Iklan Leaderboard

Selasa, 9 Mei 2017

0 Kebodohan dan kejahatan wujud tidak kenal kaum

Sesungguhnya kebodohan dan kejahatan manusia itu wujud tidak mengenal kaum, agama, keturunan dan warna kulit.

Namun andai kita turut sama bergaduh sehingga rosak tali persahabatan yang telah lama kita bina hanya disebabkan kebodohan orang lain, maka tiada bezalah kita dengan orang yang bodoh itu.
Orang Melayu yang bodoh, hanya orang itu yang bodoh. Ramai orang Melayu tak sokong dan mengiktiraf pun kebodohan dia walau sebangsa.

Orang Cina yang bodoh, hanya orang itu yang bodoh. Aku percaya ramai juga orang Cina yang tak sokong dan mengiktiraf pun kebodohan dia walau sebangsa.

Orang India yang bodoh, hanya orang itu yang bodoh. Aku percaya ada ramai juga orang India yang tak sokong dan mengiktiraf pun kebodohan dia walau sebangsa.

Malah yang bodoh itu kadangkala seorang dua, kenapa dijadikan kebodohan itu sebagai mewakili sesuatu kaum dan agama? Ramai je orang yang baik dan bijak pandai yang tak melalukan kebodohan itu, tapi kebodohan yang satu ini yang dicanang-canang sebagai wakil kaum.

Lagipun orang yang melakukan kebodohan yang kita jumpa dan tahu melalui media sosial ni selalunya kita tak kenal pun, bukan kawan kita pun, malah kita tak berada pun di tempat kejadian, tak pasal-pasal kita nak beria-ia gaduh bagai dengan orang kaum lain yang juga takde kaitan pun dengan kejadian tersebut.

Bodoh dan buang masa.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: kebodohan kejahatan bodoh jahat tak kira kaum agama bangsa warna kulit keturunan gaduh perkauman media sosial 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...