Sabtu, 10 Mei 2025

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Dari Kosong

Kita semua bermula dari kosong.


Buasir Otak: The Muzik - Dari Kosong
 
Lirik:
 
Yeah
Kita mula tanpa warna tanpa garis
Kain putih kertas kosong belum ditulis
Apa yang dilukis itulah cerita
Apa yang dipilih itulah kau punya

Dulu tiada arah tiada hala tuju
Ku tiada apa masih belum maju
Ramainya kawan jalan sembarangan
Ku hanya berdiri mencari ruangan
Langkah yang pertama bukannya senang
Tapi lebih baik dari terus bimbang
Tiap keputusan ada bayang-bayang
Ada jalan terang ada jalan curang

Ada kala jatuh ada kala luka
Namun parut lama yang membuka mata

Dari kosong kita bermula
Langkah kecil cipta cahaya
Tiada siapa tentukan hala
Pilihan sendiri mencorak jiwa

Dari kosong kita bermula
Dari kosong kita bermula

Tak perlu kaya untuk berdiri di sini
Ku cukup percaya pada diri sendiri
Biarkan lambat asalkan bererti
Biar hati sakit asalkan hakiki
Tidak semua orang yang akan mengerti
Ada yang pandang dengan iri hati
Tapi langkah ku tidak kan berhenti
Kerana mimpi ini masih milik hati

Masih ada jatuh masih ada luka
Namun parut itu membuka cahaya

Dari kosong kita bermula
Langkah kecil cipta cahaya
Tiada siapa tentukan hala
Pilihan sendiri mencorak jiwa

Dari kosong kita bermula
Dari kosong kita bermula

Aku pernah rebah dalam kelam
Bertatih bangkit lawan dendam
Jiwaku kecil tekadnya tajam
Walau dicabar takkan dipadam
Ramai yang tunduk pada senang
Tapi lupa pada erti juang
Aku pilih jalan yang susah
Asalkan hidup penuh arah

Dari kosong kita bermula
Langkah kecil cipta cahaya
Tiada siapa tentukan hala
Pilihan sendiri mencorak jiwa

Dari kosong kita bermula
Dari kosong kita bermula
Dari kosong kita bermula
Dari kosong kita bermula

Lirik: Prince Of Noob
Komposer: AI Generated



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single lirik ciptaan sendiri dari kosong


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.