Rabu, 3 Mei 2017

7 Memoir Seorang Lelaki Nerd: Aku Tahir

Nama aku Tahir.

Aku lahir ke dunia ini lebih kurang 35 tahun yang lepas di sebuah hospital kerajaan di selatan Malaysia. Ayahku seorang pegawai tentera, ibuku pula seorang kakitangan kerajaan berjawatan rendah. Aku adalah anak yang tengah dari 3 orang adik beradik.

Walaupun aku lahir di sebuah negeri di selatan negara, namun semangat kenegerian dan kecintaan terhadap negeri kelahiran aku tidaklah sekuat mana kerana aku membesar di beberapa buah negeri, mengikuti ibu bapaku yang sering bertukar tempat kerja selaku tentera dan penjawat awam.

Illustrasi oleh Deaday.

Aku lahir bukanlah sebagai seorang bangsa Johor, tetapi sebagai seorang anak Johor. Sehingga umur aku 5 tahun, aku sudah berpindah ke Perak. Maka bersekolahlah aku dari tadika sehingga darjah 3, sebelum menetap pula di negeri Selangor selamat 3 tahun sehingga darjah 6.

Masuk sekolah menengah, keluargaku berpindah ke Negeri Sembilan pula, tetapi aku menetap di sebuah sekolah berasrama penuh di negeri Pahang selama 5 tahun dari tingkatan 1 sehinggalah tingkatan 5. Kembali pula ke Johor selama 4 tahun untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Ketika di sekolah menengah dan juga universiti, aku berkawan dengan ramai orang dari pelbagai kaum dan negeri.

Tamat sahaja pengajian, aku menetap di negeri Selangor dan mula bekerja di sini selama 5 tahun, dan kini di Kuala Lumpur pula tempatku mencari rezeki. Tidak lama kemudian, negeri Kelantan dan Terengganu menjadi kampung halamanku yang kedua.

Maka andai ditanya aku berasal dari mana, aku lebih selesa berkata aku berasal dari Malaysia. Jika aku perlu sebut juga nama negeri, maka aku perlu ceritakan salasilah aku dari aku lahir sehingga kini, kerana setiap negeri yang aku membesar di dalamnya bagi aku punya memori pahit dan indah yang tersendiri, dan aku tak mahu mengabaikan setiap satunya.

Mungkin kerana pengalaman aku membesar di banyak negeri dan bercampur dengan pelbagai jenis lapisan masyarakat membuatkan aku boleh bergaul dan berkawan dengan ramai orang tidak mengira agama, bangsa, ideologi, status, darjat, pekerjaan, minat dan sebagainya walaupun di sisi gelapnya aku mempunyai sifat introvert yang agak tebal dalam diri.

Dan mungkin kerana itu juga membuatkan aku cukup benci dengan sikap kenegerian, perkauman dan terlalu taksub terhadap sesuatu.

Sekian coretan pendek tentang diri aku. Selepas ini aku akan menulis beberapa catatan memoir yang masih aku mampu ingat dalam ingatanku...

Kenangan masa kecilku, pengalamanku dengan orang perempuan, perkara yang terpahat dalam memori yang tidak mungkin aku lupakan dan sebagainya.


Siri Memoir Seorang Lelaki Nerd:


7 ulasan:

  1. Oh, ini cerita pasal diri ko ke nooob,pasal ko pernah cherita dulu yg ko dari kecil hidup pindah randah



    PrOoTt💨💨💦 dmuka seriously

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam aku dah tulis kat prolog tu, cerita ni fiksyen tapi diambil inspirasi dari pengalaman aku, so mungkin 10% je yang ada kaitan dengan diri aku, selebihnya rekaan semata2.

      Padam
  2. Kes aku pulak kalau orang tanya asal mana, apa aku nak jawab?

    1) Lahir kat Taif, Arab Saudi.
    2) Mak dan ayah keturunan Melayu Patani. Asal dari sana tapi kami sekarang menetap di Malaysia. Bila raya kami balik sana.
    2) Sekolah rendah di Kelantan 6 tahun.
    3) Sekolah menengah rendah di Kelantan juga 3 tahun.
    4) Sekolah menengah atas di Perlis 2 tahun.
    5) Masuk U di Johor 2 tahun.
    6) Kemudian di Selangor 3 tahun.
    7) Sekarang dah 9 tahun kerja di Selangor.

    Member mat saleh aku bagitau aku ni asal arab saudi sebab lahir kat sana. Bagi diaorang asal tu mengikut tempat lahir. Diaorang panggil aku orang arab lagi! Padahal aku tak pandai cakap arab. Baca Quran tu boleh la paham sikit2, kena tengok terjemahan jugak.

    Orang Kelantan tempat tinggal aku dulu panggil aku orang siam. This is nonsense. Kalau diorang refer siam tu keturunan, memang salah 100 peratus sebab mak ayah aku Melayu Patani bukan siam. Member dari dari Kedah panggil aku orang Patani. Yang ni aku rasa make sense. Aku boleh la cakap Thai dan paham sikit2.

    Orang KL dan Selangor pulak panggil aku orang Kelantan. Member tempat kerja aku pulak syak aku Orang Jawa sebab muka aku mirip orang Indonesia.
    So, aku asal mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya ko asal dari nepall...😁😂😃😄😅😆😉😊☺😜😝🐵🙈🙉🙊🐒

      Padam
    2. Tengok ko warganegara apa kat IC. Kalau tak, bagitau je kita semua berasal dari mani.

      Padam
    3. Sibuk je la ko ni. Noob citer psl diri dia ko pun sibuk nak citer psl diri ko. Peduli apa aku ko lahir dkt mana..

      Padam
    4. Wei Tanpa Nama 4 Mei 2:32 ptg,

      Noob relaks je reply aku punya comment, kau pulak yang stress. Apa masalah kau ni

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.