Sabtu, 13 Jun 2020

6 Buasir Otak TV: Permainan zaman dulu VS sekarang

Zaman 80/90-an dulu banyak permainan kanak-kanak/tradisional yang popular terutama di negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia dengan pelbagai nama dan versi tersendiri, antaranya Batu Seremban, Congkak, Konda Kondi, Teng Teng dan sebagainya.

Namun di zaman serba moden dan berteknologi ini, ada di antara permainan lama ini yang masih diwarisi dan dimainkan oleh kanak-kanak masa kini, ada juga yang hanya dimainkan ketika acara sukaneka atau hari keluarga, namun ada yang sudah pun tenggelam dek zaman dan hanya tinggal kenangan sahaja kerana kanak-kanak zaman ini lebih gemar bermain game seperti PUBG, FreeFire, Roblox, Minecraft dan Mobile Legends.

Jom tonton animasi ini.




P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody permainan kanak-kanak zaman jaman dulu dahulu vs sekarang kini


6 ulasan:

  1. Done follow #2805
    tengok budak2 sekarang boring, duk hadap hp je..rindu zman bdk2 dlu, banyak main dgn kwn2

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih. saya nak follow balik ada keluar error pulak, tak pasti kenapa. tapi tulah memang budak2 sekarang asyik hadap hp je, termasuk la mak bapak budak huhu

      Padam
  2. Hp bkn saje jd bdk2 skarang pny mainan, org tua pon sama 😅

    BalasPadam
  3. mengamit kenangan betul..susah dh nk jumpa bdk2 sekarang main permainan tradisional dulu2..emosional btl bila baca entri ni noob..😭😓😞

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe betul tu ted. siapa la nak main permainan2 tradisional ni lagi

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Ads RichPartners