Khamis, 25 Jun 2020

0 Beli durian dengan kulit VS beli isi durian

1. Aku suka makan durian. Dulu aku memang selalu beli durian timbang kulit.

2. Tapi sejak gerai durian kat kawasan perumahan aku ada jual durian yang dah siap bukak isi masuk dalam tupperware, aku suka beli yang tu je.

3. Sebab beli buah durian ni bagi aku macam ikut nasib. Aku pernah beli sebiji durian tak ingat jenis apa. Sekilo lebih kurang RM25.


4. Durian tu agak besar, berat dia hampir 2 kilo, jadi harga dia lebih kurang RM40. Lepas tu aku bukak. Kopekan pertama ada 2 ulas durian.

5. Lepas tu aku kopek lagi, kosong. Kopek lagi, takde isi. Kopek lagi, masih kosong, sampai la habis kopek semua. Jadi sebiji buah durian tu, cuma ada 2 ulas durian sahaja. Jadi aku sebenarnya membayar RM20 untuk 1 ulas durian.

6. Aku beritahu penjual tu ingat boleh tukar atau dapat buah lain, tapi dia cakap tak boleh sebab dia pun beli dari pemborong tak tahu isi dalam bla bla bla. Jadi nak salahkan dia pun tak boleh juga.

7. Disebabkan tu sekarang aku prefer beli durian yang dah siap kopek masuk dalam bekas. Ada satu masa, dia jual 1 bekas ada 9 ulas durian Udang Merah dengan harga RM50, jadi harganya kira-kira RM5 lebih seulas.

8. Mungkin orang cakap tak fresh makan durian yang dah kopek masuk dalam bekas, tapi at least aku nampak dengan jelas benda yang aku beli dan makan. Berapa kuantitinya, macam mana kondisinya. Nak buat macam mana bab berbelanja ni aku memang agak berkira.

9. Ni beli durian biji, timbang timbang tak tahu lagi isi dalam tu berapa ulas, elok ke tak dan sebagainya. Kalau makan kat gerai OK lagi boleh cakap kat penjual, kalau bawak balik sekali kopek-kopek isi kurang atau ada yang rosak, letih wehhh nak kena pergi balik gerai.

10. Bukan nak kata cara orang jual durian timbang sekali kulit tu salah, tapi aku lebih prefer beli isi durian atau timbang isi atas sebab-sebab yang aku nyatakan di atas.

11. Kalau korang jenis suka makan buah fresh yang baru dikopek, tak berkira pasal duit, jenis tak kisah dan berani ambil risiko, beli je durian timbang kulit macam biasa. Kalau dapat isi lebih dan elok, untung. Kalau dapat isi kurang atau rosak, termenung.

12. Tapi tak ramai penjual durian yang sanggup jual isi durian ni, jadi kalau dah teringin sangat makan durian, nak tak nak kena beli timbang kulit juga.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: beli jual buah durian timbang kulit isi dalam bekas peniaga pemborong dusun pembeli pelanggan


Tiada ulasan:

Catat Komen

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Ads RichPartners