Buasir Otak: The Muzik - Langit Tak Selalu Biru
Lirik:
Sejak kecil ku genggam janji
Buku teman setiap hari
Cemerlang jadi bekal diri
Demi harapan capai mimpi
Kata ibu ayah ku turuti
Doa mereka mendamping diri
Menara gading ku jejaki
Untuk menimba ilmu yang tinggi
Namun langit tak selalu biru
Bila harapan hanya berlalu
Langit tidak selalu biru
Penuh dengan onak dan duri
Walau apa yang berlaku
Tetap harus ditempuhi
Ijazah digenggam penuh harapan
Tidak sabar untuk capai impian
Namun ku sedar akan hakikatnya
Betapa sukar untuk diterima
Bukannya ku tidak berusaha
Telah ku cuba sedaya upaya
Mimpi ini terpaksa ku lupa
Cari rezeki di jalan berbeza
Benar langit tak selalu biru
Bila impian bukan milikku
Langit tidak selalu biru
Penuh dengan onak dan duri
Walau apa yang berlaku
Tetap harus ditempuhi
Ooo ooo oh
Kadang hati terasa sayu
Di manakah silapnya aku
Teman yang dulu di belakangku
Kini lebih maju di hadapanku
Berikanlah aku kekuatan
Agar tidak berputus harapan
Semoga ada sinar yang baru
Mengharungi sisa-sisa waktu
Langit tidak selalu biru
Penuh dengan onak dan duri
Walau apa yang berlaku
Tetap harus ditempuhi
Langit tidak selalu biru
Penuh dengan onak dan duri
Walau apa yang berlaku
Tetap harus ditempuhi
Ooo ooo oh
Lirik: Prince Of Noob
Komposer: AI Generated
P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):

tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single lirik ciptaan sendiri langit tak selalu biru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.