Iklan Leaderboard

Khamis, 11 Oktober 2018

3 Bagaimana cara untuk menangani orang yang rumit?

Di sekeliling kita pasti akan ada orang yang rumit atau sukar untuk diurus atau ditangani, atau biasanya digelar difficult person. Orang yang rumit ini biasanya sering mempunyai masalah bila bergaul, berkomunikasi, berinteraksi dan berkerja dengan orang lain. Bak kata kalau mereka ada je, suasana akan jadi tak best. Mereka suka cakap besar, bodoh sombong, selalu nak menang, tak nak dengar pandangan orang lain, kuat menyindir, ambil mudah, sering menjatuhkan semangat orang lain dan lain-lain sikap negatif yang jelek dan menyakitkan hati orang lain.


Orang yang rumit ini susah nak elak sebab mereka ada di mana-mana. Mereka mungkin ahli keluarga kita, adik beradik kita, suami isteri kita, anak kita, kawan kelas kita, rakan sepejabat kita, anak buah kita, ketua kita dan sebagainya. Nak tak nak kita terpaksa menghadapi dan mungkin terpaksa bekerjasama dengan mereka-mereka ini. Atau mungkin juga, kitalah orang yang sukar itu di mata orang lain.

Walaupun kita tak suka dengan perangai orang yang sukar ini, hakikatnya kita tak boleh nak ubah dan kawal orang lain, sebaliknya kita hanya boleh ubah dan kawal diri kita sendiri. Maka suka tak suka, kitalah yang terpaksa berubah mengikut situasi dan berbuat sesuatu agar kita boleh rasa selesa dan gembira.

Maka bagaimana cara terbaik untuk menangani orang yang sukar ini? Sebelum itu kita lihat dulu beberapa ciri-ciri orang yang rumit ini.

Jenis-jenis orang yang rumit


1. Professor serba tahu

Orang seperti ini biasanya ada personaliti agak sombong dan angkuh. Setiap kali ada sebarang isu, dia mesti nak ulas dan bagi pandangan walaupun dia bukanlah pakar dalam isu tersebut. Namun apabila dia salah, dia akan bersikap defensif dan terus mempertahankan ulasannya yang salah.

2. Si pasif

Si pasif ini biasanya soerang yang berat mulut, pendiam dan pemalu. Dia sangat jarang membuka mulut untuk memberi sebarang idea atau pandangan, malah kita pun tidak tahu apakah pendiriannya pada sesuatu perkara.

3. Diktator

Seorang diktator suka membuli dan menakut-nakutkan orang lain. Biasanya personaliti diktator ada pada seorang ketua. Mereka sentiasa mendesak dan memaksa-maksa apabila mahukan sesuatu tanpa toleransi dan budi bicara.

4. Pak turut.

Pak turut atau "yes"man ini jenis yang akan setuju sahaja dengan sebarang komitmen dan permintaan, namun jarang dapat melakukan dan menunaikannya kerana mereka hanya sekadar mahu memperoleh sesuatu keutungan tanpa berfikir panjang. Orang yang bersikap pak turut ini sukar untuk dipercayai dan diamanahkan untuk melakukan sesuatu.

5. "No"man.

Pemikiran orang ini sangat negatif. Dia suka mencari kesalahan dan memberitahu kenapa sesuatu itu takkan berjaya. Biasanya mereka suka memulakan ayat dengan perkataan "Tak" atau "Tidak". Lebih teruk, mereka tidak fleksibel dan sangat sukar untuk berubah dan mengadaptasi perubahan.

6. Si perungut

Tiada apa pun yang betul pada si perungut. Kerjanya hanya merungut, mengeluh, mengungkit dan mengadu domba pada segala hal tanpa mahu mencari atau memberi solusi atau penyelesaian pada isu dan masalah yang berlaku..

Cara untuk menangani orang yang rumit

1. Elak dan undur diri

Ini cara yang paling mudah dan asas untuk menangani orang yang sukar, iaitu dengan elakkan diri dari berjumpa atau berurusan dengan dia.

Kalau kau tengah jalan dan ternampak orang itu, yang mana kau tahu kalau dia nampak kau mesti dia akan merosakkan hari kau dengan bercakap sesuatu yang menyakitkan hati kau, maka elakkan diri dari bertembung dengannya. Cuba patah balik, tunggu sebentar sampai dia hilang dari pandangan atau gunakan jalan lain.

Sama juga di media sosial, kalau kau jumpa orang-orang macam ni di ruangan-ruangan komen, abaikan sahaja. Kalau kau orang layan lagi sakit hati. Kau berbalah dengan dia bukan ada sebarang keputusan pun.

Tapi kalau kau dah terjebak dengan orang itu, dan perangai jengkel dia semakin berada di tahap membimbangkan, berhenti dan undur diri sahaja. Bagi sahaja dia menang. Diam tak bererti mengalah. Mengalah tak bererti kalah. Kalah tak bererti salah.

2. Rancang untuk gembira

Kalau orang di sekeliling kau memang ramai orang yang rumit dan kau memang terpaksa berhadapan dengan mereka, apa yang kau boleh buat adalah rancang untuk gembira. Aku faham memang setiap kali kita berurusan dan bekerja dengan orang yang sukar ni memang susah nak ditangani, malah selalunya menyakitkan hati.

Jangan biarkan orang macam ni merampas kegembiraan kita kerana setiap orang layak untuk gembira. Pada waktu kita dah takde apa-apa urusan dengan dia, lupakan terus dia dari ingatan dan buatlah apa-apa yang boleh menggembirakan hati kita sendiri. Belajar untuk gembira dan bagi rewards atau ganjaran untuk diri sendiri.

Lakukan hobi korang, belanja diri sendiri makan yang sedap-sedap, belikan barang kegemaran untuk diri sendiri dan sebagainya.

3. Dapatkan bantuan

Bila kau terpaksa selalu hadap orang yang sukar atas faktor kerja atau keluarga, dan kau rasa macam dah tak boleh handle tapi segan atau takut nak beritahu dia, maka dapatkan bantuan orang lain yang boleh uruskan dia.

Contohnya kalau kau ada bos yang rumit yang selalu menjengkelkan kau, yang setiap apa yang kau cakap semua dia nak bantai tapi kau tak berani nak lawan, cuba minta bantuan orang yang bos kau baik dan boleh dengar cakap.

Kalau kau ada kawan yang jelek tapi kau malu nak beritahu, kau minta tolong kawan lain yang dia boleh dengar cakap untuk slow talk dengan dia.

Atau kalau kau ada adik yang sukar ditangani, kalau kau cakap apa pun dia takkan dengar, minta bantuan ibu bapa, abang, kakak atau orang lain yang adik kau lebih selesa dan dengar kata untuk bagi nasihat pada dia.

4. Berterus terang

Berterus terang adalah perkara yang paling berkesan tapi paling susah nak dilakukan kerana kita rasa takut, segan, rendah diri serta tak mahu orang itu terasa, kecil hati, rasa malu dan sebagainya. Tapi kalau kau memang tak mahu orang itu membuat perangai yang menjengkelkan lagi, kalau kau berani kau berterus terang sahajalah dengan dia. Beritahu je dia apa yang dia buat tu kau tak suka dan merimaskan, tapi kena buat secara tertutup bukan depan orang ramai supaya tidak mengaibkan dia.

Kesan daripada berterus terang ni ada dua. Satu, dia akan sedar dan ubah perangainya. Tapi yang ni sangat jarang berlaku kerana yang biasa akan berlaku adalah kesan yang kedua ini, iaitu sama ada dia terima atau tidak teguran kita, dia akan terasa dan lepas tu mungkin akan cuba mengelak dan menjauhkan diri dari kita.

Maka apa pun kesannya, ia tetap mendatangkan kebaikan pada kita. Kalau dia berubah, baguslah. Kalau dia tak mahu berubah pun tidak mengapa, sekurang-kurangnya bila dia tahu yang kita tak suka, dia pun rasa segan nak buat perangai jelek depan kita, malah tak perlu dah kau nak hadap dia lagi.



P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ADRENALINE) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk5.






tags:cara untuk menangani manusia orang yang sukar rumit how to handle difficult person people

3 ulasan:

  1. aku rasa kita semua, at least ada satu sifat ni. aku boleh nk chill out lagi la.

    tp skrg dh moden. selalunya combo mendapat.

    sbg contohnya professor serba tahu come with dictator come with perungut.

    masa tu memang aku kenot stand anymore.

    huhuhu

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...