Memaparkan catatan dengan label Korup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Korup. Papar semua catatan

Isnin, 4 Januari 2016

13 Jika cikgu aku cantik dulu mesti aku belajar rajin2

Hari ni hari pertama persekolahan bagi kebanyakan negeri di Malaysia. Negeri yang kerja hari Ahad dah start sekolah semalam. Dan seperti biasa kat media sosial penuh dengan orang update gambar anak kat sekolah terutama yang baru mula bersekolah darjah 1. Meriah, memang meriah.

Cuma aku agak tak suka apabila ada orang lelaki dewasa yang viralkan gambar cikgu2 yang cantik kat media sosial dengan status2 lebih kurang seperti ini:
"Kenapa zaman aku sekolah dulu takde cikgu2 cantik yang macam ni? Kalau cikgu aku cantik macam ni dulu mesti aku takkan ponteng sekolah dan sanggup belajar rajin2."


Rabu, 30 Disember 2015

11 Sebuah kisah paling korup: Terkorup Tanpa Sengaja

Sinopsis cerita: Terkorup Tanpa Sengaja

Bolnoland merupakan sebuah negara yang sudah hampir 100 tahun mencapai kemerdekaan namun masih lagi tidak mencapai tahap pembangunan dan kemajuan yang sepatutnya, malah negara jirannya iaitu Enetkhegland yang 50 tahun lepas lebih mundur kini telah jauh meninggalkan Bolnoland malah telah pun berjaya mencapai status negara maju manakala Bolnoland masih kekal sebagai negara membangun dunia ketiga selama 80 tahun.

Semua ini disebabkan oleh masalah korupsi yang sudah pun menjadi budaya yang tidak dapat dibendung. Rasuah, salahguna kuasa, kronisme, penipuan, segala cabang korupsi telah pun menjadi amalan biasa. Dari yang paling tinggi hingga yang paling rendah, atas bawah kiri kanan habis disebat. Walaupun majoriti rakyat negara Bolnoland mempunyai agama, namun ramai yang telah pun bertuhankan duit dan berkiblatkan pangkat.



Sabtu, 27 Jun 2015

17 Kronologi MARA terbabit skandal hartanah di Australia

Laporan akhbar Australia, The Age, mendakwa pegawai-pegawai tinggi kerajaan Malaysia dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan RM65 juta dana awam untuk membeli sebuah blok apartmen di Melbourne, Australia, dengan membayar harganya RM13.7 juta lebih tinggi, yang kemudiannya didakwanya untuk membayar sogokan.

The Age, yang membuat dakwaan itu dalam laporan eksklusif hari ini, juga mendakwa penglibatan MARA, sebuah agensi pelaburan kerajaan, yang membeli hartanah itu pada 2013.



Ahad, 21 Disember 2014

13 Aduan orang berpengaruh VS aduan orang biasa

Baru2 ini tersebar meluas di media sosial dan viral cerita pasal anak gadis pelakon Rosyam Nor disuruh membuka tudung jika ingin bekerja di sebuh kedai alat permainan HAMSLEYS di pusat membeli belah terkemuka tanah air iaitu One Utama. 3 hari kemudian, HAMSLEYS tampil membuat kenyataan rasmi dan permohonan maaf melalui page Facebook mereka. Sebenarnya isu ini bukan sekadar di HAMSLEYS dan berlaku baru2 ini sahaja, tapi diskriminasi berpakaian dalam sektor pekerjaan di Malaysia sudah lama berlaku, antara sedar dan tak sedar je.