Iklan Leaderboard

Selasa, 2 Mei 2017

3 Tidak mudah menjadi seorang Fattah Amin

Fattah Amin.

Beliau seorang pelakon drama. Juga seorang pelakon filem. Kemudian menjadi model dan duta produk. Kemudian seorang penyanyi. Kemudian seorang usahawan. Kemudian seorang penulis buku kata-kata mutiara. Kini penulis buku novel pula. Kemudian mahu terbitkan drama sendiri pula. Mana tahu selepas ini beliau keluarkan komik pula, atau juga animasi Fattah Amin, siapa tahu?


Di sebalik kecaman ramai orang terhadap beliau, beliau tak peduli dan terus kembangkan sayapnya dalam pelbagai bidang. Malah buku kata-kata mutiara yang juga penuh dengan gambarnya iaitu 99 Kata-Kata #QalifModen walaupun dikritik ramai di media sosial, namun ia tetap menjadi buku Paling Popular di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017.

Aku bukanlah nak bercakap sangat pasal Fattah Amin, lagipun aku pun bukannya peminat ataupun haters dia, cuma aku agak kagun dengan dia sebab mengambil peluang untuk ceburi bermacam bidang dalam industri seni kreatif, walaupun ada kalanya beliau sering menjadi cemuhan netizen di media sosial.

Sejujurnya aku sebenarnya macam dia juga ada impian nak teroka pelbagai bidang dan cabang seni kreatif. Bermula dengan blog, aku ceburi bidang komik pula. Lepas tu aku cadang nak buat buku puisi pula. Lepas tu nak tulis novel juga. Aku teringin juga nak buat muzik walaupun tak pandai main instrumen dan suara tak sedap. Tak lupa nak juga buat video kat Youtube.

Cuma tulah, aku bukan seorang selebriti, tak popular macam Fattah Amin. Takde personaliti macam dia juga. Masa pun tak banyak nak buat macam-macam. Duit pun tak banyak untuk keluar modal. Kalau dah popular dan banyak duit, rancang je nak buat apa, nak keluarkan apa, mesti boleh jalan walaupun dapat kritikan hebat sebab ramai peminat akan beli dan sokong, malah ramai orang akan bantu untuk jadikan ia kenyataan.


Malah kadang-kadang kita tak perlu cari orang, tapi orang yang akan cari kita nak terbitkan buku untuk kita, nak ambil kita jadi duta produk, ambil kita nak joint-venture buat projek dan macam-macam lagi.

Nampaknya aku terpaksa perlu lupakan jelah cita-cita dan impian aku dan jalani sahaja realiti kehidupan macam biasa. Mungkin bidang seni kreatif ini bukanlah untuk aku. Apa yang sempat aku buat, aku buat. Kalau tak, biar jelah terkubur dalam ingatan.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: buku fattah amin 99 kata-kata hikmah mutiara qalif moden lancar novel buku paling popular pbakl 2017 nealofa lofattah

3 ulasan:

  1. Aku bukan peminat fattah amin ni. Drama2 dan filem2 dia pun aku tak pernah layan.

    Cuma bagi aku dia bijak menggunakan peluang yg ada sementara dia tengah berada di puncak populariti yg dia kecapi skrg ni.

    Kalau dah suam2 kuku baru nak terbit buku atau novel atau apa2 sajalah, memang tak akan laku la...

    BalasPadam
  2. Ada masanya kita kena akur bkn semuaya menjadii..novel mamat nii syok sendiri jerr..dah macham meon dah patah amin nii...😸😸😹😿👻

    BalasPadam
  3. Meleis, gitulah noob. Jadi apa pun susah nak cari makan. Jadi CEO pun susah, jadi petani pun susah. Duduk dlm hutan pun susah. Jadi taik lagi susah. Bangsa meleis ni jenis baru nak up. Lain la bangsa yg dah established, derang x amik port pun ko nak jadi haper, yg penting diri sendiri kene rajin membaca, kuasai berbagai ilmu utk mencari rezeki kemudian hari.

    Meleis ni ramainya xder kerje. Ada kerje pun, wing bagi org len buat. Sbb tu terlebih sibuk banyak cipta gossip, kelebek abes peribadi org lain. Cari kerja yg sia2 utk syok sendiri, sakitkan hati org, mcm la dpt rezeki dari kerja2 gini. Cemburu hasad kuat sgt dgn usaha dan rezeki org. Rezeki sendiri xdipedulikan pun. Walhal yg Tuhan nak tanya nanti adalah hal rezeki sendiri, bukan tuhan nak tanya hal rezeki org len pun.

    Dah beratus tahun dah Meleis begini, tak sedar2 malah semakin galak dan syiok sendiri lagik haa, jangan harap la nak berubah. Apa boleh buat, marilah kita menjaga akhlak sendiri.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...