Selasa, 9 Julai 2019

1 Kesilapan apabila mendapat tahu masalah orang lain

Dalam hidup ini banyak perkara baik dan manis yang kita lalui, namun kita juga pasti tidak terlepas dari segala bentuk ujian, masalah, musibah dan sebagainya. Kalau tak kena pada diri kita, mungkin pada orang lain yang dekat atau yang jauh dari diri kita. Jadi dalam menempuh liku-liku kehidupan ini, amat penting untuk kita mempunyai sifat empati dan tidak menyakiti orang lain, agar dunia ini menjadi tempat yang aman dan harmoni untuk kita semua tinggal bersama.


Berikut adalah antara kesilapan yang sering dilakukan oleh segelintir masyarakat kita apabila mendengar masalah dan ujian orang lain.

1. Bersyukur tak kena tempat

Bila ada orang menghadapi kesusahan dan kesukaran, atau meluahkan rasa sedih, kesal, kecewa dan sebagainya, tak salah untuk rasa bersyukur kerana tidak ditimpa ujian sebegitu, namun tidak perlulah bersyukur di depan dia. Hati orang perlu dijaga. Nak bersyukur tu buatlah di dalam hati atau di tempat lain.

Masalah itu bukan suatu pertandingan, masalah siapa yang lagi teruk, masalah siapa yang lagi ringan. Memberi empati dan simpati itu lebih utama dari menyakiti hati orang lain. Cuba kalau hal buruk itu terjadi pada kau, dan orang kata depan kau "Syukurlah nasib baik aku tak kena", apa kau rasa?


2. Hanya bercakap tentang diri kita

Sekali lagi bila ada orang menghadapi kesusahan dan kesukaran, atau meluahkan rasa sedih, kesal, kecewa dan sebagainya, kalau kau tak mampu atau tak mahu nak bantu atau bagi nasihat, cukuplah sekadar dengar sahaja luahan dia. Tak perlu kau nak bandingkan dengan diri kau, lepas tu cakap orang itu tipu hanya kerana hal buruk itu terjadi pada diri kau.

Hidup ini bukan perlumbaan, jadi tak perlulah berlumba-lumba nak buktikan hidup siapa lagi susah siapa lagi senang, msalah siapa lagi teruk kisah siapa lagi OK. Orang lain ada masalah, kita fokuskan pada dia, bukan pada diri kau. Nak cerita pasal masalah kau, lain kali.

Cuba kalau masa kau dalam kesusahan dan perlukan bantuan, orang lain tak peduli dan asyik nak cerita pasal diri mereka sendiri, kau rasa macam mana? Orang tengah sedih, bagi dia ruang, bukan up diri sendiri.


3. Sentap terhadap masalah orang lain

Setiap orang ada masalah tersendiri. Setiap orang ada ujian hidup yang tersendiri. Jadi bila ada orang meluahkan kesusahan dan masalahnya terutama di media sosial, janganlah kita yang takde kaitan dengan orang itu tiba-tiba sentap dan koyak tak tentu pasal.

Janganlah perasan macam semua orang mesti bercakap pasal diri kau. Kau tak terlibat pun dalam masalah dan hidup dia. Kalau luahan dia macam hampir-hampir terkena batang hidung kau sebab sikap kau pun lebih kurang sama teruk seperti apa yang diceritakan, ambil sahaja ia sebagai iktibar.

Siapa makan cili dia terasa pedas. Tak perlu marah-marah, tak perlu bising-bising, tak perlu buat gila. Lagi kau buat gila, dari orang tak tahu pasal kau, tak pasal-pasal terserlah perangai buruk kau.


4. Menambahkan lagi penderitaan

Itu belum lagi bila dengar sahaja penderitaan dan kesedihan orang lain, lagi ditambahnya kesakitan terhadap orang itu. Diketawakan ramai-ramai, dipadankan muka, dihina, dimaki, dicaci, dikutuk dengan pelbagai label dan gelaran yang buruk.

Hidup di dunia ini janganlah buat jahat pada orang lain. Sekali kita buat jahat, pasti orang yang kita sakiti akan berdendam, yang sentiasa mengharapkan balasan buruk dan kecelakaan menimpa kita. Dan sekiranya berlaku musibah dan kesulitan pada diri kita, orang-orang yang kita pernah sakiti ini pasti tidak akan membantu kita malah bergembira dengan segala kesusahan dan kecelakaan yang menimpa kita.

Ya, tidak dinafikan ada juga yang tidak menyimpan dendam, malah mampu memaaf dan melupakan kejahatan yang pernah kita lakukan terhadap mereka, namun bukan mudah untuk berjumpa orang seperti itu, atau pun kita menjadi seperti itu.

Jadi apa yang paling baik sekali, adalah janganlah kita menyakiti orang lain langsung. Tiada orang yang sakit hati bila kita di atas, tiada orang juga yang bersorak gembira bila kita di bawah.


Baca juga artikel berkaitan:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: kesilapan yang dilakukan apabila mendengar terdengar mendapat dapat tahu masalah ujian kesusahan orang lain tiada empati


1 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...