Iklan Leaderboard

Khamis, 11 Mei 2017

1 Mempertahan kesalahan kerana ramai turut buat

Ada satu kisah di mana seorang penjual barangan tiruan yang berjaya di Internet telah ditangkap dan barangan jualannya dirampas oleh pihak berkuasa selepas mendapat laporan daripada pemilik jenama asal produk yang dijual. Dikhabarkan juga terdapat orang yang melaporkan tentang kegiatan tersebut kepada pemilik asal jenama produk lalu mereka bertindak dengan melaporkan kepada pihak berkuasa.

Baca berita sepenuhnya di OhBulan.

Terdapat 2 respon orang ramai terhadap isu ini, satu yang menyokong kepada penahanan itu, satu lagi yang mempertahankan jutawan muda tersebut. Yang menyokong adalah kerana mereka tahu dan peka bahawa apa yang dilakukan adalah salah di sisi undang-undang iaitu menjual barang ciplak atau tiruan tanpa kebenaran dan pengetahuan pemilik asal.

Yang mempertahankan penjual barangan tersebut pula adalah kerana merasakan penahanan tersebut menjatuhkan peniaga Melayu, orang Melayu hasad dengki tak boleh tengok Melayu lain berjaya, ada yang keluar pula hukum agama yang menyatakan jual barang tiruan dari syarikat kafir hukumnya harus, malah ada pula yang membenarkan kegiatan tersebut dengan mengatakan macamlah orang lain tak pernah beli barang tiruan, pakai produk cetak rompak dan sebagainya.

Bukan sahaja mereka mempertahankan kesalahan tersebut, malah mengecam pula orang yang melaporkan aktiviti tersebut. Nampaknya sekarang sudah menjadi trend, whistle blower atau orang yang melaporkan kesalahan dan penipuan orang lain pula yang menjadi mangsa dan disalahkan. Kalau macam inilah gayanya, memang sampai bila-bila lah perkara yang salah akan terus berleluasa.

Isu macam ni bukan benda yang baru. Ia sama macam kes perompak digital yang menjual animasi Didi & Friends, kes orang beli PhD dan guna gelaran Doktor, peniaga jual tudung guna illustrasi orang luar negara tanpa kebenaran dan sebagainya.

Aku sendiri suka tengok orang Melayu berjaya, tapi bukan dengan cara yang salah dan melanggar undang-undang. Kalau orang Melayu jadi kaya dan berjaya kerana hal yang salah seperti menjual barangan tiruan, jual media cetak rompak, ambil kesempatan atas usaha keras orang lain, menipu orang lain, aku takkan sokong, biarlah sejauh mana dia kaya dan berjaya pun.

Kerana apa?

Kerana di sebalik kejayaan mereka, walau ramai orang yang mendapat keuntungan dan kebaikan atasnya, pasti ada orang lain yang menjadi mangsa, ada orang lain ditindas, ada orang lain yang dianiaya dan ada orang lain yang ditipu.

Malah mempertahankan tindakan yang salah hanya kerana orang lain turun melakukan kesalahan tersebut tidak sesekali menjadikan ia suatu yang benar dan baik. Memang benar ramai orang beli barang tiruan, muat turun filem cetak rompak dari Internet, guna karya orang lain tanpa kebenaran untuk mengaut keuntungan sendiri dan sebagainya, namun ia tetap tidak menjustifikasikan yang ia tidak salah.

Sebagai contoh, kau suka tengok filem lucah. Lepas tu Maria Ozawa datang Malaysia, ramai orang lelaki teruja ambil gambar dengan dia dan dengan bangganya muat naik kat Facebook dan Instagram mereka. Bila mereka kena kecam, kau pun bersungguh-sungguh mempertahankan mereka dan cakap, "Eleh macam lah kau tak pernah tengok", "Tak payah nak acah-acah alim sangat" dan sebagainya. Bukan main beria lagi kau mempertahankan benda yang salah hanya kerana kau rasa orang lain pun ada buat hal yang sama.

Ya, sebagai manusia kita tidak lari dari membuat kesalahan, namun mempertahankan benda yang salah itu adalah satu hal yang lain.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: jutawan muda barang produk ciplak tiruan tak original cekup tangkap rad kl afiq kantoi maria ozawa datang malaysia kuala lumpur instagram

1 ulasan:

  1. Bukan ke memang sikap manusia sejak dolu dolu lagi... cari kesalahan dahulu kemudian baru selidik... ;)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...