada knowledge dan etika bila hasilkan sesuatu, bukan sekadar taip-taip terus guna bulat-bulat dengan penuh rasa teruja dan bangga.

6. Orang yang tiada latar belakang atau ilmu dalam bidang design, artwork, seni kreatif semua ni, janganlah sesuka hati guna genAI sebagai finished product. AI bukan faham pun apa yang dia hasilkan. AI tak ada daya kreativiti sebenar, tak faham etika dan peraturan. Dia hanya meniru dari apa yang dah wujud, dan hasilkan semula secara rawak ikut arahan kita.

7. Sebab itu, kerja-kerja kreatif sepatutnya diserahkan kepada mereka yang memang ahli. Mereka ada bakat, ilmu, dan pengalaman dalam bidang tu. Kau yang kerja buat dasar, pentadbiran, yang tak pernah buat design, tak pernah melukis, tak pernah guna creative tools seperti Photoshop dan sebagainya, tak payahlah sibuk nak shortcut sangat guna AI buat. Kau buat je lah kerja apa yang kau pakar. Kalau tak, jadilah isu-isu bodoh macam ni.

8. Ini baru isu tentang hasil cacat dari genAI yang digunakan tanpa semakan terutama hal melibatkan agama, negara dan undang-undang, belum lagi cerita pasal genAI yang disalah guna oleh manusia-manusia bebal untuk hasilkan bahan lucah, fitnah, manipulate muka orang tanpa kebenaran, troll untuk hina orang, tunggang musibah kejar clout, hal-hal negatif lain serta lambakan imej sampah yang langsung tak ada nilai dan makna.

Sekian.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: taksub gen ai genai bebal bendera jalur gemilang salah tak cukup bintang tiada bulan kpm akhbar prompter

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.