Isnin, 22 Jun 2020

0 Buasir Otak: The Komik (AWAKENING) suatu kenangan


1. Tahun 2016.

Tahun ini agak istimewa bagi aku. Masa tu aku rancang satu plan yang agak gila untuk buat komik indie Buasir Otak yang ke-4 iaitu Buasir Otak: The Komik (AWAKENING). Hasilnya aku berjaya kumpulkan 55 orang pengkarya untuk berkolaborasi dalam sebuah komik setebal 300 muka surat. Dalam komik tu ada 56 cerita komik pendek. Projek ni mengambil masa sehingga 8 bulan juga lah untuk disiapkan.

2. Berbekalkan duit sendiri, untuk permulaan aku cetak 150 unit. 56 unit aku bagi kepada semua pengkarya yang terlibat, baki aku jual RM25 seunit. Sejujurnya tak balik modal pun walaupun terjual semua sebab kos printing tinggi. Namun disebabkan ada permintaan lagi, aku cetak lagi 150 unit dan Alhamdulillah habis dalam tempoh 6 bulan.


3. Selepas buku versi cetak dah habis dijual, aku letakkan versi digital di Google Play Books, namun tak ramai yang beli mungkin kerana cara pembelian yang agak susah memerlukan kad kredit/debit, atau mungkin kerana eBook belum lagi begitu popular, atau mungkin orang lebih prefer keluarkan duit untuk buku yang nyata dan ada rupa fizikal berbanding buku maya.

4. Waktu tu adalah untung sikit dan aku bahagikan sesama 56 pengkarya, jadi dapatlah merasa seorang sikit. Memang hasil jualan buku komik tu tak untung mana, tapi target aku masa tu bukanlah nak untung pun, tapi hanya semata-mata kerana aku mahu membuat komik dan merasai buku komik sendiri. Ya lah, dengan skill lukisan aku yang tak seberapa ni mana lah layak nak masuk buku komik mainstream, jadi aku buat lah buku sendiri.

5. Walaupun pada tahun-tahun berikutnya aku terbitkan lagi 2 buku komik, tapi BO:TK (AWAKENING) ini agak istimewa bagi aku, sebab time ni aku berpeluang kenal dan bekerjasama dengan ramai pengkarya yang hebat-hebat. Malah aku rasa aku tak mampu nak ulang lagi benda gila yang aku buat masa tu iaitu kumpulkan lebih 50 orang untuk hasilkan sebuah buku komik!

6. Para pengkaryanya pula, ada yang pada hari ni sudah menjadi pelukis komik mainstream, ada yang sudah menjadi pelukis popular di media sosial, ada yang sudah bekerja dalam bidang animasi, ada yang sudah ada haluan sendiri dalam bidang lain, ada yang sudah tidak aktif melukis kerana fokus dengan kerjaya, ada yang dulunya bujang kini sudah berkahwin dan beranak pinak, ada juga yang sudah pun pergi meninggalkan kita.

7. Kini selepas beberapa tahun berlalu, aku membuat keputusan untuk memberi orang baca secara percuma melalui penceritaan video yang ditambah dengan suara latar, muzik latar dan bunyi efek, memandangkan aku rasa kandungan dalam buku komik ini agak baik, agar manfaatnya dapat sampai kepada lebih ramai orang.

8. Jadi bermula 1 Januari 2020, aku mula publish video komik bab yang pertama iaitu "Misi Mengubah Dunia", dan pada hari ini 22 Jun 2020 aku berjaya publish video komik bab yang ke-56 yakni yang terakhir iaitu "Mimpi Yang Panjang". Kira-kira hampir 6 bulan masa yang diambil untuk aku selesaikan 56 bab video komik dari buku BO:TK (AWAKENING) ini.

9. Oleh itu aku berharap siapa-siapa yang berminat nak baca dan tahu kisah dalam buku komik ini, boleh lah tengok di channel Buasir Otak TV atau klik je playlist Komik Buasir Otak TVini - https://www.youtube.com/playlist?list=PLWkbG14dSjpBgDrNPJbnmv-UMEypADSEy.

10. Akhir kata, kepada semua yang pernah terlibat dalam menghasilkan komik ini dan juga komik-komik Buasir Otak yang lain, sama ada secara langsung atau tidak langsung, walau di mana pun anda berada, walau apa pun yang anda lakukan, saya ingin ucapkan jutaan TERIMA KASIH. Jasa baik kalian semua akan saya kenang hingga akhir hayat.

Prince of Noob


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: buasir otak the komik awakening terima kasih suatu sebuah kenangan terindah 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.