Khamis, 19 Mac 2015

30 Adakah produk 1Malaysia benar2 mesra rakyat?

Tengah dok makan kuey tiaow tengah hari tadi sambal peluh menitik tengah cuaca panas ni, bukak la portal berita online di smart fon. Itu je la sumber berita yang saya suka baca sekarang ni. Sebab berita di tv lambat, dan ditapis mengikut sedap rasa. Itu pun portal berita ni kena hati2 tak boleh baca headline je. Kena baca betul2 takut kang ada berita yang spin. Satu tajuk yang mengangkat bulu kening saya ialah ini:

Simkad Rakyat 1Malaysia dilancar

Sumber gambar
Putrajaya: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek hari ini melancarkan Simkad Rakyat 1Malaysia (SR1M) bagi membantu golongan berpendapatan rendah, sederhana dan pelajar mengurangkan perbelanjaan ke atas penggunaan telekomunikasi.

Kad sim berkenaan adalah inisiatif syarikat swasta sepenuhnya tanpa sebarang pembiayaan atau insentif berbentuk kewangan daripada kerajaan dan diusahakan syarikat Optic Tech Sdn Bhd bekerjasama dengan penyedia rangkaian mudah alih, U-Mobile Sdn Bhd (U Mobile).

Hasan berkata, menerusi SR1M itu, pengguna dapat menikmati perkhidmatan setanding jenama lain pada harga berpatutan dan murah.

"Malah, ia menambah kepelbagaian kepada produk 1Malaysia dan membuka akses golongan berpendapatan rendah kepada dunia telekomunikasi yang lebih canggih.

"Kewujudkan SR1M ini bukan untuk menambah persaingan dalam industri penyedia rangkaian mudah alih tetapi, alternatif bagi mereka memerlukan telefon bimbit sebagai alat perhubungan utama kepada golongan berpendapat rendah, sederhana dan pelajar,"
katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran SR1M di sini, hari ini.

Pek peRMulaan SR1M ditawarkan pada harga RM5.90 setiap kad sim dan dibekalkan dengan kredit percuma beserta 150 megabait (MB) akses internet.

Pengguna akan dicaj 8 sen bagi setiap 30 saat panggilan, 8 sen bagi setiap SMS dan 5 sen bagi setiap MB data yang dimuat turun.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/37339

Boleh juga baca info di website Amanz : http://amanz.my/2015/03/sr1m-sim-kad-rakyat-1malaysia-dilancarkan-secara-rasmi/

Saya tak nak buat perbandingan antara plan2 simkad yang lain. Kalau korang nak banding jugak boleh banding kat sini :


Dan sini : http://www.sr1m.com.my/

Point yang saya ingin ketengahkan di sini ialah :
  1. Menteri buat kenyataan yang ini langkah untuk “mempelbagaikan” lagi produk 1Malaysia.
  2. Nak tolong golongan pendapatan rendah kepada dunia telekomunikasi yang lebih canggih
  3. Alternatif kepada yang perlukan telefon bimbit sebab kepada golongan miskin dan pelajar (saya kata miskin sebab golongan pendapatan tengah pun cukup makan je, yang rendah = miskin. Simpel.)
  4. Inisiatif syarikat swasta tanpa insentif daripada kerajaan.

Kepada saya ada banyak benda yang tak kena di sini. Pertama sekali produk 1Malaysia tu. Kenapa nak mempelbagaikan lagi produk2 1Malaysia ni? Dengan kepelbagaian produk 1Malaysia, adakah Malaysia semakin maju? Adakah golongan yang miskin akan keluar dari kelompok kemiskinan? Adakah kita dapat pasarkan produk2 1Malaysia sekaligus menambahkan pendapatan negara? Dan kalau kita tukar PM, nanti produk2 ni terkubur ke?

Baca lagi tentang produk 1Malaysia di sini :

http://buasirotak.blogspot.com/2012/05/1malaysia-semakin-tidak-masuk-akal.html
http://buasirotak.blogspot.com/2013/06/jangan-jadikan-1malaysia-sebagai-cap.html

Kedua, nak tolong orang2 miskin akses dunia teknologi. Kalau nak tolong dengan ikhlas, macam2 cara lagi yang boleh buat. Tapi kalau saya senaraikan langkah2 tersebut, kesemuanya tidak akan menguntungkan kerajaan. Malah kerajaan perlu keluarkan bajet yang tidak akan dapat pulangan selain kemajuan yang dapat dinikmati rakyat. Kira untung la. Kerajaan akan dapat undi di PRU seterusnya. Tapi tak dapat balik duit la.

Contoh macam jambatan pulau pinang waktu mula2 dibuat dulu. Kerajaan takkan dapat apa2. Tol dapat la tapi waktu tu entah bila nak pulang modal. Yang penting waktu tu, nak tolong rakyat2 senang nak seberang laut. Kalau harapkan feri, jenuh menunggu wei. Mungkin ada yang kata "Ala projek tu dapat kat kroni2 diaorang jugak". Habis tu, kau lagi suka ke projek yang tak dapat bantu rakyat sangat tapi dapat jugak ke kroni diaorang? Dan kalau dapat kat kroni tapi hasil bagus? Kira macam korang kasi kerja tapi kasi adik beradik dulu tolong buat. Tak ke kroni tu? Tolong la pandai sikit guna ayat "kroni".

Ketiga, alternative kepada yang perlukan telefon bimbit? Kalau nak tolong orang dapatkan telefon bimbit, saya rasa simkad yang harga RM10 dengan RM5.90…. takde beza banyak sangat kot. Memang kepada orang miskin RM5 tu banyak bezanya. Cukup untuk beli daging 250g, ikan pasar malam sepinggan. Tapi kalau tak fikir pasal harga telefon yang perlu mereka beli baru simkad tu boleh dipakai, saya tak nampak sangat alternatifnya di situ.

Keempat, menteri kata projek ni tanpa insentif kerajaan. Inisiatif syarikat swasta semata. Dia beri kenyataan seolah2 takut orang kata, nilah kerajaan. Suka sangat kaut duit rakyat. Tapi kalau dah nama 1Malaysia tu, takkan tak ada kena mengena kot. Yang handle projek tu semua siapa? Kena tengok jugak. Takkan tak ada langsung orang2 yang berkepentingan kot dalam projek ni? Kalau nak kira inisiatif, saya rasa lagi ramai anak2 muda kita yang ada inisiatif2 yang dapat membantu rakyat. Pihak pembangkang pun mesti ada inisiatif yang membantu rakyat. Tolong lah jujur sikit. Nak bantu pun ikhlas sikit.

Teringat saya kepada masa saya ke Maxis centre. Saya pakai prepaid. Salesman tu tanya, pakai prepaid ke postpaid? Dia kata kalau pakai postpaid lagi murah lagi jimat. Saya tanya dia, kalau korang nak tolong semua orang jimat = korang rugi. Kenapa korang beria sangat nak rugi? Senyap. Takleh jawab. Baik kau berenti jadi salesman, masuk MLM lagi baik la. Sekurangnya dapat belajar spin fakta semua orang.


30 ulasan:

  1. Bha Noob...

    Hahaha... 1Malaysia kena con .... Kena scam ... Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni bukan aku tulis tapi penulis baru

      Padam
    2. Ala C++ ni kondem barang org je. Suka hati la dia nak buat produk 1Malaysia ke 1Rosmah ke. Kau tak suka jgn guna. Sibuk je. Kaukan pengintip kau tak payah susah susah la. Teori kau pun banyak yg ke laut. Sembang lebat

      Padam
  2. Bagus penulis yg mcm ni...bukan level macai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh kalau bukan macai penulisan nya bagus la. Apa punya sintisis da. Tak semestinya bukan macai penulisan nya bagus. Kadang kala kena la bagi macai macai thumbs up kalau penulisan nya bagus juga.
      Kau suka baca yg bukan macai je macam mana kau nak dapat maklumat yg tepat.
      Tengok aku ni walaupun macai aku baca semua. Barula aku boleh pilih fakta dgn auta. Kadang kala yg bukan macai tulis pun penuh dgn fitnah n adu domba.

      Padam
    2. Bagus. Macam ni la macai yang Malaysia perlukan. Cume aku nak tambah sket. Kau cucuk tali kat idung kau dan biar Rosmah & Co tarik ko ke hulu ke hilir. Bodoh macam lembu Shahrizat kah kah kah...!

      Padam
  3. Alah si Benz Alif Malik ni posting pertama kat sini dah pandai nak komen itu tak bagus ini tak bagus. Macam la kau tu bagus sangat. Cuba cuba la bawa berfikiran terbuka sikit. Semua benda nak kondem. Apa pulak sumbangan kau pada negara ni?
    Produk tu kan utk org susah biarlah mereka pilih kalau dia org rasa itu yg terbaik utk dia. Kalau dia org tak suka tak payah guna la. Bukan susah pun. Yang kau sakit hati dgn sim kad satu malaysia tu kenapa? Adalah lebih bagus kau bagi cadangan plan mana yg terbaik sekali utk rakyat Malaysia ni. Atau kau sendiri buka syarikat telco bagi percuma simkad kat org ramai. Sembang lebat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau tak rasa si Hasan Malek ni jadi jurucakap untuk U-mobile ke? Tak kan la cakap percuma saja untuk wakilkan syarikat/pemodal? Ye tak? Salam.

      Padam
    2. Hasan Malek promote tentu la ade orang hulur bawah meja! Sape tak caye die macai lembu bodoh bertingkat2 macam kodominium Shahrizat haha...!

      Padam
  4. Ini semua salah Proton dan UMNO-BN!

    BalasPadam
  5. Sebelum tu, saya sebagai warga kelas berpendapatan rendah, saya takda rasa keperluan untuk menggunakan SR1M ni. Bandingkan rate dia dengan telco lain, saya tak nampak pun penjimatan dengan gunakan sim kad ni. Bahkan, ada sesetengah rate, saya rasa lebih rugi bila gunakan sim kad ni.

    Kalau betul nak tolong orang susah, patutnya ada pakej yang topup RM10 sekali boleh tahan setahun kredit tu. Itu baru betul, sebab orang susah macam saya ni jarang-jarang buat call. Kalau call pun kejap-kejap je pasal nak jimat.

    BalasPadam
  6. Teringat cerita kingsman the secret service bila si Richmond Valentine melancarkan simcard percuma kemudian bagi dekat orang ramai. Tujuannya adalah untuk menhapuskan populasi manusia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sumpah tak tanye pon...!

      Padam
    2. Aku menyampah btol tengok komen mcm ni. Nak kena tanya dulu ke baru boleh bagitau? Ade aku tanya ko ada tanya ke tak??

      Padam
    3. Ade kimak muke ala2 beruang kiut meroyan sudah...! Sumpah tak kisah pon...!

      Padam
  7. tak silap aku SR1M ni bawah clixster mobile,tapi skrg clixster mcm haram jadah,sim yg lame kene tukar baru,sebb dulu clixster mengunakan line Digi,skrg bertukar ker Umobile.dan paling haram jadahnya ak sebagai penjual Sim kad clixster kene tukar semua simkad lame kepada baru,dan sampai sekarang xde maklumbalas,kalau setakat dua tiga simkad takpe lagi,ak ade lebih kurang 300 lebih....mmg mcm Haramjadah..
    dan sistem DMS deme dah bertukar byk kali,dan kali ni ak xdapat nak log masuk....lanjioo sungguh.

    https://myangkasa.clixster.net/index.php

    -Petai

    BalasPadam
    Balasan
    1. lagi satu.. syarikat Optic Tech Sdn Bhd tu adalah clixster kimak..

      klik sini : http://www.sr1m.com.my/

      scroll bawah skali klik www.optictech.com.my diakan ke clixster kimak tu..

      Padam
    2. So kesimpulannya Hasan Malek ni kimak jugak la sb promote brand kimak ek? Kimak mane la yg pangkah Hasan Malek kimak ni ek? Hmm...

      Padam
  8. nak mesra rakyat pakai kad mesra la..

    BalasPadam
  9. Ia adalah satu pilihan.

    BalasPadam
  10. kalau betul2 ikhlas nak tolong rakyat xperlu la nak buat macam ni...company atas company..clixter>u mobile..patut kena check balik service n charged telco yang beso2 tu setimpal x dengan bayaran yang user bayar...oh wai malaysia ada minister yang macam ni..dulu launching produk scam MLM...sekarang launching benda ni pulok...xlama dee bende ni bertahan...

    BalasPadam
  11. haha...baek betul jadi juru cakap MLM, brape banyak masyuk datok dalam poket?...https://www.youtube.com/watch?v=FZBdb219kNQ

    BalasPadam
  12. teringat plak cite kingsman. haha..

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak darjah 4 sekolah mana ni? kene dende tulis kat blog no 1-1000. Haha..

      Padam
  14. 1Malaysia = Mesra Rakyat = Duit Masyuk la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1MDB = 1 Malaysia Dah Bangkrap...!

      Padam
  15. Nice article from a new writer...
    Nub... Kw nak sebarkan rangkaian network guna freelance writers ke???

    Or ni just nak tolong bagi exposure utk penulis lain yang baru nak up...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pernah tulis dulu, kalau siapa2 ada nak menulis artikel yang bagus dan sesuai untuk dimasukkan dalam blog ini, boleh hantar kepada aku. kalau penulisan korang bagus dan kena dengan konsep blog ini, aku akan add jadi penulis jemputan. so selain daripada bagi exposure, aku bagi peluang kepada orang lain untuk memberi pendapat dan pandangan mereka sendiri mengenai apa2 topik yang berkaitan dalam negara kita.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.