Selasa, 22 September 2026

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Titik Hitam

Rasa pedih bukan aku yang pilih.


Buasir Otak: The Muzik - Titik Hitam
 
Lirik:
 
Aku menjerit kerana sakit
Rasa perit rasa terhimpit
Aku merintih kerana sedih
Rasa pedih bukan aku pilih

Di suatu ketika pernahkah kau rasa
Tak tentu hala seolah gila
Diasak derita dihenyak sengsara
Kelam cahaya berputus asa

Bila kau cuba tak pernah berjaya
Cuma yang ada hanya kecewa
Masa terhenti terkunci sepi
Menelan mati luka sendiri

Kau takkan faham apa yang ku pendam
Titik-titik hitam tak akan terpadam
Hilang suara untuk berkata
Tiada deria untuk merasa

Aku menjerit kerana sakit
Rasa perit rasa terhimpit
Aku merintih kerana sedih
Rasa pedih bukan aku pilih

Aku bertahan kudrat bukan kerana kuat
Aku cuma penat dan tidak larat
Kulit disiat hati dilumat
Diuji berat tidak dirawat

Tak tahu rehat tak kenal darjat
Jiwa yang sesat mengharap terubat
Bila kan tamat fikiran yang jahat
Tidak selamat menunggu akibat

Saat kau jatuh hati kau luluh
Harapan rapuh semangat runtuh
Diam berdiri tak mampu lari
Dari fantasi atau realiti

Aku menjerit kerana sakit
Rasa perit rasa terhimpit
Aku merintih kerana sedih
Rasa pedih bukan aku pilih

Bukan aku pilih

Diri ku musnah kehilangan arah
Jatuh ke bawah tak mampu diluah
Minda ku celaru fikiran ku ragu
Terus ku buntu ditelan waktu

Aku menjerit kerana sakit
Rasa perit rasa terhimpit
Aku merintih kerana sedih
Rasa pedih bukan aku pilih

Aku menjerit kerana sakit
Rasa perit rasa terhimpit
Aku merintih kerana sedih
Rasa pedih bukan aku pilih

Bukan aku pilih
Bukan aku pilih
Bukan aku pilih
Bukan aku yang pilih

Lirik: Prince Of Noob 
Komposer: AI Generated



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single lirik ciptaan sendiri titik hitam
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.