Isnin, 4 Januari 2016

13 Jika cikgu aku cantik dulu mesti aku belajar rajin2

Hari ni hari pertama persekolahan bagi kebanyakan negeri di Malaysia. Negeri yang kerja hari Ahad dah start sekolah semalam. Dan seperti biasa kat media sosial penuh dengan orang update gambar anak kat sekolah terutama yang baru mula bersekolah darjah 1. Meriah, memang meriah.

Cuma aku agak tak suka apabila ada orang lelaki dewasa yang viralkan gambar cikgu2 yang cantik kat media sosial dengan status2 lebih kurang seperti ini:
"Kenapa zaman aku sekolah dulu takde cikgu2 cantik yang macam ni? Kalau cikgu aku cantik macam ni dulu mesti aku takkan ponteng sekolah dan sanggup belajar rajin2."







 Kredit semua gambar hiasan: Google, FB dan lain2.


Kalau dah malas belajar dan gagal tu, kau pandai ke kau bodoh ke, itu bukan sebab cikgu cantik atau tak cantik. Itu sebab memang kau sendiri yang malas belajar, bukan kau gagal sebab cikgu2 kau dulu tak cantik. Dan apa hina sangat ke jadi guru yang tak cantik sampai kau rasa mereka tak layak untuk mengajar kau?

Ya, aku faham memang ramai cikgu cantik2 terutama yang muda2 tu, dan tak salah pun mereka jadi cantik sebab dah mereka dianugerahkan dengan kecantikan, tapi kita yang lelaki dewasa ni tolong la jangan bagi idea dan pandangan yang salah terhadap budak2 yang masih bersekolah ni, sama juga seperti kes keputusan peperiksaan yang kurang cemerlang. Jangan bagi mereka idea yang salah! Sepatutnya dorong mereka untuk pergi sekolah kerana mahu menuntut ilmu, bukan kerana ada cikgu yang cantik dan comel.

Dan aku tahu juga yang kebanyakannya cuma sekadar buat lawak sahaja, tapi yang lawak2 ni bila dah viral, pasti akan ada orang yang ambil serius dan mentaliti macam ni akan tertanam terus kat kepala budak2 lelaki, dan benda ni lama2 akan jadi satu warisan turun temurun sampailah bila2.

Sebab tu banyak bapak budak buat lawak nak pergi sekolah hantar anak sebab nak tengok cikgu la, nak skodeng cikgu la, nak ngendap cikgu la, nak cari calon bini nombor dua la dan masyarakat macam takde rasa apa2, sebab benda tu dah diwarisi dan sudah pun menjadi perkara yang biasa. Dari budak sampai la bapak budak pergi sekolah sebab ada cikgu cantik.

Cikgu cantik atau tidak, handsome atau tidak, lelaki mahupun wanita, tugas mereka tetap sama iaitu mencurahkan ilmu dan mendidik anak bangsa. Jika kau melihat seorang cikgu itu dengan pandangan dan pemikiran yang tidak sepatutnya, maka percayalah yang mindset kau memang sudah gila corrupt.




tags: cikgu guru sekolah rendah mengenah cantik lawa viral internet pemangkin perangsang budak

13 ulasan:

  1. bersedia beli barang untuk anak pertama ke sekolah cek2 xda anak nak bawa ke sekolah hahaha First~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa ko bangang sgt ni sirosli? Ko nk jadi apa setann? Mana proot ko cibai? Ko bawa je anak patung pegi sekolah,








      Prooottttt

      Padam
  2. Keluaran UPSI :)
    Bangga Sat Student UPSi :)

    shafiqhashim.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Tapi aku rasa kalau sejak dari dulu wujud cikgu cantik, lelaki melayu sekrg mesti bengap2 semua sebb angau kt cikgu, tak fokus belajar, hahaha berterima kasih lah pd cikgu2 kita tanpa mengira rupa sbb mereka kita berjaya.

    BalasPadam
  4. betulkan niat...tujuan menuntut ilmu itu untuk apa...biar ilmu yang kita dapat sedikit tapi berkat...subhanallah...

    BalasPadam
  5. Betul ke cikgu cantik boleh buat lagi rajin? Rasanya lagi mengelamun ada la akibat kecantikan cikgu tu

    BalasPadam
  6. Cikgu2 yg muda & perasan cantik tu nak mengajar ke? atau nak melaram pergi sekolah. Niat pun tak betul sebab tu banyak cikgu yg bermasalah & bercerai berai sekarang ni. Dtg sekolah sibuk nak pasang body dari sibuk nak mengajar & menjayakan murid2. Tabik kpd cikgu2 yg komitmen mereka nak menjayakan murid2 jadi insan berguna & berjaya didunia & akhirat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko ni serius sgt, releks2 suda, atau kau cemburu? Oi noob gambar no 2 tu, agak cantik orgnya,agak kau kt mana dia mengajar ya.? Creeettt dmuka lanun

      Padam
  7. Cikgu math aku dulu punya cun. Tapi math aku pun sendu gak. Kakakaka

    BalasPadam
  8. Sbnrnya cikgu cun yg baru keluar U/maktab bujang mmg ada sebelum ni..tp sbb ada media sosial, benda mcm ni senang jd viral. Bukan baru2 ni je byk cikgu cun.

    Tp ambik ppuan kerje cikgu sebagai isteri bagus gak, ada jaminan..tp bukan buat skandal atau isteri no 2,3.....tp jarang kes ni berlaku. Laki ni kgd2 cakap je nak wat itu ini..tp kalau suruh buat xnak plak. Mcm ppuan minat mamat korea kpop dlm tv..minat mcm nak buat suami mmg ada..tp be realistik je.

    Layan je la...paling penting anak kita gi sekolah jd orang.

    BalasPadam
  9. Semasa saya kecil, saya sgt syg pada cikgu2 saya. Saya tidak pernah kisah pun cikgu saya cun, kacak atau tak. Sampaikan saya pergi ke rumah cikgu-cikgu saya untuk lihat mereka. Walaupun kerap saya bermasalah disiplin. Kerana merekalah saya berjaya.

    Terima kasih guru-guruku. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa.

    Saya bukan robot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagusnya..saya tak pernah lagi dtg rumah cikgu2 melainkan bila dijemput.

      Padam
  10. Kalau dijemput dtg rumah..dah jd kes Cikgu Suraya pulak..haha

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.