Rabu, 11 Mac 2015

26 Bro Code: Etika perhubungan sesama kaum lelaki

Satu perbezaan antara lelaki dan perempuan adalah orang perempuan tidak mempunyai semangat setiakawan setinggi orang lelaki. Perasaan suka bersaing sehingga ke tahap dengki dan cemburu sering berlaku walaupun sesama rakan sekolah, rakan serumah, rakan sepejabat, rakan Facebook, mahupun dengan sahabat baik sendiri. Berbeza dengan orang lelaki yang mempunyai keperluan dan daya fikiran yang hampir serupa sesama mereka menyebabkan mereka lebih mudah bertoleransi, bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain, lalu terwujudlah terma Brotherhood dan Bro Code.


Aku tak pernah jadi perempuan so aku tak tau macam mana pergaulan dan perhubungan antara kawan sesama perempuan macam mana, tapi yang aku tahu dari kawan2 perempuan aku serta yang aku dapat rumuskan daripada pemerhatian aku, biasanya hubungan kawan orang perempuan dengan orang perempuan ni complicated sikit sampai kadang2 benda kecik pun boleh emosi dan makan dalam, sebab tu biasa orang perempuan lebih utamakan kekasih dari sahabat perempuan mereka sendiri, lagipun mereka perlukan lelaki untuk menjadi pelindung dan tempat untuk peroleh perhatian.

Orang lelaki pula sebaliknya, mereka menganggap hubungan dengan perempuan ni complicated, lebih2 lagi kalau orang perempuan tu jenis susah nak faham perangai dan minat lelaki tu, sebab tu diorang lebih senang kongsi minat dan masalah dengan sahabat lelaki. Bagi diorang hanya lelaki yang memahami masalah lelaki lain. Sebab itu dalam kebanyakan hal, orang lelaki lebih utamakan sahabat daripada kekasih. Terdapat perumpamaan yang orang lelaki mencari perempuan bila mereka perlu sahaja, manakala perempuan mencari lelaki kerana mereka memang perlukan lelaki.

Dalam budaya popular masakini, Bro Code merujuk kepada etika yang perlu diikuti oleh kaum lelaki. Istilah ini dipopularkan oleh Barney Stinson, salah satu pelakon drama sitkom How I Met Your Mother. Kebiasaannya hubungan seorang lelaki dengan sahabat lelakinya mengikut kod dan etika ini walaupun tanpa mereka sendiri sedari. Berikut adalah antara bro code bagi lelaki Malaysia tipikal yang dipetik dari portal Hitz.fm:

1. Seorang bro tidak memberitahu bro yang lain yang "Aku rindukan kau".


Tapi kalau aku rindukan kau, aku akan ajak kau untuk lepak kedai mamak.


2. Jika bro terlupa untuk log out daripada Facebook, Twitter atau Instagram dia, anda mesti menulis tweet/status atau post gambar yang bangang untuk mengenakannya.


MUAHAHAHAHAHAHAHAHA


3. Seorang bro tidak akan menyentuh rambut bro yang lain.



4. Seorang bro hendaklah sentiasa menawarkan bro yang lain untuk memandu uji kereta dan motosikal barunya.



5. Seorang bro tidak mempersoalkan bro lain yang tidak mengucap selamat hari lahir pada hari lahirnya.


Walaupun, anda mungkin merasa sedikit sedih kerana bro anda terlupa mengenainya.


6. Seorang bro harus menghubungi dan mengajak bro yang lain keluar untuk menenangkan fikiran jika mereka mendapat tahu yang bro anda baru sahaja berpisah dengan pasangannya.


Aku sentiasa berada di sini untuk kau, bro.


7. Seorang bro semudah2 membuat panggilan video atau video call dengan bro yang lain.


Serius, tidak.


8. Jika teman wanita atau isteri bro anda menelefon atau menghantar mesej secara tiba2, JANGAN TERUS BALAS atau JAWAB PANGGILAN.


Sentiasa check dulu dengan bro anda terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan menjawab atau membalas panggilan atau mesej.


9. Seorang bro hendaklah sentiasa menukar kembali setting stesen radio kembali kepada asal selepas anda meminjam keretanya.



10. Seorang bro tidak akan membuat hubungan dengan bekas kekasih/isteri bro yang lain.


Itu sangat  sensitif.

Dan yang terakhir juga...

Seorang bro tidak akan memegang tangan bro yang lain tanpa sebarang sebab musabab yang penting.


Melainkan anda seorang warga Bangladesh.




tags: bro code brotherhood bros before hoes persaudaraan hubungan lelaki sesama lelaki wanita sama jantina kawan sahabat baik teman baik akrab kenapa orang bangla bangladesh suka pegang tangan

26 ulasan:

  1. Balasan
    1. Maksud dia bro dengan bro kalau dah betul2 ngam dia x kisah punya kalau member dia kenakan diorang.

      Padam
  2. Zaman sekarang lelaki pegang tangan lelaki dah jadi macam janggal walhal itulah amalan para sahabat dan Rasulullah SAW. Diriwayatkan yang Rasulullah SAW pernah berjalan-jalan di pasar dgn Saidina Umar Al Khattab sambil berpegangan tangan. Tapi zaman sekarang kita dah tak pakai semua tu..... kita nampak yg buruk jer... hmm...

    BalasPadam
  3. Shrek is love,Shrek is life11 Mac 2015 pada 8:47 PG

    aku ada buku the bro code by barney stinson sama mcm yg dlm tv. ada +150kod semuanya.sapa2 nak copy boleh p.m aku

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shrek is love,Shrek is life11 Mac 2015 pada 8:49 PG

      sekarang dlm usaha cari the playbook tp masih x jumpa kedai yg jual. kl sapa2 yg ada beritahulah aku nak pinjam buat fotostet

      Padam
    2. Bro Pm satu bro...

      For research purposes hehehe

      Padam
    3. Bro Pm satu bro...

      For research purposes hehehe

      Padam
  4. Barney Stinson, satu watak yg dimainkan oleh Neil Patrick Harris, seorang gay.

    Baguslah tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. seorang gay mencipta ayat bro code. mindblown!!

      Padam
  5. Shrek is love,Shrek is life11 Mac 2015 pada 9:13 PG

    aku x nampak seorang lelaki usa yg tinggal beribu batu dr ko memberi masalah. ke ko dah kena liwat dgn neil

    BalasPadam
  6. Pebenda ni.. Aku xpaham la..

    BalasPadam
  7. fakta y noob explain tu mmg sy setuju..
    Plus sy seorg wanita

    BalasPadam
  8. Aku ada digital copy buku penuh Bro Code oleh Barney Stinson.

    Konsep yg nak diterapkan ialah ikatan brotherhood sesama kawan lelaki. Yang ada komen pegi petik soal gay dan NPH hape semua apakah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. brotherhood pekejadahnye dah laki gay yang buat. poyo je. dia gay..mana ada perasaan brotherhood yang dia maksudkan tu. dia dgr citer org dan tgk kawan2 laki dia je. lepas tu main tala belakang masing2.

      Padam
    2. Shrek is love,Shrek is life11 Mac 2015 pada 7:19 PTG

      bodo gila tanpa nama ni. yg tulis buku tu bukannya barney stinson/neil patrick/mamat gay berkenaan.pihak produksi HIMYM yg tulis.saja je dia letak by barney stinson agar mewujudkan suasana realiti (acah-acah HIMYM tu realla kononnya)yg ko terlebih poyo ni kenapa?ko gay jugak ke?

      Padam
    3. Apesal sentap Shrek? Ke ko pun gay? Kah kah kah...!

      Padam
  9. weh, kelakar doh. cer buat yg pompuan pulak weh

    BalasPadam
  10. Comel je baca entri ni.. hehe.. kelakar pun ada.. nice entri..

    BalasPadam
  11. http://pdfsr.com/pdf/the-official-bro-code

    BalasPadam
  12. Bkn sj warga bangla, pakistan pun sama. Itu budaya mereka, menunjukan keakrapan.sahabat kamcim..

    BalasPadam
  13. Baru tahu code no 8 tu, ciss... Hahaha

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.