Ahad, 21 Jun 2020

0 Mencari audien sasaran yang tepat bagi Youtuber

1. Kali ni aku nak share sikit tips untuk Youtuber, tapi tak semestinya untuk Youtuber sahaja. Benda ni boleh apply juga pada benda lain seperti bisnes, muzik, filem, komik, buku dan sebagainya.

2. Buat Youtube ni sebenarnya sama macam buat bisnes menjual barang dan perkhidmatan. Channel Youtube dan video-video kita adalah produk kita. Ramai orang nak buat Youtube, tapi strategi dan fokus kurang berkesan. Ini tidak termasuk bagi orang yang buat Youtuber lalu bernasib baik contentnya jadi viral. Jadi aku nak share sikit berdasarkan pengalaman aku sendiri.

3. Bila kita mula buat Youtube, biasanya orang pertama yang kita suruh tengok dan Sub adalah dari kalangan kawan dan keluarga kita. Biasanya mereka akan Sub, tapi mungkin tidak tengok video kita sebab tak minat dengan content kita. Mereka Sub pun atas dasar ikatan keluarga dan kawan. Lagipun volumenya sangat kecil kerana bilangan kawan dan keluarga kita tak lah banyak mana.


4. Seterusnya adalah Youtuber lain. Kita masuk group Youtube dan minta mereka Subscribe channel kita, sebagai balasan kita pun Subscribe channel mereka. Ini yang dipanggil Sub4Sub. Tak salah kita saling support, tapi kena faham kita tak boleh bergantung pada Youtuber lain sahaja untuk support kita.

5. Satu, kerana Youtuber lain mungkin tak minat pun dengan content kita. Kedua, mereka pun menghabiskan banyak masa untuk hasilkan content mereka juga, jadi mereka mungkin tidak dapat luangkan masa untuk tonton content kita. Ketiga, walaupun kita support sesama kita, tapi Youtuber lain tetap pesaing kita. Jadi sebagaimana kita fokus pada Youtube kita, mereka juga fokus pada Youtube mereka. Keempat, volume masih tak banyak. Ratio dia mungkin dari 1,000 orang, hanya seorang sahaja yang buat Youtube.

6. Sama macam kalau kau buat bisnes jual goreng pisang. Takkan kau hanya berharap orang gerai sebelah yang jual karipap untuk beli goreng pisang kau. Atau seorang pembikin filem, takkan kau berharap pada pembikin filem lain untuk tengok filem kau. Atau mungkin kau seorang pelukis komik, takkan kau hanya berharap pelukis komik lain untuk baca komik kau. Mereka sendiri pun ada produk sendiri yang nak dijual.

7. Jadi yang paling penting dalam membuat Youtube, adalah mencari dan menarik audien yang tepat. Orang buat bisnes goreng pisang, perlukan pelanggan yang minat goreng pisang. Orang yang buat filem seram, perlukan penonton yang minat cerita seram. Orang yang buat komik aksi, perlukan pembaca komik yang minat komik aksi. Orang yang buat muzik hip hop, perlukan pendengar muzik yang minat lagu hip hop.

8. Maka macam mana nak cari audien sasaran bagi content Youtube kita? Untuk permulaan, content kita perlu konsisten dengan suatu bidang. Kalau kita buat channel muzik, fokus je buat content berkaitan muzik. Kalau kita buat channel animasi, fokus je buat content animasi. Kalau kita buat channel DIY, fokus je buat content DIY. Kalau kita buat channel komedi, fokus je buat content komedi.

9. Jangan buat content caca marba, sekejap video cover lagu, lepas tu video lukisan, lepas tu video berita, lepas tu video gosip artis, lepas tu pendidikan. Sebab biasanya orang akan Sub channel kita based on minat mereka. Kalau audien yang minat memasak, dia tengok channel kita memang fokus pada masakan, dia akan tertarik untuk Sub. Kalau kejap kita buat memasak, lepas tu menyanyi, lepas tu buat sketsa, lepas tu gaming, mungkin audien tersebut tidak akan berminat nak Sub channel kita, dan Subscriber lain mungkin akan Unsub channel kita bila tengok content kita dah berubah.

10. Satu lagi, promosi. Ramai aku tengok asyik promote channel mereka kat group Youtuber, lepas tu suruh Sub4Sub, view 3 minit jangan skip, jujur amanah apa benda semua tu. Macam aku cakap tadi, bukan tak boleh nak suruh Youtuber lain support, tapi kau tak boleh bergantung harap semata-mata pada Youtuber lain untuk support kau. Kau kena dapatkan audien sasaran yang boleh kekal Sub dan tonton video-video kau.

11. Seperti contoh kalau kau buat content masakan, kau kena join group masakan dan promote channel kau kat situ. Kau buat content komik, kau join group peminat komik dan promote video kat situ. Kau buat content memancing, kau join group pemancing dan promote video kat situ. Kau buat content muzik, kau masuk kat channel muzik orang lain, kau balas komen-komen yang ada kat situ dan ajak dia pergi channel kau. Kita sendiri kena berusaha untuk cari audien sasaran.

12. Dan akhir sekali, buat content yang kita suka dan tahu, dan orang lain juga mungkin suka dan berminat. Kalau kau suka main gitar, cover lagu yang tengah trending. Kalau kau ada suatu ilmu seperti contoh kau sering temuduga orang, buat video tips-tips menghadapi temuduga, benda tu mesti akan ada orang cari. Kalau nak tunggang isu viral pun takpe dengan harapan apabila orang search kat Youtube suatu keyword yang tengah popular, mereka akan terjumpa video kita.

13. Sebagai Youtuber pemula memang macam tu lah, memang banyak do's and don'ts, kena konsisten, kena usaha lebih sikit. Kalau ada rezeki, channel kau meletup. Kalau belum ada rezeki, usaha lagi. Tapi kalau kau selebriti popular, atau channel kau dah at least mencecah 50,000 Subscribers, tips-tips ni semuanya dah tak terpakai sangat dah. Masa tu kau buat content apa pun pasti views kau pasti cecah ribu-ribu jugak.

14. Nak jadi Youtuber berjaya, atau apa-apa jua bidang yang bergantung pada audien, mahu tak mahu kena jadikan kita atau jenama kita popular. Pelukis hebat yang sangat pandai melukis tapi tak ramai Followers, mungkin hanya dapat 10 Likes. Tapi seorang Instafamous popular yang tak pandai melukis, dia lukis orang lidi sekalipun boleh dapat 10,000 Likes.



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: mencari audien sasaran yang tepat bagi youtuber fokus content kandungan 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.