Memaparkan catatan dengan label Lucu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lucu. Papar semua catatan

Rabu, 26 Februari 2020

0 Bukan mudah untuk menghasilkan konten lawak

1. Sudah lebih kurang 6 bulan saya buat channel Youtube Buasir Otak TV. Syukur Alhamdulillah, pencapaian setakat ini sudah berjaya memperolehi 2,000,000 Views, 8,000 Subscribers dan 90 Video. Terima kasih kepada semua yang sudi bantu dan sokong selama ini dengan Subscribe, View, Like dan Share.

2. Imbas kembali, masa awal-awal buat channel dulu susah juga nak naik, tapi tak disangka-sangka video ke 41 iaitu sketsa animasi tentang "Kisah di sebalik lagu Hutang" tiba-tiba meletup ramai orang tonton, mungkin sebab masa tu lagu Hutang nyanyian Floor 88 tengah popular, jadi bila orang buat carian lagu tu kat Youtube, video saya akan terselit sekali.



Selasa, 19 Februari 2019

3 Rupa pelik janggut bila dilihat dari bawah

Kita biasa melihat wajah lelaki yang mempunyai janggut dan jambang yang lebat. Namun cuba bayangkan pula bagaimana rupa janggut jika dilihat dari bawah?

Boleh kata pelik, kelakar, dan juga menyeramkan sampai terbawa-bawa dalam mimpi.



Sabtu, 6 Oktober 2018

6 Video perkahwinan tular yang luar dari kebiasaan

Tular sudah video perkahwinan pasangan mempelai Hadi dan Farah yang dilihat sebagai terlalu amatur dan tidak profesional kerana mengandungi elemen-elemen luar kebiasaan video perkahwinan seperti ikon Whatsapp dan Twitter, animasi yang pelik-pelik seperti roket terbang, 3D word art kat sana sini, kartun Mickey Mouse, motor atas bumbung, diiringi lagu Metallica dan lain-lain lagu putus cinta dan sedih yang sangat tidak sesuai dan menjengkelkan.



Isnin, 19 September 2016

12 Dengan kuasa wanita akan menghukumku!

Hari tu jadi wedding photographer untuk perkahwinan pelakon Saharul Ridzwan dengan pasangannya Qaabila Deena Emir. Tengah aku syok-syok ambil gambar ada pula orang rakam gambar aku. Mungkin kerana tidak tahan dengan ketampanan wajahku, ramai gadis-gadis Melayu viralkan aku di Twitter. Kuasa wanita katanya...

Tapi nasib baiklah gambar aku dalam ni blur, harap diorang tak cam sangat dan tak jumpalah akaun media sosial aku. Aku tak nak famous-famous ni. Rasa rimaslah dikelilingi gadis-gadis ni.



Rabu, 23 Disember 2015

5 Teknologi yang boleh membaca fikiran manusia

Perasan tak bila kita taip kat enjin carian Google, kadang2 baru taip 3 4 huruf dia dah bagitau perkataan apa yang kita nak taip? Ya betapa canggihnya teknologi kita yang ada pada hari ini sehingga boleh baca fikiran kita dan tahu apa yang kita mahu taip dan cari di Internet. Mungkin lepas ini kita tidak perlu taip pun lagi kerana komputer sudah tahu niat kita dan terus carikan maklumat untuk kita.

Selasa, 17 November 2015

9 Kalau aku bukan, kau pun bukan, habis tu siapa?

Hujung minggu baru2 ini aku ada buat komik lawak saja2 dan minta rakan2 Fesbuk untuk sumbangkan idea dialog apa yang sesuai untuk dimasukkan dalam komik tersebut dan 5 idea terbaik akan aku gunakan dalam komik dan masukkan dalam blog. Komik yang pertama adalah contoh idea aku, 5 komik seterusnya tambah lagi 1 extra adalah idea yang berjaya terpilih.


Jumaat, 21 Ogos 2015

8 Perbezaan belajar sewaktu kecil dan besar

Pembelajaran adalah suatu proses yang panjang. Kita sudah mula belajar secara formal di sekolah bermula seawal 7 tahun sehinggalah 17 tahun dan kemudiannya menyambung ke peringkat lebih tinggi. Namun walau kita masih belajar subjek yang sama, kisah yang sama, namun pembelajaran sewaktu umur sudah banyak tidaklah seindah seperti belajar sewaktu masih kanak-kanak.



Selasa, 16 Jun 2015

16 Pemimpin paling kelakar yang suka troll rakyat

Sebenarnya aku cukup kagum dengan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan ni. Aku tak pernah rasa benci dan marah pun pada dia, malah bagi aku dia seorang yang sangat menghiburkan, sebaris dengan troller2 Internet popular yang lain seperti Amran Fans, Sultan Melaka, Rani Kulup dan Raja Nusantara Langkasuka, cuma bezanya dia seorang pemimpin dan timbalan menteri. Apa sahaja yang dia buat dan cakap pasti akan jadi bahan perbualan, material bisnes, komedi dan trend yang diikut oleh segenap rakyat marhaen.



Ahad, 7 Jun 2015

8 Budak yang kecewa ibu bapanya berwarna hijau

Betapa hancur dan remuknya hati kanak2 ini apabila mak bapaknya digelar berwarna hijau oleh kanak2 yang lain. Kalau aku pun mesti marah dan sedih kalau mak bapak aku digelar dengan warna hijau. Kenapa kena warna hijau? Kenapa bukan warna biru? Atau merah? Atau kuning? Atau jingga?


Khamis, 5 Februari 2015

36 Awek malam jumaat dalam group WhatsApp Melayu

Dulu aku pernah kongsikan kisah tipikal group WhatsApp orang Melayu. Kali ini aku nak kongsikan apa yang selalu ada dalam group WhatsApp lelaki Melayu terutama bila tiba hari Khamis malam Jumaat. Ramai orang lelaki Melayu biasanya akan kongsi dan forwardkan gambar2 awek Melayu cun dan comel sama ada bertudung atau tidak bertudung yang ditambah dengan dialog rekaan seperti "Abang jangan lupa malam ni malam Jumaat", "Sayang tunggu abang kat bilik ya" dan macam2 lagi dialog2 mukadimah jimak kat group WhatsApp kawan2 lelaki mereka.



Ahad, 19 Oktober 2014

12 Cara merakam video di stadium yang paling WIN

Merakam video menggunakan camcoder, kamera digital, tablet dan smartphone adalah sangat ketinggalan zaman. Kini ada cara merakam video perlawanan bola sepak di stadium yang paling WIN!



Selasa, 14 Oktober 2014

31 Koleksi typo media Malaysia yang sangat facepalm

Jom kita layan koleksi kesalahan dan kesilapan ejaan atau typo di dalam media2 cetak dan elektronik utama, di surat khabar dan siaran berita televisyen di Malaysia yang sangat facepalm.

 

Jumaat, 5 September 2014

22 Lagu parodi boy band Melayu untuk Hijabis

Macam mana nak bagi sebuah kumpulan muzik boy band Malaysia daripada nampak lame ass yang asyik kena bahan dan kutuk menjadi sebuah boy band yang nampak lebih hebat dan dipuji ramai? Ya, buat lagu yang berunsurkan Islamik seperti lagu parodi boy band One Direction - What Makes You Beautiful menjadi lagu Hijab Makes You Beautiful.



Khamis, 4 September 2014

25 Komen saya tidak pernah dapat LIKE

"Komen saya tak pernah dapat Like" dikesan menjadi taktik baru pengguna FB dalam usaha meraih perhatian dan mengumpan simpati pengguna lain bagi mendapatkan `like'.

Taktik ini semakin popular apabila didapati semakin banyak dicuba oleh pengguna FB.

Contohnya dalam satu post di Page PenMerah, seorang pengguna yang meletakkan komen sedemikian mendapat hampir 450 like berbanding komen lain. #HMViral


Selasa, 5 Ogos 2014

33 Cara promosi kedai makan paling WIN

Shit just got real! Only in Indonesia.



Rabu, 18 Disember 2013

23 Lawak sadis otak apa yang dungu?

Pada suatu petang yang dingin...



Ahad, 15 Disember 2013

17 Aksi bola sepak paling gagal tahun 2013

Aila ni taklah minat bola sangat, tapi kalau member ajak tengok Aila boleh la layan jugak sekali sekala. Tapi video Football Fails of the Year untuk tahun 2013 ni memang kelakar sangat.



Rabu, 6 November 2013

14 Kempen politik yang paling sedih abad ini

Sebelum pilihan raya kecil DUN Sg. Limau hari tu, aku adalah tertengok berita kat TV3, dan adalah tertengok sedutan berita pasal kempen BN bagi PRK Sg. Limau, dan adalah tertengok sebuah adegan yang sangat  menyedihkan yang menyebabkan aku terpaksa muntah. Aku ingat aku sorang perasan, rupa2nya ada jugak orang upload kat Youtube. Bagi yang boikot berita TV3, anda seorang yang bertuah dan bernasib baik kerana dapat menyaksikan semula rakaman kempen ini.



Selasa, 22 Oktober 2013

26 Budak sekolah zaman sekarang memang lucu

Lucu betul budak2 sekolah zaman sekarang ni kan, sangat menghiburkan.


Ahad, 23 September 2012

16 Pakcik tua yang sangat kurang ajar

Apahal pakcik ni kurang ajar sangat dengan Wayne Rooney masa interview dia?