Difahamkan videographer yang menghasilkan video tersebut bukanlah dipilih oleh pasangan pengantin sendiri sebaliknya ia dipilih dan ditukar oleh pihak wedding planner di saat-saat akhir seperti yang dikongsikan oleh beliau di Facebook.
So tak boleh nak salahkan pihak pengantin sebab mereka tak tahu dan tak kenal pun videographer yang dipilih oleh wedding planner mereka. Nak salahkan videographer yang tukang buat video tu pun tak boleh juga sebab dia hanya terima sahaja job dari wedding planner tu. Mungkin style video dia agak pelik dan menjengkelkan, tapi itu memang gaya video dia dari dulu lagi.
Seni ni subjektif. Mungkin benda yang kita rasa buruk dan menjengkelkan, ada orang lain yang rasa cantik dan menarik. Cuma silapnya mungkin kerana pasangan pengantin tidak tahu siapa videographernya kerana telah ditukar last minute, mungkin kalau mereka tahu mereka akan cari orang lain kerana gayanya tidak sesuai dengan citarasa.
Maka yang silap kat sini adalah wedding planner tersebut. So harap-harapnya dah takde kecaman dari netizen terhadap pengantin mahupun videographer tersebut. Namun memandangkan ia adalah hasil seni, kalau nak kritik dan bagi pandangan pun beritahu elok-elok agar beliau boleh mempertingkatkan mutu, kualiti dan kreativiti beliau di masa akan datang.
Janganlah kecam sampai akhirnya beliau putus asa dan hilang minat. Korang yang kecam-kecam ni pun belum tentu tahu nak edit video yang mudah sekalipun. Beliau bukan takde kemahiran, bukan mudah nak buat segala efek dan animasi dalam video tu, cuma mungkin ada kekurangan sikit dari sudut idea dan kreativiti. Bagi peluang kepada beliau untuk meningkatkan kemahiran diri.
Dan kepada videographer tersebut pula, ambil kritikan sebagai suatu yang positif, kalau tidak sampai bila-bila tidak akan maju dan hanya sekadar syok sendiri. Yang paling penting, cuba untuk dengar permintaan dan idea dari client, sebab kadang-kadang kita je yang rasa apa yang kita buat tu cantik dan unik, sedangkan pelanggan yang keluar duit bayar kita tu rasa sebaliknya.
Apa-apa pun, jom layan wedding video Farah dan Hadi (Remastered Edition) yang telah diedit dan diolah semula oleh team Hypoxia Syndicate agar ia lebih sesuai dan enak untuk ditonton.
Video ini menggunakan semula rakaman video yang asal, oleh itu bahagian yang blur itu tidak dapat diperbaiki melainkan ada raw video footage yang lain yang lebih elok.
Akhir kata, semoga pasangan Farah dan Hadi bahagia hingga ke jannah.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ADRENALINE) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk5.
tags: wedding video kahwin perkahwinan farah dan hadi rezal videographer kelakar lucu unik animasi motor atas bumbung lagu metallica
Ok lahh tuu..nanti noob kawin nk buat mcm mana plk?😄😄..tema komik pun ok juga..😙😙
BalasPadamNoob ni gay babi mane dia kawin.
PadamNoob dah kawen laaa
PadamProot di muka CokolatKopee
PadamGay babi kepala bapak ko setan. Lahanat
BalasPadamnak bisjut?
BalasPadam